Monday, July 25, 2011

prune & chocolate torte

bila puasa tekak ni sokmo kepingin something chocolatey
so, sebelum puasa saya dah buat siap2 choc torte ni
lagipun, torte ni lebih sedap dimakan slps simpan semalaman (dlm peti-es)
bakinya, jadi bekalan jalan2 hujung minggu nanti, insyaallah.

sumber: bbcgoodfood
bahan2:
  • 250g prune
  • 4tbs brandy <-- saya ganti air ribena tapi buat pekat drpd biasa
  • 25g serbuk koko
  • 100g coklat masakan
  • 50g butter
  • 100ml air panas
  • 175g gula castor <-- saya kurangkan ke 155g
  • 4biji putih telur
  • 85g tepung
  • 1sdk serbuk cinnamon
tatacara:
  1. rendam prune dalam air ribena.
  2. panaskan oven ke 170C dan gris loyang springform 9inci.
  3. masukkan serbuk koko, coklat masakan, butter, air panas dan 140g gula kedalam periuk sedang dan panaskan adunan atas api kecil dan kacau hingga sebati. tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.
  4. pukul putih telur hingga soft peak terbentuk. masukkan baki gula dan pukul lagi hingga stiff peak terbentuk.
  5. ayak tepung dan serbuk cinnamon kedalam putih telur dan kaupbalikkan perlahan-lahan dengan menggunakan sudu besi.
  6. tuang adunan coklat tadi kedalam putih telur dan kaupbalikkan hingga sebati.
  7. tuang adunan kedalam loyang. susun prune atas adunan (prune akan tenggelam) dan tuang baki ribena keatas adunan.
  8. bakar selama 30minit.
  9. hidang bersama krim atau krim fraiche (saya makan gitu jek.. atau hidang dengan eskrem vanilla)
its so easy! within 1hr dah siap keluar drpd oven ;)
cuma sayang 1000kali sayang.. saya terlebih pukul the egg whites.. jadi berketul! huhuhu..
luckily it does not affect the whole texture.. cuma ada part yg jadi x sebati. {sigh}

updates:
kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.
rancangan asal nak bawak mak jalan2 melaka.. kami pergi sekeluarga saja.
rancangan asal nak bawak kek ni sbg bekal kunyahan.. sampai ke kota bahru perginya!

no piccas lagi. sorry!

2 comments:

ummiaqil said...

sedap kek ni balik sekolah skali adap je licin...mlm jar tanyo mane kek kak ju buat...dia xsempat mkn pun.

mrs plain-june said...

:p
balik raya bleh buat tapi kena ada mixer. jenoh nk pukul putih telur bagi kembang kalau xdak mixer. mau patah tangan nnti!

Related Posts with Thumbnails