Monday, December 6, 2010

apam beras botak

hari tu tengok zarin buat apam beras..
sungguh ku tergoda!
haha.. macam tak betul ja..
tgk apam pun boleh tergoda :p

bila tengok ada lebihan nasi dalam periuk..
cepat2 amek simpan 1cawan
konon2 nak buat pagi esok
lahai.. nak kena perap 3jam-lah!
memang kena tggu hari cuti :(

sabtu pagi berjaya jugak execute :)
tapi syahdunya anak teruna yg suka apam tak minat
dia kata keras! alaa... kat mana silap plak ni???
udahle kalernye over-dose!
uhuhuhu..

apam beras yang botak ;)


sumber: zarin
bahan2:
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam <-- tak letak (budak2 tak minat)
tatacara:
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

muaz nak satu apam satu kaler jer.. taknak macam traffic light hari tu

bingka roti berjagung

orang penang sebut bingka = bengkang
masa kecik2 dulu tok selalu buat bengkang roti
tapi lani bila tanya resepi tok dah tak ingat :(
sejak 2menjak ni rindu sangat kat tok..
tapi cik abe bizi.. tak sempat nak balik jengok tok
sebab rindu membara.. cek pun buatla bengkang roti ni..


sumber: rinnchan
bahan2:
  • 3 biji telur
  • 150g gula castor
  • 100g mentega (dicairkan)
  • 1/2sdk garam halus
  • 300g roti <-- lebih kurang setengah buku roti gardenia
  • 200g tepung gandum
  • 1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar)
  • 200g jagung krim dlm tin <-- saya letak 250g

rindunya kat tok!!!

tatacara:
  1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
  2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
  3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
  4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek (Guna loyang biasa pun boleh )
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama lebih-kurang sejam.
verdict:
saya campur separuh santan (200ml santan kotak+300ml air) dengan 500ml susu low fat. kurang lemak tapi memang tak muak! makan 2 keping dah kenyang!!

mak pun suke :D



Saturday, December 4, 2010

boss fav apple cake

the secetary ordered kak ainon's quiche for dept. meeting
takut muak makan quiche.. she asked me to bring apple cake
when the meeting is done.. boss says "i really like this cake!"
i suppose he had more than 3 slices :p


sumber: joyofbaking.com
bahan2:
  • 3/4cwn chopped walnut
  • 1pound apple hijau (lebih kurang 5biji)
  • 1-2sdb lemon jus <-- utk rendam apple (rasanya guna air bergaram pun boleh)
  • 1 1/2cwn tepung
  • 3/4cwn gula
  • 1 1/2sdk baking powder
  • 1sdk cinnamon
  • 1/4sdk garam <-- kalau guna butter bergaram, kurangkan ke 1/8 atau secubit
  • 85g unsalter butter, dicairkan dan disejukkan ke suhu bilik
  • 2biji telur
  • 1/2sdk esen vanilla
  • 1/3cwn kismis hitam
  • 2sdb susu
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C dan gris loyang 8inci 4segi dan lapik dasar loyang dengan kertas.
  2. tabur walnut atas baking sheet dan bakar 8-10minit.
  3. kupas kulit apple dan potong dadu. rendam dalam air lemon jus. ketepikan dulu.
  4. dalam mixer atau mangkuk besar, masukkan tepung, gula, baking powder, serbuk cinnamon dan garam. gaul sebati.
  5. masukkan butter, telur dan esen vanilla. gaul sebati.
  6. masukkan apple (tapis dulu lebihan air lemon), walnut dan kismis.
  7. kalau rasa adunan agak pekat, tambah 2sdb susu (saya tambah 1sdb).
  8. tuang kedalam loyang dan bakar selama 35-45minit.
nota:
boleh disapu glaze (aprikot glaze ada jual di bagus) pada permukaan kek.
saya cuma tabur gula aising.

ok boss! when the assesment time i'll make you 1whole pan of this cake :p

Friday, December 3, 2010

chocolate velvet fudge cake

ini aja birthday cake nuha?
waduh.. syahdu ummi tau!
sorry son.. ummi kerastangan :(

kek ni sangat2 padat & fudgey
needs ice cream to go with it
otherwise, sepotong pun susah nak habiskan

ye.. ni je la besdey kek anak kecikku..

yes. she loves chocolate! see how she dig into the choc sauce?

happy birthday to you nuha!

sumber: rose levy berenbaum
adaptasi dari: cakeonthebrain
bahan2:
  • 3/4 cup plus 1 tablespoon (sifted before measuring) cocoa powder
  • 1/2 cup boiling water
  • 3 large eggs, at room temp
  • 1/2 cup water
  • 2 1/4 teaspoons pure vanilla extract
  • 2 1/4 cups plus 2 tablespoons, sifted into the cup and levelled cake flour
  • 1 1/2 cups superfine sugar
  • 3 teaspoons baking powder
  • 3/4 teaspoons salt
  • 8 oz unsalted butter (at 19degrees to 23 degrees C)
tatacara:
  1. preheat oven 160C dan gris bundt pan & tabur tepung/ serbuk koko.
  2. gaulsebatikan serbuk koko dengan 1/2cwn air panas mendidih. cover dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekejap (dalam 10minit).
  3. dalam mangkuk sedang, sebatikan bahan2 cecair: telur, 1/2cwn air dan vanilla.
  4. dalam mixer,dah masukkan tepung, gula, baking powder dan garam dan kacau sebati.
  5. tambahkan butter dan adunan koko tadi dan pukul dengan kelajuan perlahan dan seterusnya naikkan ke kelajuan sederhana dan pukul 1 1/2minit. scrape dinding bekas.
  6. tambahkan adunan telur separuh dan pukul 30saat baru tambah sebahagian lagi dan pukul lagi hingga sebati.
  7. tuang adunan kedalam loyang dan bakar 50minit.
  8. sejukkan kek (dalam 15minit) sebelum di keluarkan dari loyang.
chocolate sauce:
  • 3/4cwn heavy whipping cream
  • 1/4cwn glucose syrup
  • 4oz dark chocolate
  • 1oz butter
  1. potongkecil dark coklat dan butter dan masukkan dalam mangkuk besi/ kaca yang tahan panas.
  2. panaskan whipping cream hingga agak mendidih (cukup setakat berbuih2 digigi periuk).
  3. tuang cream panas kedalam mangkuk berisi coklat dan butter. gaul sebati menggunakan whisker.
  4. masukkan glucose syrup dan gaul lagi.
  5. tunggu sejuk sikit dan agak pekat (kalau nak lagi pekat masukkan dalam petisejuk sekejap) dan tuang keatas kek tadi.

Wednesday, December 1, 2010

prune & chocolate torte

am a self confessed chocoholic :p
almost everyday cik abe akan belikan coklat :D
siap berebut dengan anak! hahaha.. buruk perangai mak ni tau!

stok kunyahan anak2 (dan mak :p) dlm fridge dah zero
itu yang menggigil2 nak buat choc torte ni..
dah lama dok aim.. dah lama beli prune..
(prune pun dah tinggal separuh bekas!)
baru sekarang terlaksana..
alhamdulillah..

sumber: bbcgoodfood
bahan2:
  • 250g prune <-- saya letak 200g je (kes tak cukup stok)
  • 4tbs brandy <-- saya ganti ribena tapi buat pekat drpd biasa
  • 25g serbuk koko
  • 100g coklat masakan
  • 50g butter
  • 100ml air panas
  • 175g gula castor <-- saya kurangkan ke 155g
  • 4biji putih telur <-- saya guna 3biji putih telur (sebab dah cukup 4oz)
  • 85g tepung
  • 1sdk serbuk cinnamon
tatacara:
  1. rendam prune dalam air ribena.
  2. panaskan oven ke 170C dan gris loyang springform 9inci.
  3. masukkan serbuk koko, coklat masakan, butter, air panas dan 140g gula kedalam periuk sedang dan panaskan adunan atas api kecil dan kacau hingga sebati. tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.
  4. pukul putih telur hingga soft peak terbentuk. masukkan baki gula dan pukul lagi hingga stiff peak terbentuk.
  5. ayak tepung dan serbuk cinnamon kedalam putih telur dan kaupbalikkan perlahan-lahan dengan menggunakan sudu besi.
  6. tuang adunan coklat tadi kedalam putih telur dan kaupbalikkan hingga sebati.
  7. tuang adunan kedalam loyang. susun prune atas adunan (prune akan tenggelam) dan tuang baki ribena keatas adunan.
  8. bakar selama 30minit.
  9. hidang bersama krim atau krim fraiche (saya makan gitu jek.. atau hidang dengan eskrem vanilla)
makan camtu ja.. gone in 1day.

verdict:
shedap!!! (semua pun sedap :p)
tapi kalau cik abe kata sedap memang sedap sungguh!
sebab benchmark dia memang tinggi
compare dengan bini yg semua pun bedal ni.

kek lembut dan tak sepadat torte yang pernah buat sebelum ni..
maybe sebab ketiadaan kuning telur?
rasa masam2 manis prune yang direndam dalam ribena
membuatkan torte ni lain perasaannya & lebih special.. :)

Tuesday, November 30, 2010

chicken pot pie

percubaan pertama yang mendebarkan!
meletup-letup dalam oven!
hanya kerna lubang atas pastry tak cukup berlubang
(takdek lubang la tu!!)
ada yang berlubang besar sampai terkoyak2
(sungguh tak senonoh kerjaku!)
masa bakar pun main agak2 je..
end-up.. chicken pot pie jadik chicken hangit pie!
but no so bad-lah..

one of the chicken pot-hangit pie. sampai terkambus lobang tu ha!
sumber resepi: allrecipes
bahan2:
  • 1 pound skinless, boneless chicken breast halves - cubed 
  • 1 cup sliced carrots
  • 1 cup frozen green peas <-- NIL: ganti dengan cauliflower floret
  • 1/2 cup sliced celery <-- NIL: ganti dengan terung 
  • 1/3 cup butter
  • 1/3 cup chopped onion
  • 1/3 cup all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon black pepper
  • 1/4 teaspoon celery seed <-- NIL: ganti dengan mixed herbs 
  • 1 3/4 cups chicken broth <-- guna 1cube ayam + 2cwn air panas
  • 2/3 cup milk <-- guna susu sejat je.. stok fresh milk dah pupus :(
  • 2 pie crust <-- guna ready made pastry jek
tatacara: 
  1. panaskan oven ke 190C.
  2. rebus ayam yang dah dipotong kecil bersama carrot dan sayur2 lain. biarkan dulu.
  3. panaskan butter dan tumis bawang hingga layu. masukkan tepung dan rempah2 lain. gaul sebati. 
  4. tuang chicken broth (saya ambil dari rebusan ayam & sayur tadi) dan susu secara perlahan2. 
  5. masukkan sayur dan ayam tadi kedalam periuk. <-- original method tak buat macam ni - tabur terus ayam & sayur kedalam bekas.
  6. kecilkan api dan biar hingga kuah agak pekat. 
  7. dah masak, tuang kedalam 'pot' atau apasaja jenis bekas untuk dibakar. 
  8. lapik bekas dengan pie crust <-- saya tak buat yang ni. 
  9. tuang adunan ayam tadi keatas pie crust.
  10. cover bekas dengan pie crust dan buat lubang sikit kat atas crust tu.
  11. bakar selama 35minit. 
verdict:
despite of the hangitness - sedap jugek dimakan sebagai dinner :p
yang penting ada jugak anak2 yang suka makan ni..
boleh ummi buat lagi nanti ;)


potato & cheese borek

saya jumpa perkataan borek ni by chance..
langsung terjumpa resepi cheese & potato borek
tapi takde fillo sheet.. guna pastry je..
akhirnya jadik ala2 karipap kentang!

the inti: mashed potato+sauteed onion+cheese

hasil pembuatan anak dara

adaptasi dari: giverecipe
bahan2:
  • 5 middle potatoes
  • 1 big onion, cincang 
  • 1tbsp pepper or tomato paste <-- saya guna serbuk cili 1tsp
  • 1tsp cumin
  • 1tbsp black pepper
  • 1tbsp salt
  • ½ grated yellow cheese <-- saya guna grated cheddar cheese
  • ready made pastry
tatacara:
  1. sediakan filling - rebus kentang sampai empuk dan lecek dengan garfu,
  2. tumis bawang cincang. tambah bahan2 kering: serbuk cili dan rempah2 lain. 
  3. masukkan bahan tumis kedalam kentang lecek. 
  4. masukkan cheese kedalam kentang lecek dan gaul sebati (filling boleh simpan dalam petisejuk dan guna kemudian hari atau hari2 kecemasan).
  5. panaskan oven 190C (saya guna fan-force mode sbb matgebu kata pastry akan lebih rangup).
  6. sediakan pastry sheet (nyahbekukan dulu) dan potong 4segi sama.
  7. letak inti kat tengah2 dan lipat jadi segitiga.. tutup filling dan tekan dengan garfu.
  8. lubangkan tengah2 pastry <-- bagi wap keluar.
  9. susun atas dulang. sapu permukaan pastry dengan kuning telur.
  10. bakar 20minit.
verdict:
cik abe kata nothing special.. takde yg menarik. 
syahdu jugek tapi cek buat utk anak2.. tak ble nak buat pedas2..
takpe. lenkali cek letak mince meat atau mushroom 
& tambah 2tbs paprika!
;)


Related Posts with Thumbnails