Friday, April 30, 2010

apple cake


saya geram tengok apple dok tergolek2 dalam peti ais tu..
dah 2 minggu! mujoq x kecut lagi..

sebelum dia meneruskan proses penuaannya..
lebih baik saya sembelih dia buat kek!

saya jumpa 2 resepi..
yang dari blogresipi.com ni ada cream cheese..
nampak menggiurkan
tapi stok cream cheese dah pupus..
saya ikut resepi satu lagi.. dari feedmelah.com

peralatan: mangkuk besar, senduk kayu, bekas pembakar 9inci atau 8inci
tahap: senang
masa: penyediaan dalam 30min++, pembakaran 35min.

bahan2:
  • apple 2 bijik (saya punya kecik jadi, 3 bijik) seeloknya apple hijau.. orang panggil nenek smith (granny smith :p)
  • 120g tepung
  • 120g gula (saya pepandai kurangkan jadik 100g)
  • 2tsp baking powder (laaa!!! patutla kek rasa pelik!! saya hantam 2tbs!!)
  • 2biji telur
  • 120g butter yang dilembutkan
  • secubit garam (awatla cek pandai2 boh 2cubit ntah!

tatacara:

  1. potong apple dadu atau sukahatilah labu janji senang telan <-- saya gaul dgn 1/2sdt cinnamon
  2. panaskan oven ke 180C dan gris bekas pembakar dgn butter
  3. gaulkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk besar
  4. pukul telur (macam nk buat telur dadar) dan masukkan ke dalam tepung. gaul sebati
  5. masukkan butter lembut/ cair (panas dlm microwave 20s) dan gaul sebati
  6. masukkan potongan apple dan gaul sebati.
  7. tuang ke dalam bekas pembakar dan bakar 35minit.

verdict:

kesalahan baking powder itu mmg tak boleh dimaafkan!!! terpaksa kutelan jua kek ini. huhuhu..

Wednesday, April 28, 2010

cocoa-nana bread

saya lupa mana saya jumpa resepi ni..
saya lupa kenapa saya nak buat kek-roti ni..
ghaflatun sungguh!


cemanala nak mekap kek coklat bagi lawa ek?


yang pasti.. resepi ni al-asal wal usul
dari puan dorie greenspan
saya tak kenal dia..
tak glamer macam puan martha stewart
tapi bukunya sama mahal!! lebih satu hatus!

geng2 baking blogger (majoriti bertapak nun di obersee)
ramai join TWD (Tuesday With Dorie)
saya tak join.. (cek malula!)
cuma saya suka sangat2
sebab boleh cuba resepi2nya! :D

peralatan: loaf pan 9x5 atau yg compatible 8x8 (nak guna 8x4 pun boleh.. nak guna muffin cup pun boleh tapi kena pepandai ejas masa membakar), hand mixer, mangkuk besar, sudu kayu
masa: 30min penyediaan, 1jam 15min pembakaran
tahap: senang-sederhana

bahan2:
  • 2cwn tepung serbaguna (gandum cap sauh pun bereh)
  • 1cwn serbuk koko separa manis (semi-sweet)
  • 1 1/2sdk baking powder (bp)
  • 1/2sdk garam*
  • 1/4sdk baking soda (bs)
  • 1/2cwn butter tanpa garam* (112.5gm)
  • 3/4cwn gula castor
  • 1/2cwn gula perang
  • 2biji telur gred A
  • 2biji pisang masak ranum (saya guna 4biji pisang emas yg cinoni)
  • 3/4cwn buttermilk
  • 3auns coklat masakan yang dicop atau 1/2cwn coklat-cip

*kalau guna butter biasa, garam secubit dah mencukupi

tatacara:

  1. sediakan buttermilk: 3/4sdb jus lemon atau cuka dicampur dengan 3/4cwn susu dan biar pada suhu bilik.
  2. panaskan oven 175C dan gris bekas pembakar
  3. ayak tepung, bp, bs, garam dan serbuk koko dalam mangkuk besar
  4. putar butter lebih kurang 1min dan masukkan gula castor & gula perang. pukul selama 2minit.
  5. masukkan telur satu demi satu dan pukul hingga betul2 sebati.
  6. masukkan pisang yang telah dilecek. pukul sebati.
  7. masukkan adunan tepung dalam 3 peringkat (nak bagi betul2 sebati).
  8. masukkan buttermilk tadi dan kacau dengan sudu kayu
  9. masukkan coklat
  10. tuang kedalam bekas dan bakar 30min.
  11. selepas 30min, tutup bekas pembakar dengan aluminium foil dan sambung bakar lagi 40-45min atau sehingga lidi yg cucuk keluar bersih (letih cek tunggu!).
  12. sejukkan dalam 15-20min dalam dulang pembakar baru keluarkan.

nota:

kena buat pagi2 nih.. baru sedap dimakan! saya buat malam2.. pukul 12tgh malam harum satu rumah!! bau macam bakery :p

verdict:

macam kurang kick! rasanya sbb serbuk koko saya unsweetened. mana nak cari serbuk koko yang semi-sweet aa??

update:

boleh tahan sedap.. sbb bila makan akan tergigit ketulan coklat.. perghh.. haven! bila dah habis baru terasa dimulut.. akan kepisangannya.. masa makan x terasa sgt..

Monday, April 26, 2010

mango cheesecake trifle

amacam bunyi tajuk?

ada gegarkah?
:p


hari jumaat malam yang lalu..
saya buat japanese soft cotton cheesecake

semasa proses mengasingkan telur..
saya dah rasa macam jiwa kacau..
sebab ada seto-ek (sikit sgt) telur kuning
tercampur dalam adunan telur putih..


nak ganti lain.. telur dah habis!!
tiada pilihan.. saya terpaksa teruskan jua..
hasilnya.. putih telur tu pukul sejam pun tak kembang2!!
letih menunggu.. saya teruskan juga..
maka hasilnya.. kek bantat!
nangissssss!!!!!!!!





ciskek pendek, padat dan tak gebu! huhuhu..

namun, saya tidak kuciwa..
puas saya fikir..
cara2 utk upcycle kek bantat itu!
idea datang bila belek resepi trifle dlm joyofbaking


maka hasilnya..
mango cheesecake trifle!
weeehu!





layer bawah sekali: ciskek bantat yg dihiris nipis2
layer tengah: buah mempelam yang didadu kecil (ada jugak yg sy letak jem stoberi)
layer atas: whipping cream (akibat kesuntukan masa.. sy guna ready made whipping cream)




yg ini.. layer tengah adalah jem stoberi kurang manis
kena pulak dgn jus oren.. memang masam melompat!!!
tapi sebab ada whipping cream yg creamy..
kembali nyaman bila memakannya..
:p





nota:
slps susun ciskek tu curahkan sesudu jus oren utk membasahkan kek dan sebagai menambah perisa

verdict:
pueh ati den!

famous amos cookies



saya buat biskut ni semata-mata sebab nak kepastian..
betulkah ini resepi yang famous amos claim rm200 tu?

betulkah rasa macam famous amos tu??

saya search resepi dan jumpa disini

verdict:
rangupnya!!!!!!
dan kurang manis mcm sekuk2 yg sblm ni..

cik abe tanya: "awak belajar dari mana ni?"
cik adik jawab: "dari puan internet" :p
taapi.. saya rasa sekuk nih..
not exactly sebijik mcm f-a
taapi.. tak apa..
sebab sedap & budak2 suka (makpak budak pun suka)
:D

Thursday, April 22, 2010

m&m button brownies



specially dedicated for luqman
no-lah.. not my luqman..
tapi luqman nur-hakim..
anak cik-chibi yg sgt ensem tu!!

resepi ini saya ambil dari amazingmom.com

kali pertama saya buat guna walnut.. sesuai utk org dewasa..
m&m nih lebih sesuai utk kanak2 & org dewasa yg suka coklat (macam saya :p)

peralatan: bekas pembakar muffin (mini), mangkuk besar, mangkuk kecil, sudu kayu, whisker
tahap: senang-sederhana
masa: penyediaan - dalam link diatas tulis 10minit tapi saya yg amatur ni ambil masa 30minit, pembakaran - 15minit

bahan2:
  • 6sdb serbuk koko
  • 6sdb butter - suhu bilik
  • 1/2cwn coklat masakan <-- saya guna beryls
  • 1/2cwn gula perang
  • 2biji telur gred A
  • 2/3cwn tepung <-- silalah beli cawan yg ada sukatan ye..
  • 1/2sdk baking powder (bp)
  • 1/2sdk baking soda (bs)
  • secubit garam <-- x perlu banyak sbb saya guna butter biasa yg sedia bergaram)
  • 1/2cwn M&M <-- saya hancurkan sikit (belah 2) + extra utk topping (yg topping x payah belah :p)
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan gris loyang pembakar
  2. gaulkan tepung, bp, bs & garam dalam mangkuk kecil dengan menggunakan whisker (atau garfu asli)
  3. coklat masakan dan butter dicairkan bersama2 dalam microwave (dalam 40s)
  4. masukkan coklat dan butter yang telah cair kedalam mangkuk besar. dengan menggunakan sudu kayu, gaulkan bersama2 dgn serbuk koko dan gula. kacau sebati.
  5. tambah esen vanilla dan telur. kacau sebati
  6. tambah adunan tepung tadi dan gaul sebati
  7. tambah m&m dan gaul sebati (banyaknya perkataan sebati!)
  8. sendukkan kedalam loyang/ acuan
  9. tindik seketul m&m keatas setiap err.. adunan kecil?
  10. bakar selama 15minit
verdict:
memang kegemaran kanak2!! tidak syak lagi!

oh! harap2 luqman ensem suke! ;)


blueberry cake ~ a birthday cake



saya buat kek ni semalam..
pagi tadi baru buat frosting..
sampai menjilat jari! (bukan jilat kek aa..)
sampai batal puasa saya! huhuhu..

tengah2 kek tu saya letak adunan blueberry dan fresh cream
hiasan atas tu ish.. hopeless sungguh!
macam gelenyarr jah!
harap2 adik saya tak kesah.. huhuhu..

resepi kek dicedok dari allrecipes.com
yang saya dah pernah cuba buat sebelum ni..
yang telah menghasilkan gunung berapi meletup!
:p

kali ni frosting saya guna non-dairy whip topping
(rasanya orang sebut juga sebagai fresh cream.. saya kurang arif)
ilmu dari kelas chef noraini @anizbakingcenter
barulah saya tahu.. yang mana satu topping yang digunakan utk kek
celik mata dah sikit ;) alhamdulillah..

tapi saya tak pukul sampai dia betul2 kembang..
sebab mixer yang cinoni perlukan masa ~ 30min
dan saya kesuntukan masa!!

tapi saya suka!!!
sebab rasa mcm dah boleh kontrol tangan pipe bunga keliling kek tu..
kebiasaan saya dengar.. orang sebut rosette..
saya buat bunga hantam-sajala-labu-janji ada bentuk
:p

Tuesday, April 20, 2010

chocolate chip cookies ruth wakefield

usai solat saya terus kedapur
dengan resepi choc.chip cookies dari joepastry.com

sebelum ni dah pernah cuba resepi bettycrocker
resepi kali ni adalah resepi asli chocolate chip
yang dicipta oleh ruth wakefield pada tahun 1930
wow! its been 80years!!
agak2 resepi bolu tok nenek kita dulu2..
mungkin lebih kurang tu jugak usianya kan??
entah2 lagi tua!
cuma takdak rekod siapa orang pertama cipta..
pentingkah? perlukah?

lari tajuk pulak :p

saya menseparuhkan resepi asal
sekadar nak mencuba..
maka, kadar timbangan dan ukuran agak kurang tepat..
jenuh jugak mengira.. 2 1/4 cup kalau diseparuhkan jadi berapa ya?



resepi di bawah adalah resepi asal yang saya rasa pasti akan jadi!
yang saya buat.. kurang tepat maka.. rasanya macam kurang jadi..

peralatan: dulang pembakar biskut, mangkuk besar, mangkuk kecil, sudu kayu, whisker telur
tahap: senang-sederhana (tak pernah buat yang susah pun :p)
masa: 45minit (masa orang yg pro mungkin dalam 30minit?)

bahan2:
  • 2 1/4cwn tepung
  • 1sdk baking soda
  • 1sdk garam
  • 1cwn ~ 225g butter - suhu bilik
  • 3/4cwn gula perang
  • 3/4cwn gula castor
  • 1tsp esen vanilla
  • 2 telur gred A
  • 2cwn chocolate chip
  • 1cwn kacang yang dihancurkan <-- saya letak almond nibs
tatacara:
saya ikut tatacara bagi mendapatkan cookies yg nipis & crispy dari joepastry.com
  1. panaskan oven ke 175C
  2. gaulkan tepung, soda dan garam dalam mangkuk kecil dengan whisker. guna tangan pun boleh!
  3. dalam mangkuk besar, gaul sebati butter, gula perang dan gula castor menggunakan sudu kayu.
  4. tambah telur satu per satu. tambah esen vanilla.
  5. masukkan adunan tepung kedalam adunan butter dan kacau sebati.
  6. tambah chocolate chip dan kacang. kacau sebati.
  7. guna 2 sudu.. sudukan ke atas dulang pembakar.
  8. bakar selama 15 min. saya tambah extra 5minit = 20minit. baru crispy molek.
nota:
adunan agak lembut.. mungkin sebab suhu dalam rumah yg sangat panas??
kalau masuk peti ais dulu.. barang 1jam.. memang akan lebih rangup!!
tak percaya? cubalah!

verdict:
sebenarnya ada 2 versi.. versi yang dibakar terus, feveret nuha (kurang crispy)
versi kedua.. sangat rangup! disimpan dalam petisejuk semalaman (asal2 nak simpan 1jam tapi tertidur!), feveret luqman dan muaz!


Related Posts with Thumbnails