Friday, July 1, 2011

upside down pizza

mula2 tgk resepi ni, dlm fb kak shidah..
kak shidah was tagged by her friend
tp kita pulak yg sibuk2 jot down the recipe :p
about two weeks later, tgk kat dapur arah plak
amboi.. menggoda sungguh! takleh jadik ni.
semalam niat nak buat tapi kepala sgt weng
berpinau2 berpusing2. berdiri macam tak jejak lantai. duduk macam nak tumbang.
bila bangun tidur (ye.. tidur di petang hari) tgk2 cik abe dah belikan nasi mandy
alhamdulillah.. 2 tapawer je tapi kenyang makan sekeluarga (including makcik!)

hari ni dah niat nak buat pizza tungging terbalik ni pepagi lagi
aduhai.. pinau pening berpusing belum hilang rupanya
patutlah dokter bagi mc sampai 2hari..
dia dah agak pening ni akan berlanjutan kot?
tengkiu dokter! i leb you!
jarang2 skali g klinik.. skali g dpt mc 2hari! teruja plak rasa :p
the first mc in year 2011. and hope its the last one, insyaallah!




sumber: arah-kurniaanmu
resepi asal, tun telani. boleh tengok di blog arah
saya buat ikut apa yg arah buat, guna inti pide (teringat kak shidah plak :D)

Dough (lebih kurang macam crustless pizza punya dough)
  • 2 bj telur
  • 1 cwn susu
  • 1 cwn tepung
  • 1 sb minyak <-- kita guna minyak jagung. ikut arah jugak ;)
  • 1/2 sk garam
  1. gaul sebati semua bahan. <-- boleh guna mixer atau blender.
  2. sedia utk diguna

Filling (pide filling)
  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpotong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun <-- tak letak. takdek stok
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • daun sup secukupnya, dipotong halus <-- pun takde stok :(
  • garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan. <-- saya lupa nak satukan cheese dengan filling jadi cuma tabur kat atas filling saja.

Tatacara:
  1. Panaskan oven 180 degree
  2. Letakkan filling dlm loyang 
  3. Tabur cheese atas filling.
  4. Curahkan adunan 'dough' kat atas.
  5. Bakar selama 25 minit, hingga keperangan. <-- saya bakar 20minit kemudian tabur lagi sedikit mozarella dan sambung bakar lagi 10minit.
  6. Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

 


nota:
hidang dan makan dengan sos cili baru ada umphh.. kena pulak saya terpaksa buat tawar heber :p

2 comments:

Sizuka said...

Ju,

thank you for the pizza. tadi kan i bawak masuk dalam kete sebab dah lambat nak ambik iffah. balik from ambik iffah, licin dah tupperware tu, iffah habiskan. dia kata sedap. i wanna try the one yg letak tomato paste. will definitely buat pizza ni :D

mrs plain-june said...

welkam kak. tawar heber pun sedap ek iffah :D
o.. yes.. i think the one with tomato paste would taste more pizza-ey compared to this pide punya filling..

Related Posts with Thumbnails