Friday, July 2, 2010

chocolate oatmeal cookies

seperti yang dirancang
saya dah pun buat cookies ni
tapi bukan rabu malam..
malam tu keletihan sangat2..

saya buat pagi khamis..
slps sahur.. slps hantar sepupu ke lrt
dlm 7am baru mula operasi
tapi bahan2 dah keluarkan awal2 lagi

resepinya:
  • 90g butter - dilembutkan ke suhu bilik
  • 25g gula castor
  • 25g gula perang
  • 1biji telur - dipukul sedikit
  • 1tsp esen vanilla
  • 1/4tsp garam
  • 100g tepung serbaguna (gandum pun boleh)
  • 100g rolled oats
  • 50g walnut - dicincang halus
  • 20g dark semi-sweet chocolate - dicincang halus
  • 60g mini chocolate chips
tatacara:
  1. panaskan oven ke 190C dan alas baking tray dgn kertas.
  2. pukul gula & butter hingga kembang dan warna pucat
  3. masukkan telur. gaul sebati.
  4. masukkan garam dan esen vanilla. gaul sebati.
  5. ayak tepung kedalam adunan dan kaup balik guna spatula.
  6. masukkan walnut, coklat dan coklat chips. gaul sebati guna spatula.
  7. jatuhkan atas baking tray guna sudu besar, jarakkan sedikit antara cookies tersebut.
  8. bakar 8-10minit (saya bakar 15minit).
nota:
saya cuba dollop guna sudu kecil
walaupun dalam hati dah terlintas
baking soda & powder lgsg takdak nih..
macam takkan kembang setaman ja cookies ni??

tepat sekali katahatiku itu..
ada separuh adunan lagi..
boleh dollop guna sudu besar nanti.. lawa la sikit!
tapi dah tak sempat nak bakar sebab dah 8am
--> time to head the office!

saya simpan baki adunan dalam peti ais
balik dari ofis saya nak sambung pembakaran
tapi pembantu saya dah siap bakar semua!!!!!!!!
tidakkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"apa ibu tidak mau saya bakar semuanya???"
hellllooooo!!! i never told u to do so!!!
ni la yg org kata.. bila cerdik pun susah!


kesemua cookies jadi besaq sikit ja dr ibu jari
udahla dollopannya huduh!!! huhuhuhu..
takpa.. do think positive junot..
senang nak pelup masuk mulut..
skali pelup ja.. dah selamat..
x perlu risau berterabur sana sini
;)

No comments:

Related Posts with Thumbnails