Tuesday, July 20, 2010

pineapple and toasted coconut bundt cake

saya memang tercari2 bundt pan
siap nak kirim dari kawan nun di canada
bekenan habih dgn design bavaria
tapi tak jadi kirim..
kenapa suka bundt pan?
sebab tak perlu gigih nk deco2
sebab kek tu sendiri dah lawa jelita
sangat sesuai utk yg kerastangan mcm saya :p

masa mula2 jumpa di kedai bagus.. tak berkenan
bila dah tinggal satu.. baru nak gelenya beli.. tapi dah kemek!
minggu lepas bila ke bagus lagi..
jumpa bundt pan yang design sebijik macam fleur de lis!
rasa nak melompat! tapi tak lompatla.. x pasal kena tangkap nnti.
sekadar tersengih mcm kerang busuk sampai balik kerumah :p

maka bermula operasi mencari resepi bundt cake
dalam banyak2 resepi.. saya tergoda dgn resepi tropical ini
memang tak pernah cuba resepi dari site tu
dan tak ada feedback drp org lain.. yg komen cuma gambar lawa
perasaan "eh! betul ke ni?" timbul mula2 sekali..
semasa menyalin resepi.. dan menseparuhkan resepi tersebut
dan datang lagi semasa memukul butter+gula
dan lagi semasa menuangkan adunan kedalam loyang.

ternyata perasaan itu bukan sekadar perasan..
benar kata naluri saya.. resepi itu tak patut diseparuhkan!!
resepi itu adalah utk 6cup bundt pan! dia tulis 12cup!
saya separuhkan sebab bundt pan saya cuma 6cup
tapi tak mengapa.. cuma kek agak pendek.. dan kering!!
saya agak konfius bila temperature 350F dia convert jadi 200C!
biar betul! mana satu nak ikut ni? saya ambil jalan tengah.. 190C
dan kemudian.. rasa tak sedap.. saya turunkan lagi 180C
hasilnya.. luar kek agak kering.. tapi rangup! sedap wo!

panjang pulak intro kali ni :p
resepi dibawah adalah resepi asal utk 6cup bundt pan
kalau bundt pan 12cup, kena ganda-duakan resepi ni
macam mana nak tahu brp cup?
isi air dalam pan tersebut..
kalau isi 6cwn dah hampir penuh
maknanya isipadu bundt pan tersebut = 6cup


kek nampak kering.. dan corak tapak (macam kat kotak tu) tak terbentuk sebab kek pendek

bahan2:
  • 1/2cwn sweetened flaked coconut <-- saya guna dessicated coconut
  • 2 biji telur
  • 1cwn sour cream
  • 1sdk vanilla
  • 1 3/4cwn tepung
  • 1/4sdk baking soda
  • 1/2sdk baking powder
  • 1/4sdk garam <-- saya letak secubit sbb guna butter biasa
  • 1/2cwn butter (115gm)
  • 3/4cwn gula
  • 1tin nenas dalam tin (yg cubed), ditapis dan dikeringkan
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C dan toast coconut selama 5minit atau sehingga kekuningan.
  2. gris loyang dengan butter cair dan tabur tepung ke seluruh bahagian dalam loyang.
  3. dalam mangkuk sedang, gaulkan telur, sour cream dan vanilla hingga sebati.
  4. dalam mangkuk sedang yg lain, sebatikan bahan2 kering: tepungm bs, bp dan garam.
  5. dalam mixer, pukul butter & gula hingga gebu (high speed ~ 3-5minit).
  6. turunkan kelajuan dan masukkan adunan telur-tepung selang seli sebanyak 3kali (telur-tepung-telur-tepung-telur-tepung).
  7. masukkan toasted coconut dan nenas dan gaul sebati.
  8. tuang dalam loyang dan bakar 45minit-1jam.

glaze:

  • 1sdb jus limau kasturi
  • 1/2cwn gula aising
  1. satukan bahan glaze dan tuang atas kek yang dah disejukkan. (yang ni boleh diseparuhkan!)

verdict:

sah2 kek saya pendek.. tak nampak design bunga kat tapak bundt pan tu. tapi takpa.. kek tetap lawa drp biasa! dan sedap!!! memang rasa very the hawaiian :p

saya rasa kalau guna sweetened-coconut mungkin kek akan lebih manis. saya guna dessicated coconut yg tak berperasa/ tak bergula.. kemanisan kek tak terasa sangat.. bak kata kawan2.. oke la tu! ayat penyedap hati sayakah itu? haha!

No comments:

Related Posts with Thumbnails