Friday, July 29, 2011

puding cheese mekap coklat

mula-mula tengok izah buat puding cheese takleh imagine
yang mana satu biskut cheese ni???
bila mencari2 sekuk marie kat kedai mamak (kedai runcit)
hah! yang ni rupanya sekuk cheese! lahai.. tak terlintas langsung!
pastu smlm k.nor tayang puding cheese lapis coklat pulak
adoila.. takleh tahan! masuk ja coklat terus daku tergoda!
lepas berbuka terus jalankan pojek puding cheese bermekap coklat
tapi mekap dia mekap yg sangat comot!
main hantam saja taruk coklat tu. dasar pemalas!



sumber: k.nor secubit garam
BAHAN2:
  • 13g Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120g Gula <-- lebih kurang 1/2cwn
  • 3 biji Telur
  • 120-150g Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400ml Susu Cair
  • 200g Susu Pekat 
  • 50g Mentega
CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad. Masukkan susu & kacau sebati.
  3. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  4. Masukkan mentega sehingga sebati.
  5. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  6. Sejukkan sebelum di hidangkan.
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. <-- saya ikut k.nor buat. sonang!Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

satu utk usrah, satu utk teacher, satu utk sikecik :)

5 comments:

izahdaut said...

hehehe.. lawo je kak... asal masuk mulut nyamannn je rasa puding ni kan.. jom tuko ngan puding pelangi..

zarin said...

cantik dah tu ju... jgn pandang pada rupa ye ;-)
btw, selamat menjalani ibadah puasa ye!

mrs plain-june said...

tq for the recipe izah.. bleh buat pencuci mulut masa bulan posa nnti..

zarin.. selamat beramal dibulan ramadhan to u too!! :)

Mrs Shoppa said...

wo..sekut cheese tu yg julie's ke?
bleh try nih. tapi cam banyak je kakju hasil dia.

mrs plain-june said...

a.ah.. julie's punya yg masin2 tu.. tajuk lain pun ada tp julie's la kot yg paling familiar & popular..
banyak tu tak jugak.. stended je kot.. dlm satu loyang besar 9x13 tu sedang elok dah. akak saja asing2kan bekas & dpt nipis ja..

Related Posts with Thumbnails