Friday, July 16, 2010

boston cream pie aka giant coco pie



macam coco pie kan?
tapi versi gedabak!
saya buat utk jamu kawan2 opis
sempena farewell 2org teman seperjuangan
seorang sambung phd.. seorang lagi buat online biz
saya ni kemana pulak halatujunya ya??

bahan2:
pastry cream
  • 1/4cwn gula (saya kurangkan sikit dalam 1sdb)
  • 3biji kuning telur
  • 20g tepung serbaguna
  • 3sdb tepung jagung (~30gm)
  • 1 1/4cwn susu
  • 1tsp esen vanilla
sponge cake
  • 5biji telur gred A, 3biji diasingkan putih-kuning
  • 3/4cwn gula, bahagi 2 (~6tbs + 6tbs)
  • 1/2sdk vanilla
  • 1/2cwn tepung kek (low protein flour)
  • 1/4cwn tepung serbaguna (gandum pun boleh)
  • 1sdk baking powder
  • 1/4sdk garam (saya letak secubit)
  • 3sdb susu
  • 2sdb butter
  • 1/8sdk cream of tartar (saya tak letak)
chocolate glaze
  • 4oz semisweet chocolate, dicincang
  • 1/2cwn heavy whipping cream
  • 1sdk butter
tatacara:
pastry cream
  1. buat pastry cream dulu: dalam mangkuk besi, gaulkan kuning telur dan gula hingga sebati (campuran ini tak boleh dibiarkan lama, ketulan2 telur akan terbentuk).
  2. ayak kedua2 tepung dan masukkan kedalam adunan telur. gaul sebati.
  3. panaskan susu dalam periuk kecil hingga agak2 mula nak mendidih. sebaik buih2 timbul tutup api dan tuang kedalam adunan telur perlahan2 sambil dikacau. kacau hingga sekata dan sebati.
  4. tuang kembali adunan kedalam periuk kecil tadi dan panaskan dan terus kacau (guna whisker) hingga mendidih.
  5. sebaik dah mendidih, tutup api dan tuang esen vanilla dan terus kacau lagi hingga betul2 sebati dan tiada ketulan.
  6. tuang dalam mangkuk bersih dan tutup mangkuk dengan clingwrap. simpan dalam peti.

sponge cake

  1. asingkan 3biji telur sementara masih sejuk. campurkan/satukan baki 2 biji telur kedalam kuning telur (terus masukkan dalam mixer).
  2. panaskan oven ke 177C dan griskan 2 loyang 8i atau 9inci & lapik dgn kertas tekap.
  3. gaulkan bahan2 kering: tepung kek, tepung serbaguna, bp dan garam. ketepikan dulu.
  4. panaskan susu dan butter dalam periuk kecil hingga butter cair. tutup api dan ketepikan dulu.
  5. dalam mixer, pukul kuning telur + 2telur bersama 6sdb gula hingga kembang dan pucat (lebih kurang 5minit atau lebih)
  6. dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan cream of tartar pada kelajuan rendah, hingga berbuih.
  7. naikkan kelajuan ke medium. masukkan 6sdb gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental (puncak terbentuk).
  8. kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan kuning telur sedikit demi sedikit, menggunakan spatula plastik.
  9. tabur tepung kedalam adunan dan kaupbalikkan perlahan-lahan.
  10. buat telaga ditengah2 adunan dan tuang susu tadi dan kaupbalik hingga sebati.
  11. tuang kedalam kedua2 loyang dan bakar 20minit.
chocolate glaze
  1. letakkan coklat yg telah dicincang dalam mangkuk besi.
  2. panaskan susu dan butter hingga agak2 mendidih (buih mula kelihatan, terus tutup api)
  3. tuang susu panas kedalam coklat dan biar 3-4minit baru kacau sebati
cake assembly
  1. letakkan sebiji kek atas pinggan/ tapak kek dlm keadaan dasar kek keatas.
  2. sapu pastry cream hingga sekata (tebal jugak ni)
  3. letakkan lagi sebiji kek dan tuang coklat ke bahagian tengah dan sapu dgn offset spatula supaya rata dan jatuh meleleh ke bahagian tepi kek.
nota:
dlm joyofbaking kata sedap dimakan pada hari pembuatan..


slice terakhir.. habuan anak2 kecil..
kek dah senget benget dah :p

verdict:
kek tak moist tapi sedang elok teksturnya.
campuran 3 bahan: kek+cream+coklat mmg sepadan!
tapi rasanya tak daya nak buat dah.. fenats!
hehe.. belum buat chocolate indulgence lg tu..
kecoh sungguh! :p

No comments:

Related Posts with Thumbnails