Dah lama berhajat nak menulis tentang perbezaan jenis2 kek yang ada.. yang saya pernah cuba buat.. semua maklumat dibawah adalah hasil adaptasi dari joyofbaking.com & baking911.com
Secara umumnya, ada 2 jenis kek:
- Foam cake
- Butter cake
Kebiasaannya foam cake hanya menggunakan telur sebagai agen penaik. Dan perlu berhati2 ketika mengkaupbalikkan tepung kedalam putih telur supaya “angin tak pecah”. Andaikata “angin pecah”, kek tak akan naik molek (deflate).
Foam cake ada 3 kategori utama
- NO FAT à angel food cake, dacquoises, meringue
- A little fat (from egg yolk) à sponge cake, roulade (swissroll)
- Additional fat (egg yolk + oil) à chiffon cake, genoise
Untuk angel food cake & chiffon cake, loyang kek tak boleh di gris sebab minyak akan membuatkan kek tak boleh nak panjat dinding loyang.
2. Butter cake – kek yang mempunyai lemak, kebiasaannya dalam bentuk pepejal (butter/ marjerin/ shortening) dan memerlukan agen penaik (baking powder/ baking soda) untuk menaikkan kek.
Basic butter cake yang popular adalah pound cake dan yellow cake.
Secara umumnya, cara membuat butter cake adalah dengan cara creaming method à butter & gula dipukul hingga kembang dan gebu dan berwarna pucat. Kemudian baru dimasukkan telur satu demi satu, diikuti dengan tepung dan bahan2 lain (jika ada). Seandainya ada cecair digunakan (susu/ yogurt/ buttermilk/ etc), seeloknya dimasukkan secara berselang seli dengan cecair: tepung-cecair-tepung-cecair-tepung. Cara ini akan memastikan bahan2 sebati elok dan yang penting, membuatkan gluten terbentuk untuk mendapatkan struktur kek yang cantik, dalam masa yang sama.. kek tak berat/ padat sangat.
Ada juga teknik mix-in-one bowl yang lebih mudah yang akan menghasilkan kek yang lebih moist dan padat (yummy! esp. if it’s a choc cake!). Tapi kek ini tidak sesuai utk dijadikan layer kek (macam kek harijadi) sebab kek tak tinggi.. tapi kalau suka begitu.. apa salahnya :)
cupcakes, bundt cakes, kek kahwin.. semuanya adalah berasaskan butter cake (gumoklaa... :p).
macam2 lagi jenis kek yang ada didunia ini.. maklumat diatas adalah maklumat yang sangat2 asas.. harap ada yang dapat dimanfaatkan..
No comments:
Post a Comment