Thursday, July 8, 2010

kopi434 muffins

kebiasaannya sblm saya mula prosedur membakar
saya akan study resepi berulang kali
sambil menconteng2 kertas resepi..
sampai boleh imagine cara pembuatannya

dan saya akan keluarkan kesemua bahan2
baru mula operasi timbang-timbangan
tapi pagi tadi.. dalam pening2 berat kepala
saya buat jugak mocha muffins ni..
sebab dah plan nak buat utk breakfast
7.10am mula operasi, 8.05am bunyi "ting!'
tanpa mengeluarkan kesemua bahan
saya prepare bahan basah dulu..
mula2 buat buttermilk - panaskan sikit susu yg br keluar dr peti, campur cuka
lps tu buat kopi - rendam 1 uncang kopi 434 sekejap dan masukkan dlm peti
kemudian baru sukat bahan kering

dah selamat masuk oven baru rasa macam ada yang tak kena
kenapa nama mocha tapi takdak koko??
rupa-rupanya tertinggal serbuk koko!!!!
hahahahaha.. maka jadiklah ia kopi434 muffins
:p


peralatan:
2 mangkuk sedang, spatula, whisker, loyang muffin & muffin cups
masa: penyediaan ~ 30minit, pembakaran ~ 20-25minit
tahap: senang

bahan2:
  • 3biji telur besar (gred A)
  • 1cwn buttermilk <-- 1cwn susu dicampur dgn 1sdb cuka
  • 3/4cwn minyak canola
  • 1/2cwn kopi pekat, pada suhu bilik
  • 1sdk vanilla
  • 1 1/2cwn tepung biasa (plain/ gandum)
  • 1 1/4cwn tepung whole wheat
  • 1/3cwn serbuk koko <-- saya tertinggal!!! :p
  • 1cwn gula perang
  • 1tsp baking soda
  • 1/2tsp baking powder
  • 1/2tsp garam
  • 1cwn walnut cincang kasar <-- beli yg siap cincang senang keroje ;)
  • 1cwn chocolate chips and or white chips ( & kalau jumpa cappucino chips sila letak)
tatacara:
  1. mula2 saya sediakan buttermilk dan kopi dulu..
  2. panaskan oven ke 190C dan alas muffin pan dgn muffin cups
  3. dalam satu mangkuk sedang, gaulkan bahan2 basah: telur, minyak, buttermilk, kopi dan vanilla dengan menggunakan whisker.
  4. dalam mangkuk lain, gaul-sebati bahan2 kering: kedua-dua tepung, serbuk koko, gula, bs, bp, walnut dan choc chips menggunakan spatula. buat lubang ditengah2 (macam kolam).
  5. dengan spatula tadi, gaulkan bahan basah ke dalam bahan kering sampai agak sebati. jangan lama2 nanti muffins jadi keras.
  6. cedok kedalam acuan dan bakar 20-25minit (saya bakar 25minit sbb acuan dalam). nak pastikan dah masak.. cucuk muffins dgn lidi.. kalau lidi keluar bersih maka dah masak molek dah tu..
verdict:
walaupun tanpa serbuk koko..
tetap menyelerakan terutama masa masih panas2!
makan seketul pun dah kenyang
boleh buat lagi ni ;)

No comments:

Related Posts with Thumbnails