Showing posts with label mocha. Show all posts
Showing posts with label mocha. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

mocha marble cheesecake

dah lama tak buat cheesecake..
tergoda sungguh tgk ms.rima punya ciskek
have a look at her blog
her piccas & recipes are amazing!


with choc ganache topping.. yumms!











bahan2:
  • 300gm digestive biscuit
  • 20g cocoa powder
  • 1 1/2sdk nescaffe
  • 150g butter, dicairkan
atau
  • 2cwn biskut koko (oreo tanpa intinya)
  • 1 1/2sdk nescaffe
  • 100g butter, dicairkan
filling:
  • 700g cream cheese <-- saya guna 500g saja :(
  • 100g gula
  • 2biji telur
  • 1 1/2sdk esen vanilla
  • 50g coklat, dicairkan
  • 1sdk nescaffe + 2sdb air panas
tatacara:
  1. utk dasar kek: biskut dihancurkan dan gaul bersama bahan2 lain. tekan rata pada dasar springform pan hingga naik ketepi. sejukkan dalam peti ais hingga keras.
  2. panaskan oven ke 160C.
  3. utk filling: pukul cream cheese hingga lembut dalam 30s dan masukkan gula dan pukul sebati.
  4. masukkan telur satu demi satu dan vanilla.
  5. senduk keluar 1cwn adunan cheese dan gaulkan bersama coklat cair & bancuhan kopi.
  6. tuangkan adunan cheese keatas dasar biskut. kemudian tuangkan adunan cheese+mocha. buat marble efek menggunakan chopstick/ lidi.
  7. bakar secara bain-marie selama 1jam.
  8. setelah kek siap dibakar, biarkan ia sejuk dalam oven dulu.. lebih kurang 30minit. baru keluarkan ke suhu bilik.
  9. simpan sejuk dalam peti ais sebelum dihidangkan.
nota:
saya tambah topping chocolate ganache (milk choc+heavy cream)
& ada sedikit olahan dr resepi asal sebenarnya sbb bahan tak cukup:
  • 500g cream cheese
  • 1cwn sour cream
  • 3sdb tepung
  • 3biji telur
  • yang lain2 sama saja..
verdict:
alhamdulillah menjadik jugak..
bawa kek ni ke open house yaya
kawan2 yaya kata sedap.. licin licau!

Monday, August 9, 2010

mocha matcha marble CAKE

sebenarnya teringin nak buat bakerella punya choc matcha bundt cake
tapi bila gugel.. jumpa resepi yang lagi menarik drp novicebaker
kenapa menarik?
sebab letak low fat yogurt!!!
cake yang letak yogurt biasanya lembut & gebush..

bahan2:
  • 2cwn tepung kek (high protein flour) <-- boleh ganti dgn 3/4cwn tepung biasa + 2sdb tepung jagung
  • 1sdk baking powder
  • 1/2sdk baking soda
  • 1/2sdk garam <-- saya kurangkan ke 1/4sdk
  • 1sdk serbuk kopi
  • 1/3cwn serbuk koko
  • 1 1/3cwn gula
  • 1/4cwn air
  • 1 1/2sdk serbuk green tea (matcha powder) <-- saya guna 2sdk
  • 1 biji telur
  • 1 biji putih telur
  • 6sdb (90g) butter tanpa garam <-- saya guna buttercup (bergaram)
  • 1cwn low fat yogurt
  • 1sdk vanilla
tatacara:
  1. ayak bahan2 kering: tepung, baking powder, baking soda dan garam. ketepikan dulu.
  2. dalam mangkuk sedang, gaulkan serbuk kopi, serbuk koko, 1/3cwn gula dan 1/4cwn air. ketepikan dulu.
  3. sediakan serbuk green tea dalam mangkuk sedang yang lain.
  4. satukan telur dan putih telur dan pukul dengan garfu.
  5. dalam mixer, pukul butter hingga lembut dan masukkan 1cwn gula sedikit demi sedikit. pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang (dlm 3minit).
  6. perlahankan kelajuan dan masukkan telur sedikit demi sedikit. pukul sebati (dlm 2minit).
  7. masukkan tepung secara selang seli dengan yogurt: tepung-yogurt-tepung-yogurt+vanilla-tepung.
  8. bahagikan adunan: 1 1/2cwn masuk kedalam mangkuk berisi adunan koko+kopi, 1 1/2cwn masuk kedalam mangkuk berisi serbuk green tea.
  9. masukkan secara selang seli kedalam loyang. koko-green tea-koko. dan usik guna lidi atau hujung pisau untuk membuat marble efek.
  10. bakar selama 45-50minit (kalau buat cupcake, bakar 20-25minit) atau sehingga kek mula menarik diri (peliknya ayat ni??) dari dinding loyang.
inilah loyang CAKE! ngeee..
tapi huruf K patah - terlebih adunan!












nota:
saya guna loyang silikon CAKE & bakar 30minit
1st time guna.. present dari adik kecik balik UK ;)
loyang x perlu gris & senang sangat nak keluarkan kek..
tengkiu cek!!! mmmuaaahhhss..

 dah kena ngap!











yang ni baru nampak marble efek!












verdict:
saya tak menyesal cuba resepi ni. sungguh!
kek memang lembut & sedap bangat! (angkat bakul sendiri plak :p)

Thursday, July 8, 2010

kopi434 muffins

kebiasaannya sblm saya mula prosedur membakar
saya akan study resepi berulang kali
sambil menconteng2 kertas resepi..
sampai boleh imagine cara pembuatannya

dan saya akan keluarkan kesemua bahan2
baru mula operasi timbang-timbangan
tapi pagi tadi.. dalam pening2 berat kepala
saya buat jugak mocha muffins ni..
sebab dah plan nak buat utk breakfast
7.10am mula operasi, 8.05am bunyi "ting!'
tanpa mengeluarkan kesemua bahan
saya prepare bahan basah dulu..
mula2 buat buttermilk - panaskan sikit susu yg br keluar dr peti, campur cuka
lps tu buat kopi - rendam 1 uncang kopi 434 sekejap dan masukkan dlm peti
kemudian baru sukat bahan kering

dah selamat masuk oven baru rasa macam ada yang tak kena
kenapa nama mocha tapi takdak koko??
rupa-rupanya tertinggal serbuk koko!!!!
hahahahaha.. maka jadiklah ia kopi434 muffins
:p


peralatan:
2 mangkuk sedang, spatula, whisker, loyang muffin & muffin cups
masa: penyediaan ~ 30minit, pembakaran ~ 20-25minit
tahap: senang

bahan2:
  • 3biji telur besar (gred A)
  • 1cwn buttermilk <-- 1cwn susu dicampur dgn 1sdb cuka
  • 3/4cwn minyak canola
  • 1/2cwn kopi pekat, pada suhu bilik
  • 1sdk vanilla
  • 1 1/2cwn tepung biasa (plain/ gandum)
  • 1 1/4cwn tepung whole wheat
  • 1/3cwn serbuk koko <-- saya tertinggal!!! :p
  • 1cwn gula perang
  • 1tsp baking soda
  • 1/2tsp baking powder
  • 1/2tsp garam
  • 1cwn walnut cincang kasar <-- beli yg siap cincang senang keroje ;)
  • 1cwn chocolate chips and or white chips ( & kalau jumpa cappucino chips sila letak)
tatacara:
  1. mula2 saya sediakan buttermilk dan kopi dulu..
  2. panaskan oven ke 190C dan alas muffin pan dgn muffin cups
  3. dalam satu mangkuk sedang, gaulkan bahan2 basah: telur, minyak, buttermilk, kopi dan vanilla dengan menggunakan whisker.
  4. dalam mangkuk lain, gaul-sebati bahan2 kering: kedua-dua tepung, serbuk koko, gula, bs, bp, walnut dan choc chips menggunakan spatula. buat lubang ditengah2 (macam kolam).
  5. dengan spatula tadi, gaulkan bahan basah ke dalam bahan kering sampai agak sebati. jangan lama2 nanti muffins jadi keras.
  6. cedok kedalam acuan dan bakar 20-25minit (saya bakar 25minit sbb acuan dalam). nak pastikan dah masak.. cucuk muffins dgn lidi.. kalau lidi keluar bersih maka dah masak molek dah tu..
verdict:
walaupun tanpa serbuk koko..
tetap menyelerakan terutama masa masih panas2!
makan seketul pun dah kenyang
boleh buat lagi ni ;)

Thursday, June 24, 2010

mystery mocha



bila kita berpuasa..
tengok menu itu ini
tengok resepi sana sini
semuanya rasa NAKKKK!!

dan pada hari ini..
resepi pelik ini asik terngiang2 dalam kepala
rupa huduh pun boleh saya minat!
saya akui.. saya memang mudah tergoda..
dgn ayat2 power dalam blog omputeh ni :p

maka.. sebaik pulang dari pejabat
saya tengok gaya sikecik dulu.. boleh tunggu susu tak?
dia nampak gembira berlari sana sini dan bermain2
maka bermulalah operasi mengeluarkan bahan2

peralatan: mangkuk besar, senduk kayu, mangkuk kecil, dulang 4segi 8inci (saya guna bulat 9inci)
masa: 15minit penyediaan, 40minit pembakaran
tahap: senang

bahan2:
  • 3/4cwn gula
  • 1cwn tepung
  • 2tsp baking powder
  • 1/8tsp garam (saya tak letak sbb guna butter biasa yg bergaram)
  • 1/2oz unsweetened cooking coklat (kalau beli hershey punya ada tulis 1 petak kecil=1/2oz)
  • 2tbs butter
  • 1/2cwn susu segar
  • 1tsp esen vanilla
  • 1/2cwn gula perang
  • 1/2cwn gula biasa <-- saya letak 1sdb saja
  • 4tbs serbuk koko (yang masakan punya)
  • 1cwn kopi pekat <-- saya bancuh kopi 434 dan letak gula sikit -- biar sejuk.
tatacara:
  1. ayak gula, tepung, bp dan garam kedalam mangkuk besar dan ketepikan dahulu.
  2. cairkan butter dan coklat dalam mangkuk kecil dalam microwave (dalam 40s)
  3. campurkan susu dan vanilla.
  4. tuang coklat dan susu secara selang seli kedalam adunan tepung.
  5. tuang adunan ke dalam dulang pembakar yang dah digriskan dengan butter.
  6. kat sini bermula kepelikannya: gaulkan gula perang, gula dan serbuk koko dan tabur keatas adunan yg dah masuk dulang tadi.
  7. kemudian tuang bancuhan secawan kopi keatas serbuk2 tadi. memang nampak pelik dan agak hodoh. abaikan saja..
  8. bakar selama 40minit pada suhu 175C.
  9. hidang panas bersama aiskrim atau whipped topping.


verdict:
huduh sungguh2!
sampai cik abe tegur.. eeiii.. apa ni?
nasib baik dia tak kata macam taik lembu!
hahaha..

tapi saya suka! :p
kena pulak dengan aiskrim! yumm!!

cumanya.. agak sukar utk mengautnya keluar dari loyang
rasanya lebih indah rupanya kalau guna pyrex 8x8
dan terus senduk dari situ..

lupa pulak.. benda alah ni saya kategori sbg puding saja
takdak rupa kek! dan sangat leceh nak dipotong.. senduk lagi senang!
so, lebih sesuai utk santapan sendiri daripada dijamu kpd kawan2..
jenohla cek nak perabih sorang2 ni!!

update:
dah licin!! anak2 suka rupanya.. terutama sikecik yg belum 2tahun tu..
Related Posts with Thumbnails