Thursday, February 2, 2012

zuppa chicken cream soup

bismillahirrahmanirraheem..
assalamu'alaikum wrm wbt

pagi hari dah nampak posting zuppa chicken cream soup kat blog kak wan
malam hari budak2 nak makan lasagne tapi mak budak tak lalu rasanya
tengah hari lepas jengok anak kecik 1st day di kindy
terus lajak ke cold storage.. semata2 nak beli pastry sheet
hajat nak beli satu barang tapi balik dengan 2 plastik penuh!
macam2 yg diangkut. buat stok macam nak darurat je gayanya..
lepas gian sebab jarang2 sekali dpt sopping sendiri di cold storage :p
selalunya barang2 dapur cuma di kirim melalui sms ke cik abe 
dan selalu jugak memborong sendiri di minimarket di rumah
minimarket yg serba serbi ada. adik kata kedai doremon. hehe..

di tebuk manusia yang kelaparan!

sumber: citarasawan
Bahan1 paket puff pastry - ready made
(Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut pada suhu bilik)

Bahan Sup
200gm isi ayam di cincang
6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - di dadu
250ml air
150ml susu cair
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada putih / lada hitam

Sapuan
1 biji kuning telur

1/2 sudu besar susu sejat
parsley kering <-- saya tak letak

anak teruna bukak topi, ambil isi

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata. Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat. Tuang ke dalam acuan remekin 3/4 penuh. Ketepikan.
3. Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan. Tutup acuan dengan pastry puff. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.

4. Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering.
5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.

nota:

kakwan kata "*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja."
saya dapat 8 mangkuk comel ramekins..

No comments:

Related Posts with Thumbnails