Monday, July 26, 2010

kek buah kukus



opismate mintak tolong buat kek buah
utk maknya.. yg sangat suka kek buah
ada resepi kek buah bakar
tapi nak cuba buat kek buah kukus

resepi ni memang fofular dlm blog2 masakan
ramai yg dah cuba dan puas hati dgn hasilnya
gugel saja resepi kek buah kukus
konfem jumpa resepi diana myR
tapi saya ikut dalam blog matgebu
sama saja rasanya..
cuma matgebu tulis separuh resepi & ada sikit mod..
saya guna buttercups instead of golden churn
ada bezakah perasaan butter itu??
kalau nak tahu kena cuba sendiri nanti..

bahan2:
  • 375g buah2an campuran (mixed fruit)
  • 1/4cwn badam keping (almond flakes)
  • 1biji pala diparut (saya guna 1sdk serbuk pala)
  • 2sdb tepung gandum
  • 250g mentega golden churn
  • 3biji telur gred A
  • 1sdk esen vanilla (saya tambah sendiri)
  • 300g tepung gandum
  • 1sdk soda bikarbonat
  • 1sdk cream of tartar (saya tak letak)
  • 150g gula aising (saya guna gula perang)
  • 150g gula pasir <- utk gula hangus (saya tambah 1/4cwn air)
tatacara:
  1. gris loyang 8x8 dan sediakan steamer (panaskan air).
  2. gaulkan mix fruit, badam keping dan serbuk pala dengan 2sdb tepung. ketepikan dulu.
  3. ayak bahan2 kering: tepung, soda & cream of tartar. ketepikan dulu.
  4. dalam mixer, krimkan mentega dan gula hingga kembang dan berwarna pucat.
  5. masukkan telur satu demi satu.
  6. dengan speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. ketepikan dulu.
  7. buat gula hangus: masak gula atas api hingga berwarna keperangan. masukkan air sedikit demi sedikit. semasa memasukkan air gula akan mengeras. teruskan mengacau hingga likat. hati2.. sangat panas!
  8. tuang gula panas kedalam adunan dalam mixer tadi dan gaul sebati.
  9. masukkan adunan mixed fruit dan gaul sebati.
  10. tuang kedalam loyang 8x8 dan tutup loyang dengan aluminium foil.
  11. kukus selama 4 jam (saya kukus 2jam saja). periksa air dan bila air berkurangan, tambah air mendidih juga..
nota:
sedap!

update:
sblm hari raya saya buat lagi..
untuk dibawa pulang ke kampung..
kali ni.. kukus 4jam.. as per suggestion
memang berbeza!
tekstur & rasa lebih menawan qalbun!!

hasil kukus 4jam! sedap bangattt!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails