Wednesday, July 7, 2010

sacher torte

akhirnya.. sacher torte menjadi pilihan saya
untuk dijadikan besdek kek cik abe (bukan pilihan cik abe :p)
tapi besdey kek terlewat 2hari daaa...


kek ini asalnya dari vienna.. dah glamer sejak 175tahun dulu!!
dan resepinya adalah rahsia!!!
yang saya dapat dari en. joepastry ini
dia katakan menghampiri yang asli :)

nak ke vienna sendiri entah bila..
kalau pergi pun macam tak berani je nak makan
sebab kek orang puteh byk letak alcohol
boleh baca sejarah kek ni disini dan juga dari cik wiki

peralatan: mixer, mangkuk sedang, spatula, springform 10inci (saya guna 9inci), periuk kecil
masa: penyediaan: saya yang lembab ambil masa 45minit (kes nak asingkan telur :p), pembakaran: 15min+ 35~45minit
tahap: sederhana

bahan2:
sponge kek:
  • 5 ½ oz coklat pahitmanis
  • 5 ½ oz butter
  • 7 oz (1 cup) gula
  • 2 ½ sdk esen vanilla
  • 5 oz kuning telur (~10biji gred B)
  • 1 biji telur
  • 7 oz putih telur (~8biji gred B)
  • 5 ½ oz tepung kek - diayak
  • apricot jam, diproses (food processor) hingga hancur <-- saya guna apricot glaze
the glaze:
  • 7 oz gula
  • 3 oz air
  • 6.5 oz coklat pahitmanis
tatacara:
  1. alas loyang springform dan gris dan tabur tepung pada dasar dan dinding loyang.
  2. panaskan oven ke 160C dan letak rak pada bahagian terendah.
  3. cairkan coklat dalam microwave 10saat - kacau - 10saat - kacau - sampai cair dan biarkan sejuk tapi masih boleh mengalir.
  4. pukul butter bersama 1/4cwn gula (drp 1cwn td) hingga kembang dan warna pucat.
  5. masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan akhir sekali masukkan sebiji telur. gaul sebati.
  6. masukkan esen vanilla. gaul sebati.
  7. tuang coklat kedalam adunan butter-telur dan pukul pada kelajuan sederhana. biarkan dahulu. <-- dinamakan chocolate buttercream
  8. pukul putih telur sampai berbuih2 dan masukkan baki gula (3/4cwn) dan pukul hingga puncak lembut (soft peaks) terhasil. <-- dinamakan meringue
  9. dengan lemah lembut, kaupbalik 1/3 meringue kedalam buttercream hingga hampir sebati. masukkan tepung yang telah diayak ~ 1/3drp keseluruhan tepung. kaupbalik hingga sebati.
  10. ulang langkah 9 hingga akhir/ habis meringue & tepung.
  11. tuang adunan kedalam loyang dan bakar 15minit dengan keadaan pintu oven sedikit terbuka (selit sudu kayu pada pintu oven).
  12. sambung bakar 35-45 minit dengan keadaan normal (pintu oven tutup rapat) <-- saya bakar 45minit sbb guna loyang kecil.
  13. biarkan sejuk sblm dikeluarkan drp loyang dan dipotong horizontal kpd 2bhg. <-- sepupu cik abe tlg potong.. dia buat 3bahagian! wooohoooo!!! suke!!
  14. sapu apricot jem/ glaze pada lapisan bawah dan tangkup lapisan atas dan sapu lagi ke keseluruhan kek.
  15. biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 1jam (saya biar semalaman :p)
  16. sediakan glaze: dalam periuk kecil, didihkan air + gula dan masukkan coklat dan kacau dengan api kecil.. hingga kembali mendidih.. dah didih, tutup api.. dan teruskan mengacau sampai agak sejuk (joepastry kata suhu ~ 150C).
  17. tuang glaze keatas keseluruhan kek. kena cepat2 sbb glaze akan mengeras dan bila dah keras akan jadi tak lawa ~ a bit patchy here & there.
verdict:
satu kelainan pada kek ni: aprikot glaze.
kek ni tak rasa coklat sangat. tp tetap sedap!
dan.. kek ni mantop!! tapi lembut.. cemana tu? kena cuba sendiri ;)
agak manis toppingnya (mungkin boleh kurangkan gula esp kalau guna dark choc compound instead of bittersweet choc <--macam sama je?)
sangat puas hati sebab dapat buat dan..
dapat merasa kek glamer pilihan golongan aristokrat dulu2.
Alhamdulillah...

2 comments:

izahdaut said...

ooo..telornya agak banyak kan..rasanya ringn mcm kek cipon tu ke?

mrs plain-june said...

bagi saya mmg sangat banyak telur tu! dia tak ringan sgt mcm kek cipon.. padat tp lembut. hehe.. mmg tak gheti nk describe :p

Related Posts with Thumbnails