Showing posts with label trifle. Show all posts
Showing posts with label trifle. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

mandarin orange trifle

jumpa baki adunan creamcheese dalam peti ais..
(entah zaman bila punya.. mujur masih elok!)
jumpa kek (madeleine) yang belum habis dalam peti ais..
(madeleine harus dimakan terus.. bila simpan tak best!)
jumpa satu tin mandarin orange dalam kabinet
(rasanya beli awal tahun utk buat tart)


TING!

time for trifle!
;)

the layers: kek-kastad-oren-creamcheese
tabur kaler2 tu konon nampak lawa..
lapisan bawah:
kek (madeleine) atau apa2 jenis kek
  • kek dipotong sukahati dan dibasahkan dengan air dari mandarin orange dalam tin.

lapisan tengah:
kuah kastad
  • 4tbs tepung kastad
  • 1/2cwn air panas
  • 1cwn susu
  • 3sdb gula
  1. campurkan kastad dgn air panas dan kacau sebati. ketepikan dulu.
  2. masak susu dengan gula hingga agak didih.
  3. masukkan kastad kedalam susu dan kacau hingga likat dengan api kecil.
  4. tuang adunan kastad keatas lapisan kek dan sejukkan dalam peti ais sekejap.


lapisan atas:
mandarin orange
  • tapis keluar air dalam tin (air digunakan untuk basahkan kek tadi) 
  • susun sukahati atas kastad yang dah sejuk sikit (kalau kastad masih cair, oren akan tenggelam)

lapisan paling atas:
cream cheese
  • 250g cream cheese
  • 1cwn gula aising
  • 1/2cwn heavy cream <-- optional, saya tak letak tapi lagi sedap kalau letak
  1. pukul cream cheese dengan gula hingga lembut dan sebati.
  2. masukkan heavy cream dan pukul sebati.
  3. tuang ke atas lapisan buah oren.

optional 1: lapisan cream cheese boleh ganti dengan whipping cream atau heavy cream yang dipukul bersama gula hingga kembang.

optional2: kalau guna peach dalam tin ganti oren lagi sedap!!

optional3: tabur chocolate rice atau kekacang hancur atau bijik kecik kaler2 atas lapisan cream cheese.


verdict:
rasa masam2 buah oren memang sesuai jadi pencuci mulut lepas makan kari mamak :p

Friday, October 8, 2010

black forest trifle

dah laaama simpan resepi ni..
baru semalam terlaksana..

kalau namanya black forest..
harus ada kek coklat + black cherries + cream
macam tu lah jugak asas lapisan2 trifle ni..

sumber resepi: topsyturvymum
(saya buat separuh drp resepi dibawah)

lapisan pertama (bawah sekali):
kek coklat 
  1. potong (sukahati) & susun dalam bekas.
lapisan kedua:
black cherries
  • 2tin black cherries
  • 1 1/2sdb air panas
  • 2sdk gelatin (saya guna halagel)
  1. asingkan 1 1/2cwn sirap dari tin cherry dalam mangkuk
  2. campur air panas dgn gelatin, kacau hingga larut
  3. campur gelatin dalam sirap tadi
  4. tuang atas kek dan tabur cherries
  5. sejukkan dalam peti ais selama 30minit
lapisan ketiga:
chocolate pudding 
  • 2/3cwn tepung jagung
  • 1/3cwn gula castor
  • 2 1/2cwn susu segar
  • 200g dark chocolate
  1. campur tepung jagung & gula dalam periuk
  2. tuang susu perlahan2 dan masak hingga kental (lama jugok nih!)
  3. tutup api. masukkan dark coklat, kacau sampai larut
  4. tuang atas lapisan kedua
  5. sejukkan dalam peti ais selama 15minit
lapisan keempat:
cream
  • 2x250 cream cheese (2 ketul)
  • 1/3cwn gula
  • 300ml thickened cream
  1. pukul cream cheese & gula hingga lembut dan sebati
  2. masukkan cream. pukul sebati
  3. tuang atas lapisan ketiga. tutup bekas.
  4. sejukkan dalam peti ais selama 4-6jam. 
  5. taburkan roasted almonds/ hazelnuts/ coklat.
tadaaaa!!!!!!!!!!!!
mekasih TTM!
mmg lezat sangat2!






lps meeting tinggal suku bekas..
boss lama masuk opis jengok pigeon hole..
jemput dia makan..
siap tapau utk anaknya!

Friday, June 25, 2010

puding trifle



sebelum saya lupa dan membuang masa mencari resepi lagi..
lebih baik saya jot down cepat2!

dah pernah buat untuk mak bawa ke opisnya..
tapi kertas yang print hari tu entah kemana

lepas tu ada kawan mintak resepi
cari punya cari.. jumpa dan terus bagi link & resepi

kali ni terasa nak buat..
seharian mencari resepi!
apa punya keroje daaa...
akhirnya terpaksa mintak balik dgn kawan! :p

macam2 cara ada nak buat trifle ni
suka hati kita nak layer apa dan macam mana..
tapi saya suka yang original.. dan tradisional
maka.. saya ikut dalam blog teratak impian

saya guna bekas pyrex 9x13

lapisan bawah sekali..
susun swissroll (perasa apa pun boleh!) dan tuang air fruit cocktail ke atas swissroll

lapisan 2nd last (atas swissroll)
1tin susu cair + 1tin air + 7sdb gula pasir - masak sampai mendidih sambil tu..
1/2tin air + 4sdb tepung kastad - masukkan kedalam susu bila dah mendidih
kacau sampai likat

lapisan ke-3 (selepas kastad)
tabur fruit cocktail (buah saja, air tak perlu.. lagipun airnya dah kering dituang keatas swissroll)

lapisan ke-4
1kotak kristal jelly - masak ikut arahan pada kotak
saya guna tajuk nona: 400ml air didih dan masukkan kristal jelly dan kacau. dah didih semula, tutup api dan kacau hingga sedikit sejuk baru tuang atas buah2 tadi

lapisan ke-5 (optional)
kalau zaman dulu, layer sampai jelly saja..
sekarang zaman dah berubah (iklan apa ya ni?)
ada yang letak whipping cream.. menarik & enak juga tu!
saya belum buat lagi ;)

Monday, April 26, 2010

mango cheesecake trifle

amacam bunyi tajuk?

ada gegarkah?
:p


hari jumaat malam yang lalu..
saya buat japanese soft cotton cheesecake

semasa proses mengasingkan telur..
saya dah rasa macam jiwa kacau..
sebab ada seto-ek (sikit sgt) telur kuning
tercampur dalam adunan telur putih..


nak ganti lain.. telur dah habis!!
tiada pilihan.. saya terpaksa teruskan jua..
hasilnya.. putih telur tu pukul sejam pun tak kembang2!!
letih menunggu.. saya teruskan juga..
maka hasilnya.. kek bantat!
nangissssss!!!!!!!!





ciskek pendek, padat dan tak gebu! huhuhu..

namun, saya tidak kuciwa..
puas saya fikir..
cara2 utk upcycle kek bantat itu!
idea datang bila belek resepi trifle dlm joyofbaking


maka hasilnya..
mango cheesecake trifle!
weeehu!





layer bawah sekali: ciskek bantat yg dihiris nipis2
layer tengah: buah mempelam yang didadu kecil (ada jugak yg sy letak jem stoberi)
layer atas: whipping cream (akibat kesuntukan masa.. sy guna ready made whipping cream)




yg ini.. layer tengah adalah jem stoberi kurang manis
kena pulak dgn jus oren.. memang masam melompat!!!
tapi sebab ada whipping cream yg creamy..
kembali nyaman bila memakannya..
:p





nota:
slps susun ciskek tu curahkan sesudu jus oren utk membasahkan kek dan sebagai menambah perisa

verdict:
pueh ati den!

Saturday, January 16, 2010

muffin-failure-trifle

i failed..
i failed again..
and again.


yes.
THREE times!


the easiest thing to make
the easiest recipe to bake


1. chocolate muffin
2. banana choc chip muffin
3. kiwi yogurt muffin

all of you guys turn out hard. and crusty.

i know. blame the temperature setting.

but three times??


now please pity me.
pity me please..
please........


no.
i didn't throw them away
even tho they wont crumble when they hit the wall

i love leftovers
i love to upcycle leftovers

yes.
they are categorized as leftovers
since nobody want to eat them
since nobody can eat them

i upcycled them into a dessert:


can you see the cut-out of the muffins down there?


ingredients:
  • failed & hard-to-break muffins
  • 4tbs custard powder
  • 1/2cup warm water
  • 4tbs sugar (the sweetness is up to your tastebud)
  • 1cup fresh milk
  • 1/2cup chocolate kisses

method:

  1. heat milk and sugar in saucepan
  2. dissolve custard in 1/2cup water
  3. once the milk come to boil, pour custard into the milk mixture
  4. add in chocolate kisses
  5. stir to boil again
  6. if you like thicker consistency, add more custard powder
  7. pour the mixture into layers of hard-knock muffins
  8. cool it off in fridge
  9. pour whipping cream before you dig into them

verdict:

tasty!
delisioso!
i will purposely make a failed muffin again
so that i can make more muffin-failure-trifle
Related Posts with Thumbnails