Sunday, July 11, 2010

black magic cake ~ my birthday cake



cik abe ada belikan kek coklat lembab
dan kami anak beranak dah habiskan dalam 1.5hari
rasa tak cukup2 & tak puas2 makan kek coklat..

bila cari resepi.. yg saya jumpa semua kena kukus!
periuk kukus dah berlubang.. dah tampal, berlubang lagi
niat dihati nak beli electric steamer tp belum sampai seru
jadi.. go ahead dulu dgn resepi black magic cake

ramai pulak assistant chef malam ni..
(tinggal sikecik dok melayan vcd sorang2)
tukang sukat, tukang kacau, tukang rasa.. semua ada!
sambil buat sambil nyanyi hepi besdey ummi :D

dah siap pukul semua dgn mixer..
masing2 sibuk nak rasa adunan tu
masa tuang kopi kedalam adunan..
masing2 bising.. nanti tak sedap!!!
tapi dah siap kacau..
eh! sedapla ummi!
ha.. tau takpa ;)

peralatan: mangkuk dalam (bekas mixer pun boleh), spatula, mixer, 2 loyang 9inci
masa: penyediaan ~ 30minit, pembakaran ~ 35-40minit
tahap: senang

bahan2:
  • 2cwn gula
  • 1 3/4cwn tepung
  • 3/4cwn serbuk koko
  • 2sdk baking soda
  • 1sdk baking powder
  • 1sdk garam
  • 2biji telur, dipukul sedikit
  • 1cwn buttermilk <-- campuran 1cwn susu+1sdb cuka
  • 1cwn kopi pekat
  • 1/2cwn minyak sayur
  • 1sdk vanilla

tatacara:

  1. mula2 saya sediakan buttermilk dan kopi pekat.
  2. panaskan oven ke 175C dan gris 2 loyang 9inci dengan butter dan tabur tepung.
  3. gaulkan bahan2 kering: gula, tepung, bs, bp dan garam dalam mangkuk dalam atau bekas mixer.
  4. tuangkan bahan2 basah kedalam bahan kering dan pukul selama lebih kurang 2minit. adunan mmg agak nipis (cair).
  5. tuang kedalam loyang dan bakar selama 35-40minit. (saya guna loyang 1 loyang 9inci yg dalam.. masa pembakaran lebih 60minit) - cucuk lidi dan pastikan lidi keluar bersih.. baru konfem kek masak.
  6. frost kek bila dah sejuk.. sesuka jiwaraga..

saya ikut resepi frosting/ ganache joyofbaking.com:

  • 8oz dark/ semisweet coklat dipotong kecil2 (saya guna milk coklat <-- lemak bersusu!
  • 3/4cwn heavy whipping cream
  • 2tbs butter
  1. potong kecil coklat dan letakkan dalam mangkuk besi
  2. panaskan cream & butter dlm periuk kecil sampai mendidih sikit. tuang kedalam coklat dan biar dalam 5minit baru kacau sampai licin.
  3. biar sejuk sikit.. (masuk peti sejuk pun boleh) baru tuang & sapu keatas kek

yang ni bekalan ke opis

nota:

tengah2 saya layer dengan jem stroberi tp nipis sangat.. tak rasa langsung! uhuk uhuk.. :(

tapi gumbira sebab skill memotong kek dah UP sikit :D

verdict:

frosting tu lemak sangat! haisyh!! tapi kek tu sendiri mmg yummy & tak muak.

next time nak buat dalam loyang 4segi & potong 4segi.. tanpa frosting/ganache! senang budak2 nak makan.

2 comments:

izahdaut said...

happy birthday...sedap ye kek nih..saya nak cuba jugak la..next week la boleh cube sebab ada kelainan letak kopi pekat tu..kalau coklat semata mcm agak muak dah kat lidah ni..kopi tu..kopi hitam asli tu ke?

mrs plain-june said...

tq! a ah.. saya guna kopi kampung je.. dulu buat guna serbuk kopi hang tuah.. smlm guna kopi 434 dlm peket - rendam sepeket dalam air panas dan sejukkan kesuhu bilik. mmg rasa & tekstur lembut mcm kek coklat lembab :)

Related Posts with Thumbnails