Friday, July 2, 2010

julia child brownies

saya memang minat makcik julia nih..
sejak tengok cerita julie&julia..


kepingin jugak nak cuba resepi dia..
tapi tak pernah terlintas nak mencari
minggu lepas terjumpa resepi browniesnya
saya buat pagi tadi utk bekalan ke perhentian nanti

peralatan: mangkuk besi, spatula, mixer, loyang 9x9 (saya ada & guna 8x8)
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran: 20-25min
tahap: sederhana

bahan2:
  • 1 1/4cwn tepung
  • 1sdk garam
  • 8oz butter tanpa garam
  • 4oz unsweetened chocolate (coklat masakan) - dicincang halus
  • 2oz coklat pahit (saya guna dark choc) - dicincang halus
  • 2cwn gula
  • 1sdk esen vanilla
  • 4biji telur
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C. loyang tak perlu gris.
  2. ayak tepung dan garam dan ketepikan dulu.
  3. cairkan butter bersama2 coklat dalam periuk kecil dan kacau supaya coklat tak 'masak' (saya guna teknik double boil ~ pepandai sendiri tapi saya tak perlu risau coklat terlebih masak/ panas).
  4. masukkan gula 1cawan kedalam adunan coklat. jauhkan/ keluarkan dari api dan masukkan esen vanilla. gaul sebati.
  5. dalam mangkuk yang berasingan, campurkan baki 1cawan gula dengan telur dan kacau guna whisker.
  6. masukkan separuh adunan telur tadi kedalam adunan coklat perlahan2, sedikit demi sedikit. gaul sebati.
  7. baki adunan telur tadi dipukul dengan mixer sampai kembang dan naik 2x ganda (~3minit).
  8. kaupbalikkan adunan telur yang telah dipukul kedalam adunan coklat dengan penuh kelembutan wanita sejati..
  9. dah sebati.. tuang kedalam loyang dan bakar selaam 20-25min. saya bakar 35minit sebab guna loyang kecil.
nota:
cara pembuatan agak renyah kalau dibandingkan dengan brownies lain..
tapi bagi saya.. worth the effort!
lebih sedap kalau dimakan directly out of fridge!

verdict:
brownies paling fudgy & chocolate-y!
sangat padat rasa coklatnya.. yummyumm!
pandai makcik julia ni rekacipta resepi..


p/s: tak sempat snap sbb 3/4dah tapau.. baki dah licin bila balik

2 comments:

izahdaut said...

saya ada simpan satu resepi vanilla muffin kenny rogers ni, tapi belum cube..hehee... kalau nak cube ni resepinya:

Kenny Rogers Vanilla Muffins--
125g butter
80g sugar
1 tsp vanilla essence
2 eggs
125g flour
2 tbsp milk
50g buttercream

Directions:
1. Cream the butter and sugar till white as the night.
2. Add in the eggs one by one and beat it like you mean it.
3. Sift the flour and fold it in slowly (quite using the beater).
4. Blend in the milk.
5. Add in the buttercream.

maybe sama je bahannya, tapi teknik berbeza menghasilkan muffin yg berbeza.saya tengok resepi yg mrsjune buat tu, ada jugak buat cara cairkan butter dulu.so..good luck.saya pun ingat nak try resepi ni..nanti kite tengok hasilnya.

mrs plain-june said...

buttercream tu cenggana nk buat tu?? nway, mekasih puan izah!! :)

Related Posts with Thumbnails