Tuesday, August 31, 2010

chocolate mayonaise cake

dell mintak buatkan kek ni..
saya pernah jumpa dulu..
tapi tak baca detail.. tgk tajuk rasa macam.. eughhhh..
bila disuruh adik yang tengah pregnant
saya usahakan baca & belek..
rasa macam okay ja pun..
so, never judge the cake by its title ok!

sumber: acozykitchen.com

bahan2:
  • 2oz bittersweet chocolate (saya guna dark coklat), dicincang
  • 2/3cwn serbuk koko
  • 1 3/4cwn air panas menggelegak
  • 2 3/4cwn tepung
  • 1 1/4sdk baking soda
  • 1/4sdk baking powder
  • 1cwn gula castor
  • 1cwn gula perang
  • 1 1/3cwn mayonaise
  • 2biji telur
  • 1sdk vanilla
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan sediakan 2 loyang 9inci (saya guna loyang silikon)
  2. sebatikan dark coklat, serbuk koko dan air panas.
  3. ayak tepung. baking soda dan baking powder. ketepikan.
  4. pukul mayonaise dan gula hingga kembang (dalam 3minit). masukkan telur satu demi satu. masukkan vanilla.
  5. masukkan adunan tepung & coklat secara selang seli: tepung-coklat-tepung-coklat-tepung-coklat-tepung. gaul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar 30-32minit.

kuciwa dengan loyang silikon itu!
rupa macam pisang salai pun ada :))

hokkaido milk loaf

dah lama teringin nak cuba buat roti ni
sebab nak habiskan whipping cream..
tapi tepung kek xdak stok kat bagus
tadi mengemas lemari barang2 dapur
jumpa separuh peket tepung kek! yay!
segera saya execute pembuatan roti ni
bekalan untuk sahur nanti :)

sumber resepi: angie's recipe

bahan2:
  • 540g tepung high protein (tepung roti)
  • 60g tepung low protein (tepung kek)
  • 10g yis kering
  • 30g susu tepung
  • 80g gula
  • 9g garam
  • 1biji telur
  • 250g fresh milk
  • 150g whipping cream
tatacara:
  1. campurkan semua bahan2 dalam mixer. pastikan yis tidak bercampur dengan gula dan garam untuk mengelakkan dehydration.
  2. uli hingga doh jadi elastik dan non-sticky dan tidak melekat pada dinding mangkuk mixer (saya uli dalam 20minit pada kelajuan perlahan). 
  3. tutup dengan tuala basah dan biarkan doh rehat 60minit hingga naik 2x ganda.
  4. tumbuk perlahan2 untuk keluarkan angin. bahagikan kepada 4bahagian dan bentukkan menjadi bulat. rehatkan lagi 20minit.
  5. roll panjang dan gulung dan letak dalam loyang roti 13x13x12cm (saya ada 9x5inci saja jadi dapat letak 3roll saja. lagi satu roll masuk loyang 8x4. part roll & gulung saya gagal!! huduh bonar rupanya!)
  6. biarkan doh naik 2/3 loyang. sapu permukaan doh dengan egg wash atau susu (saya guna susu+madu sikit).
  7. bakar dalam oven yang dah dipanaskan 170C selama 40minit.
cik abe & abah kata macam roti tu sakit gigi :(




tapi bila belah.. jadik je.. lembut plak tu ;)

brownies cookies

saya jumpa resepi ni dalam indonesian cooking club - ncc
tak pernah lagi rasa.. tu yang cuba buat..
tahan ke dak untuk hari raya tak tahu lah..

bahan2:
  • 4biji telur
  • 225g gula castor <-- saya kurangkan ke 200g saja
  • 25g serbuk koko
  • 200g tepung low protein (tepung kek)
  • 125g mentega
  • 125g dark cooking coklat
  • 1sdt vanilla
  • almond flakes untuk ditabur
tatacara:
  1. alas dan gris loyang 30x30cm (saya guna 10x10inci). panaskan oven ke suhu 200C.
  2. ayak tepung bersama-sama serbuk koko.
  3. cairkan cooking coklat bersama2 mentega dan esen vanilla (saya guna cara double boil).
  4. pukul telur dengan gula castor hingga separuh kembang.
  5. masukkan tepung+serbuk koko sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  6. masukkan adunan coklat+mentega dan gaul sebati.
  7. tuang adunan kedalam loyang dan tabur almond flakes diatas adunan.
  8. bakar selama 15minit hingga masak.
  9. keluarkan dari loyang dan potong petak2, letak kembali diatas loyang dan bakar semula pada suhu 120C selama 30minit hingga kering.
  10. sejukkan dan simpan dalam bekas bertutup.
agak2 boleh tahan tak sampai raya?

Monday, August 30, 2010

crunchy cornflakes cookies

cookies ni bukan saya yang buat..
tapi anak2 buat sebagai weekend aktivity
di little khalifah shop

memang crunchy!!











bahan2:
  • 250g butter
  • 1/2cwn gula castor
  • 2 1/2cwn tepung naik sendiri
  • 2cwn cornflakes
  • 1cwn koko crunch
  • 1sdk vanilla
tatacara:
  1. hancurkan cornflakes dan koko crunch
  2. pukul butter dan gula hingga kembang
  3. tambah tepung
  4. tambah cornflakes dan koko crunch
  5. tambah vanilla
  6. bulat2kan dan masukkan dalam papercups
  7. bakar pada suhu 190C selama 20minit atau hingga cookies jadi golden brown
verdict:
memang sangat crunchy & sedap!!

Sunday, August 29, 2010

coffee hazelnut cookies

saya beli hazelnut tanpa ada resepi dalam kepala
selongkar dapur orang sana sini..
akhirnya jatuh hati dengan resepi dari cafefernando.com

another togel cookies :p











bahan2:
  • 2cwn tepung
  • 1cwn hazelnuts (whole)
  • 3/4cwn gula
  • 1/4sdk garam <-- saya letak secubit saja sbb buttercup dah masin
  • 2sdk fresh ground coffee beans
  • 14sdb butter tak bergaram <-- saya cuma ada buttercup :(
  • 1 1/2sdk vanilla
tatacara:
  1. masukkan tepung, hazelnut, gula dan garam kedalam food processor dan pulse hingga hazelnut hancur dan halus. (kalau takdak food processor, hancurkan hazelnut guna blender kering dan sebatikan dengan tepung, gula dan garam).
  2. masukkan serbuk kopi. pulse.
  3. masukkan butter. pulse hingga adunan crumbly (jadi ketulan kecil).
  4. drizzle vanilla hingga adunan melekat pada sekeliling blade.
  5. keluarkan dari food processor dan bahagikan kepada 2. boleh digulung membentuk log atau dileperkan membentuk cakera. balut dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2jam atau semalam.
  6. panaskan oven ke 175C.
  7. keluarkan dari peti dan potong 1/4inci atau tekap mengikut acuan kesukaan. letak coffee bean diatasnya (saya takdak coffee beans.. biskut saya togel!)
  8. bakar selama 14-16minit. biar sejuk pada suhu bilik didalam tray baru alih keatas redai.
aaaahhhh.. the smell of coffee.. sungguh harum!

orange poppy seed cookies

biasanya biskut raya gebu dan cantik..
biskut saya buat ni langsung tak gebu dan very-bland-looking
kategori biskut rayakah?

sumber: simplyrecipes.com

bahan2:
  • 1/2cwn butter, suhu bilik
  • 2/3cwn gula
  • 1biji telur
  • 1sdb parutan kulit oren
  • 1 1/4cwn tepung
  • 1/2sdk baking soda
  • secubit garam
  • 1sdb poppy seed
tatacara:
  1. pukul butter bersama gula hingga kembang, dalam 3minit. masukkan telur dan parutan kulit oren. dan pukul sebati dalam 30saat.
  2. ayak tepung+baking soda+garam kedalam adunan butter. gaul sebati. masukkan poppy seed dan gaul sebati.
  3. panaskan oven ke suhu 175C. lapik dulang pembakar dengan kertas.
  4. senduk adunan dalam 1-2inci keatas dulang (saya guna sudu bulat yang kecil).
  5. bakar 10-12minit.
i prefer the taste of ugly duckling to the swan ;)











nota:
mula2 saya bakar dalam 12minit. memang rupa sebijik macam dalam simplyrecipes.com! rasanya gebu dan buttery.. typical biskut raya with the orangey taste!
kemudian, pembakaran trip kedua saya lajakkan 15minit. dalam keadaan oven panas.. dan tambah masa bakar.. warna jadi perang & rasanya sangat rangup!! saya suka! terus saya tambah masa bakar tray trip pertama.. jadi, total masa pembakaran ~ 15-20minit.

Thursday, August 26, 2010

roti paun

alhamdulillah.. dah lebih separuh ramadhan...
esok adalah hari nuzul quran..
apa aktiviti kita??

sementara fikirkan aktiviti..
saya kongsi resepi roti paun yang buat petang tadi
khas untuk bekalan sahur ibu mertuaku
(tapi cucu kecik dah kidnap seketul :p)

dah ramai blogger yang cuba..
dan semua puas hati dengan hasil resepi tersebut
saya ikut dalam ros jintanmanis.com

weehu! (jakun tak sudah tgk roti menjadi :p)











bahan2:
  • *300 gm tepung
  • *80 gm gula ( ros kurangkan jadi 60 gram je)
  • *20 gm susu tepung ( ros tambah jadi 40 gram)
  • 1 biji telur (saiz AA)- ( ros guna telur saiz M)- tinggalan sikit untuk gliss pada roti nanti.
  • 1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)- ros guna yis mauripan dan tak campur air
    ( ros tambah 100ml air suam 50 ml susu segar)
  • 1 camca besar majerin
  • 1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
  • sedikit bread improver ( ros letak 1/2 camca teh)
3 bahan bertanda * saya timbang sekali harung.. = 400gm semuanya.
( untuk gliss tu ros ambil lebihan telur+dua tiga titik madu dan 1 sudu susu segar) salah satu tips untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat dan cantik. Bila dah masak tu tak perlu lagi digliss dengan marjerin. : )

tatacara:
  1. Mula-mula, tepung + gula + susu tepung + bread improver , gaul biar bercampur, kemudian lubangkan tengah dan masukkan telur.( ros masukkan semua bahan dalam Bread Maker je, dan tunggu sampai siap)
  2. Masukkan majerin dan gaul rata, selepas itu masukkan yis, bread softner dan uli hingga lembut dan elastik.
  3. Perap doh dan biarkan naik naik dua kali ganda, kemudian tumbukkan-tumbukkan, keluarkan angin, akhir sekali bentuk-bentukkan doh menjadi 16 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan loyang bulat, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan roti dengan baki telur yang dicampur madu dan susu tadi, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehigga permukaan roti perang.
  4. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Selamat Mencuba.
nota:
saya kopipes sebijik2 ayat ros jintanmanis. takut silap cerita plak.. kang jadik ajaran sesat!
saya guna mixer utk uli roti.. masukkan semua bahan kecuali marjerin dan bread improver.. uli sebati dalam 5minit pada kelajuan perlahan baru masukkan marjerin & bread improver. sambung uli lagi 15minit sampai elastik. baru saya bentukkan bulat dan perap dalam mangkuk sampai naik 2x ganda.

verdict:
lembuuuutttt!!! lemak2 gitu.. sedap!
esp. bila makan panas2.. cicah kopi panas! haven!
memang sangat puas hati dapat buat roti sendiri :)

p/s: bila nak mula buat sekuk raya ni?? tak sampai2 seru langsung! :(
Related Posts with Thumbnails