Tuesday, June 29, 2010

next in list

simply love this vintage image!

things to bake within this 2weeks..
  1. choc angel cake or milo chiffon - untuk kakak - not sure yet when.. mid of next week?
  2. boston cream pie - anak2 yatim?? - next weekend baking project
  3. choc oatmeal cookies - bekal perhentian - wednesday (its tomorrow!!)
  4. julia child brownies - bekal perhentian - thursday
  5. lemon poppy seed quikbread - dept meeting - thursday
  6. cheesecake bar/square - staff meeting - friday next next week (make on thursday nite)
  7. chilled oreo cheesecake - sapa mau makan ni?? scrap it?? or make this for staff meeting?
  8. haiyoo.. accidentally found this gorgeous yummy looking cake & cant stop drooling-lah!
  9. oh! how can i forgot this mocha muffins! been dreaming of it since last nite! - morning bakes for breakfast in the office :)
need to buy:
  1. 21/23cm fluted tube pan
  2. -
  3. -
  4. -
  5. just finishing up the remaining plain yogurt!
  6. -
  7. whipping cream
  8. more oreos!! and a bundt pan!
  9. sour cream.. pls come to me...........
aite! hope i can make it happen! INSYAALLAH!

chocolate moist brownies ~ cakey version

saya teringin nak buat julia child punya brownies..
tapi anak dara saya minta buatkan "yang ummi buat dulu2"
dulu2 tu masa mula2 mencuba untuk membakar..
i think i know what she wants..

taaaapiii.. sour cream dah 3 kedai saya pusing = yilek!
last resort.. guna natural yogurt
pepandai sendiri ubah
habih toppingnya rasa masam!
sangat pelik! coklat masam! macam basi jerr..
huhuhuhu..
kena scrap topping sblm bagi anak2 makan.

saya konfius lagi ni..
bukankah plain yogurt ~ = sour cream?
ternyata plain yogurt itu lebih power kemasamannya!

resepi dari fp rinnchan ni saya dah pernah buat 2kali sblm ni
tapi zaman tu belum saya ada digikamek..
itu yang rasa mm.. oke je lah.. buat je lah lagi sekali..
semata2 nak posing & post dlm blog
ciwinya!!! hehe..


brownies sedang posing dlm keadaan sejuk gedi
menampakkan sedikit kepucatan disitu


saya ikut resepi sebijik2 kecuali sour cream diganti dengan yogurt
dan saya guna loyang 10x10 yang dilapik dgn aluminium foil

saya berpendapat (wah! ayat karangan :p)
andaikata sour cream tidak dijumpai,
bolehlah menggunakan plain yogurt sebagai ganti
tetapi hanya dalam kek/ brownies/ baking part sahaja
untuk topping,
lebih sesuai diganti dengan whipping cream/ heavy cream

verdict:
brownies ok. topping ko!
:(

Sunday, June 27, 2010

victoria sandwich cake

saya memang kepingin nak buat sendiri kek ni..
selepas cik abe saya makan di teapot cafe @ss2
dan dia kata sangat sedap!
bagi saya.. biasa saja (eksenkah saya ini? :p)
sebab saya memang bukan peminat sponge kek!

tengahari ini kakak ipar saya buat kenduri kesyukuran
sempena ulangtahun perkahwinannya yang ke?
tak tertanya pulak saya.. ke-20 agaknya?
jadi pagi ini saya cuba buat kek kesukaan cik abe ni
ada relevenkah? :p

sejarah asal usul kek kesukaan queen victoria ni ada disini

resepinya pula saya ikut dalam bbcgoodfood.com

kalau ikut bbc tu senang bangat!
semua skali harung rummmm pukul skaligus
tapi saya terasa ciwi sikit :p
saja gelenya susahkan diri sendiri
tatacaranya saya ikut dalam whatscookingamerica.net


rasanya ini kek pertama yg ada rupa
kek simple camni bolehla!
:p


tapi sgt syahdu.. pabila transport ke semenyih
habis sememeh!! hilang terus "rupa" itu..
lapisan atas jatuh senget sampai terkeluar stoberi jem!
hukhukhuk..


dah siap baru sibuk2 nak geledah tengok resepi lain
ada yang kata tak boleh pukul lama!
aiyakkkk!!! nanes!!! huhuhu..
tu la.. ciwi lagi! sendiri tanggungla.. :(
(tapi saya kurang pasti sebenarnya..
apakah akibat terlebih pukul itu.. kurang gebu? terlebih gebu?)
saya sungguh butakayu!

peralatan: mixer, loyang bulat 8inci x2, spatula
tahap: senang-sederhana
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran ~ 20minit

bahan2:
  • 200gm butter
  • 200gm gula
  • 4biji telur (berat ~ 200gm)
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 1tsp baking powder
  • 1/4tsp garam <-- saya tambah sebab guna unsalted butter
  • 2tbs susu
*creamed butter: 100gm butter + 140gm gula aising dipukul hingga kembang

tatacara:
  1. timbang telur (saya terpaksa guna 5biji sbb saiz telur kiut sangat).
  2. timbang butter dan masuk microwave utk dilembutkan (dlm 15s).
  3. panaskan oven ke 190C dan gris loyang dan lapik dgn kertas tekap.
  4. gaulkan kesemua bahan dalam mixer. (saya pukul butter dan gula sampai kembang dulu baru masukkan telur + 1sdb tepung, satu demi satu - tepung saya dah gaul dengan garam dan bp. akhir sekali baru saya masukkan susu) -
  5. **ada resepi tulis tak perlu pukul lama2 selepas masuk tepung.. cukup sehingga tepung sebati saja..
  6. tuang adunan kedalam loyang dan ratakan dengan spatula.. bakar selama 20minit.
  7. dah siap sejukkan dulu (dalam 30mint) baru keluarkan dari loyang.
  8. sebiji kek disapu dengan *creamed butter dan kemudian lapisan atas creamed butter disapu dengan jem stoberi (~300gm) dan kemudian ditangkup dengan kek satu lagi.
  9. taburkan gula aising diatas kek lapisan atas sekali (optional).
verdict:
hmm.. cek dah kata dah.. cek memang tak minat sponge kek!
rasa macam kek biasa saja.. nothing spectacular (ewah!)
nasib baik ada lapisan creamed butter yg manis & stoberi jem yg masam itu
itulah lapisan penyelamat penyedap taste-bud ini!

Friday, June 25, 2010

banana nut brownies

dah puas cuba banana cake.. banana muffins.. & banana quickbread
saya saja cuba cari resepi banana brownies pula
tak sangka ada rupanya!

saya tak pernah tahu pisang pun boleh dibuat brownies
tapi sebab dah nama pun brownies
maka.. jadilah ia umpama chocolate banana cake
cuma dalam rupabentuk brownies

resepi encik michael smith dalam afc,
guna 1pound coklat (bengkrap!)
saya cuba ikut resepi allrecipes.com
lebih menjimatkan & ramai juga yang bagi 5 bintang!



peralatan: mangkuk besar, mangkuk sedang (utk lecek pisang), loyang 4segi 9inci (saya guna 10inci), senduk kayu.
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran ~ 45minit
tahap: senang

bahan2:
  • 1/2cwn butter (115gm atau separuh ketul) dicairkan dan dibiarkan sejuk
  • 1cwn gula (saya kurangkan 1sdb)
  • 3tbs serbuk koko <-- ramai yang rekemen heapful
  • 2biji telur dipukul sedikit
  • 1tbs susu <-- saya letak 2tbs
  • 1tsp esen vanilla <-- saya letak 1 1/2tsp
  • 1/2cwn tepung
  • 1tsp baking powder
  • 1/4tsp garam <-- saya guna 1/8tsp (lebih kurang secubit)
  • 1cwn pisang yang dilenyekkan <-- pisang saya terlebih!
  • 1/2cwn walnut hancur <-- saya tambah lagi 1/3cwn
  • 1/2cwn coklat chip (optional)
tatacara:
  1. panaskan oven 175C dan gris loyang dengan butter. saya lapik dgn aluminium foil supaya senang nak angkat.
  2. dalam mangkuk besar, gaulkan butter, gula dan serbuk koko menggunakan senduk kayu.
  3. masukkan telur, susu dan vanilla. gaul sebati.
  4. masukkan tepung, bp dan garam. gaul sebati.
  5. masukkan wlanut dan coklat cip. gaul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar 45minit.
  7. sebelum dihidangkan, boleh tabur dgn gula aising (terpulang) <-- nak letak tapi lupa!
verdict:
bau banana sungguh beraroma
tapi rasanya.. tunggu esok!

update:
saya pun bagi 5 bintang! tapi dengan tokok tambah serba sedikit drp resepi asal spt yg saya buat mcm ni <--

puding trifle



sebelum saya lupa dan membuang masa mencari resepi lagi..
lebih baik saya jot down cepat2!

dah pernah buat untuk mak bawa ke opisnya..
tapi kertas yang print hari tu entah kemana

lepas tu ada kawan mintak resepi
cari punya cari.. jumpa dan terus bagi link & resepi

kali ni terasa nak buat..
seharian mencari resepi!
apa punya keroje daaa...
akhirnya terpaksa mintak balik dgn kawan! :p

macam2 cara ada nak buat trifle ni
suka hati kita nak layer apa dan macam mana..
tapi saya suka yang original.. dan tradisional
maka.. saya ikut dalam blog teratak impian

saya guna bekas pyrex 9x13

lapisan bawah sekali..
susun swissroll (perasa apa pun boleh!) dan tuang air fruit cocktail ke atas swissroll

lapisan 2nd last (atas swissroll)
1tin susu cair + 1tin air + 7sdb gula pasir - masak sampai mendidih sambil tu..
1/2tin air + 4sdb tepung kastad - masukkan kedalam susu bila dah mendidih
kacau sampai likat

lapisan ke-3 (selepas kastad)
tabur fruit cocktail (buah saja, air tak perlu.. lagipun airnya dah kering dituang keatas swissroll)

lapisan ke-4
1kotak kristal jelly - masak ikut arahan pada kotak
saya guna tajuk nona: 400ml air didih dan masukkan kristal jelly dan kacau. dah didih semula, tutup api dan kacau hingga sedikit sejuk baru tuang atas buah2 tadi

lapisan ke-5 (optional)
kalau zaman dulu, layer sampai jelly saja..
sekarang zaman dah berubah (iklan apa ya ni?)
ada yang letak whipping cream.. menarik & enak juga tu!
saya belum buat lagi ;)

Thursday, June 24, 2010

mystery mocha



bila kita berpuasa..
tengok menu itu ini
tengok resepi sana sini
semuanya rasa NAKKKK!!

dan pada hari ini..
resepi pelik ini asik terngiang2 dalam kepala
rupa huduh pun boleh saya minat!
saya akui.. saya memang mudah tergoda..
dgn ayat2 power dalam blog omputeh ni :p

maka.. sebaik pulang dari pejabat
saya tengok gaya sikecik dulu.. boleh tunggu susu tak?
dia nampak gembira berlari sana sini dan bermain2
maka bermulalah operasi mengeluarkan bahan2

peralatan: mangkuk besar, senduk kayu, mangkuk kecil, dulang 4segi 8inci (saya guna bulat 9inci)
masa: 15minit penyediaan, 40minit pembakaran
tahap: senang

bahan2:
  • 3/4cwn gula
  • 1cwn tepung
  • 2tsp baking powder
  • 1/8tsp garam (saya tak letak sbb guna butter biasa yg bergaram)
  • 1/2oz unsweetened cooking coklat (kalau beli hershey punya ada tulis 1 petak kecil=1/2oz)
  • 2tbs butter
  • 1/2cwn susu segar
  • 1tsp esen vanilla
  • 1/2cwn gula perang
  • 1/2cwn gula biasa <-- saya letak 1sdb saja
  • 4tbs serbuk koko (yang masakan punya)
  • 1cwn kopi pekat <-- saya bancuh kopi 434 dan letak gula sikit -- biar sejuk.
tatacara:
  1. ayak gula, tepung, bp dan garam kedalam mangkuk besar dan ketepikan dahulu.
  2. cairkan butter dan coklat dalam mangkuk kecil dalam microwave (dalam 40s)
  3. campurkan susu dan vanilla.
  4. tuang coklat dan susu secara selang seli kedalam adunan tepung.
  5. tuang adunan ke dalam dulang pembakar yang dah digriskan dengan butter.
  6. kat sini bermula kepelikannya: gaulkan gula perang, gula dan serbuk koko dan tabur keatas adunan yg dah masuk dulang tadi.
  7. kemudian tuang bancuhan secawan kopi keatas serbuk2 tadi. memang nampak pelik dan agak hodoh. abaikan saja..
  8. bakar selama 40minit pada suhu 175C.
  9. hidang panas bersama aiskrim atau whipped topping.


verdict:
huduh sungguh2!
sampai cik abe tegur.. eeiii.. apa ni?
nasib baik dia tak kata macam taik lembu!
hahaha..

tapi saya suka! :p
kena pulak dengan aiskrim! yumm!!

cumanya.. agak sukar utk mengautnya keluar dari loyang
rasanya lebih indah rupanya kalau guna pyrex 8x8
dan terus senduk dari situ..

lupa pulak.. benda alah ni saya kategori sbg puding saja
takdak rupa kek! dan sangat leceh nak dipotong.. senduk lagi senang!
so, lebih sesuai utk santapan sendiri daripada dijamu kpd kawan2..
jenohla cek nak perabih sorang2 ni!!

update:
dah licin!! anak2 suka rupanya.. terutama sikecik yg belum 2tahun tu..

Sunday, June 20, 2010

chocolate torte ~ with ground almond



saya beli ground almond dah lebih 1bulan
hajat asal nak buat joconde
tapi makin lama minat kepada joconde berkurangan :(

akhir-akhir ni.. tekak saya asyik kepingin coklat
hari2 makan coklat bar.. but i need more than that!
(dasar tamak!)

bila belek2 resepi dalam joyofbaking.com
yes! i knew what i wanted!!
A CHOCOLATE TORTE!!!

awal tahun dah pernah buat..
its a flour-less cake.. tak guna tepung!
its the most chocolatey cake - definitely different from normal chocolate cakes
tak rasa macam kek sangat.. sangat padat! tapi tak memuakkan..

saya jumpa resepi yang guna ground almond
dalam twospoons.wordpress.com

peralatan: mixer, mangkuk besi & periuk (untuk double boil), loyang springform 9inci, sudu besi
masa: penyediaan ~ 30minit (lama sebab nak pukul putih telur), pembakaran - 1jam
tahap: sederhana (worth the effort!!)

bahan2:
  • 250gm dark coklat bar (saya guna beryls)
  • 150gm butter
  • 5biji telur diasingkan
  • 1/2cwn gula castor
  • 1/2cwn gula aising
  • 1 1/2cwn ground almonds
tatacara:
  1. asingkan telur. yang putih masuk ke dalam mixer, yang merah dalam mangkuk kecil.
  2. double boil butter dan potong coklat ke kepingan kecil2
  3. bila butter dah cair, tutup api dan angkat dari double-boiler. masukkan kepingan coklat dan kacau hingga coklat cair & sebati
  4. sementara biar adunan sejuk, pukul putih telur dalam mixer hingga kembang dan masukkan gula castor sedikit demi sedikit.
  5. masukkan kuning telur, gula aising dan ground almonds dan kacau sebati
  6. kaup-balikkan adunan coklat tadi ke dalam putih telur dengan menggunakan sudu besi. hati2 dan jangan kasar2.. supaya udara tak pecah.. kalau banyak udara pecah kek tak naik..
  7. panaskan oven ke 150C.
  8. gris loyang springform dengan butter dan tabur serbuk coklat dalam loyang (macam tabur tepung) <-- saya lupa :p

  9. lapik loyang dengan kertas <-- lupa jugak :p :p

  10. tuang adunan kedalam loyang dan letak pada tingkat ke2 sblm akhir (setapak turun daripada yang tengah)
  11. bakar selama 1jam.
  12. selepas siap dibakar, sejukkan pada suhu bilik selama 30minit kemudian baru buka keliling springform tu dan boleh simpan dalam peti sehingga 1minggu.
  13. tabur gula aising atas kek (motif: nampak cantik)
nota:
kek akan tenggelam dan crack disekeliling. memang itu trademark torte. ada yang buang lapisan yang crack & buat ganache utk menutupi kecacatan/ ketenggelaman kek.
saya suka yang original!
:)
lagi satu.. jangan lupa simpan torte dalam petisejuk.. kepadatan kek itu akan lebih memuaskan hati!
verdict:
my heroes favorite & definitely mine too!!

Thursday, June 10, 2010

chocolate cheesecake bars

resepi asal adalah dari kraftfoods
dan tajuknya adalah white chocolate-raspberry cheesecake bars

saya kehabisan white chocolate
saya tak pernah beli raspberry
dan oreo pula habis di putar-jilat-celup oleh anak2

tapi teringin nak buat.. teringin nak rasa
dah lebih 2minggu rasanya..
dari sebelum saya 'terpaksa' berpantang lagi

hari ni baru hari ke-3 berpantang
saya rasa dah kuat..
kebetulan anak2 saudara datang kerumah
kebetulan tak ada apa nak dijamu..
kecuali karipap segera

peralatan: food processor, mangkuk besar, spatula, mixer, dulang 4segi 8inci, kertas aluminium
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran ~ 30minit, penyejukan ~ 4jam
tahap: senang-sederhana

bahan2:
  • 12keping biskut oreo (saya guna biskut digestive)
  • 2sdb butter cair <-- betul2 cair tau!
  • 2oz white chocolate untuk inti (filling) <-- dicairkan
  • 1oz white chocolate untuk lapisan atas (saya tak buat)
  • 16oz cream cheese (2ketul)
  • 1/2cwn gula
  • 1sdk esen vanilla
  • 2biji telur
  • 1/3cwn raspberry preserve (saya guna blueberry filling)
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan lapik dulang pembakar dengan kertas aluminium dengan dilebihkan dikedua-dua hujung (supaya mudah angkat nanti)
  2. sekiranya cream cheese masih keras (baru keluar peti ais): didihkan air dalam periuk dan setelah mendidih, tutup api dan masukkan cream cheese. biar didalam periuk selama lebih kurang 10minit dan keluarkan dari periuk. cheese akan lembut! percayalah! ;)
  3. hancurkan biskut didalam food processor dan tambahkan butter cair. saya guna blender kering jadi.. kena buat sikit2 dan tuang kedalam mangkuk besar kemudian baru digaulkan dengan butter cair.
  4. tekan2 adunan biskut kedalam loyang sehingga rata dan bakar selama 4-6minit. sejukkan pada suhu bilik dan panaskan semula oven ke suhu 175C.
  5. cairkan 2oz coklat didalam microwave.
  6. pukul cream cheese, gula dan esen vanilla didalam mixer sehingga sebati.
  7. masukkan coklat yang telah dicairkan tadi.
  8. masukkan telur satu per satu dan gaul dengan menggunakan spatula sehingga sebati.
  9. tuang keatas biskut yang telah dibakar dan ratakan.
  10. bakar semula selama 24-28minit (saya putar 30minit)
  11. setelah siap, jangan keluarkan lagi.. buka sedikit (jarakkan) pintu oven dan biar selama lebih kurang 30minit baru keluarkan sepenuhnya.
  12. setelah sejuk pada suhu bilik, sapu topping dan masukkan kedalam peti sejuk selama 4jam
topping:
  • saya cuma sapu blueberry filling.. kalau nak guna jem strawberry pun boleh (memandangkan raspberry susah nak dapat dan sangat mahal!)
  • cairkan 1oz coklat dan paipkan/ drizzle keatas topping tadi (saya tak buat. suntuk sangat dah) masuk peti ais pun tak sampai 1jam :p
verdict:

rupa memang OUT! sangat tidak menarik sebab guna coklat warna coklat.. dan biskut dasar pula warna perang.. langsung tak menggiurkan :(
cik abe tanya: "umi buat sura ka ni?" huhuhu.. bubur asyura jadiknya :(
walaubagaimanapun, rasanya boleh tahan.. tak muak pun & puas hati sebab dapat buat dan makan juga akhirnya. Alhamdulillah.. :)
orang yang kata macam sura tu pun kata sedap ;)

Saturday, June 5, 2010

french yogurt cake



saya buat kek ni untuk dibawa kesekolah anak2
sempena sambutan teacher's day
buat 2 adunan
bakar sekaligus
tapi satu bijik tenggelam di tengah
sebab tak cukup masak
dah jadi rezeki saya agaknya :p

resepi amek dari alpineberry.blogspot.com

senang & cepat je buatnya
tak perlu mixer pun..
tapi saya guna jugak
sebab tepung berketul2
yogurt & telur baru keluar peti ais :p

bahan2:
  • 3/4cwn yogurt (plain)
  • 1cwn gula
  • 1sdb parutan kulit lemon (saya tak letak)
  • 3biji telur
  • 1 1/2cwn tepung
  • 2sdt baking powder
  • 1tbs poppy seed (saya letak 1 1/2tsp <-- no reason! saja2 :p)
  • 1/3cwn minyak canola
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan lapik loyang dengan kertas tekap
  2. dalam mangkuk besar, campur-gaulkan yogurt, gula dan parutan kulit lemon. tambah telur dan gaul sebati guna whisker.
  3. masukkan tepung, bp dan poppy seed dan gaul sebati guna sudip kayu.
  4. masukkan minyak dan gaul lagi. mula2 minyak macam takmau kawan.. tapi teruskan menggaul.. lama2 dia okay ;)
  5. tuang kedalam loyang dan bakar selama 30-35minit
glaze:
  • 1/4cwn jus perahan lemon (saya guna lemon jus dlm botol je)
  • 1/3cwn gula aising (saya guna 1cwn sbb lemon jus saya terlalu cair & sgt masam)
  1. tuangkan glaze keatas kek yang telah disejukkan.
  2. kalau gula aising kurang, kek akan terasa lebih masam.. dan akan lebih menyerap kedalam kek.. terpulang.. pilihan ditangan anda! :)
verdict:
saya suka!!
memang sangat sedap!!
abah makan 3potong jugak rasanya :D

Thursday, June 3, 2010

banana muffins

i should be resting
tapi sangatlah bosan duduk saja tak buat apa
kebetulan pulak harijadi anak teruna saya..

nak buat kek.. terasa macam..
too heavy task
makanya.. buat simpler task:
banana muffins saja
resepi dari allrecipes.com

peralatan: 2 mangkuk sedang, whisker, pelenyek pisang, sudu kayu, muffin case
masa: penyediaan ~ 15minit, pembakaran ~ 25minit
tahap: senang bangat!

bahan2:
  • 1 1/2cwn tepung
  • 1sdk soda
  • 1sdk baking powder
  • 1/2sdk garam
  • 3biji pisang besar (saya guna 4biji)
  • 3/4cwn gula (saya kurangkan 1/2cwn shj)
  • 1biji telur <-- dipukul sedikit
  • 1/3cwn butter cair (saya guna unsalted butter)
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C.
  2. lenyekkan pisang dan campurkan telur dan butter kedalam mangkuk pisang. gaul sebati guna whisker.
  3. ayak bahan2 kering dalam satu mangkuk lain: tepung, soda, baking powder dan garam
  4. kaupbalikkan bahan kering kedalam bahan basah menggunakan sudu kayu.
  5. sudukan kedalam muffin case dan bakar 20-30minit.
nota:
saya tambah 1/2cwn chocolate chips. masukkan setelah dah selesai kaupbalik bahan kering
saya bakar 25minit sebab banyak pisang.. tu pun masih basah! tapi i loike!!

verdict:
a definite keeper!

sori xde gambar.. :(

Related Posts with Thumbnails