Friday, February 25, 2011

kek pisang marble coklat

stok kunyahan budak kecik dah lama pupus..
kebetulan masih ada pisang zaman purba dlm freezer
skali timbang.. ngam2! err.. ada lajak skett sebenarnya ;)
lepas tu timbang tepung tak cukup la pulak!!
mujur ada wholemeal flour sebagai penyelamat :)

resepi tgk kat dapur izah.. yang dapat dari hana.. yang dapat dari noorsha
panjang jugak susurgalur asal walusulnya


posing dlm tapawer utk tapau ke opis :)

izah.. mohon halal c&p kat sini ye..

KEK PISANG MARBLE COKLAT
sumber:kak hana dan Noorsha
Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang <-- ikut jugak
  • 180g tpg gandum - saya campur tepung wholemeal 80g
  • 180g gula halus - hana kurangkan 150g je <-- ikut je :)
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah <-- niat nak tambah tapi lupa!
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  1. Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  3. Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit.
  4. Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

budak kecit ni cukup suka! belum mandi pagi dah makan kek :p

nota:
saya guna loyang bulat 8inci.. alhamdulillah.. ngam2 je naik kek tu


Thursday, February 24, 2011

homemade pretz

masa saya ke jepang dulu.. teringin sangat nak makan pretz ni..
tapi tak beli pun.. sebab tak gheti2 nak baca ingredient kat kotak tu..
bila dah balik sini.. eh! ada jual la! tapi harganya.. mak aii.. mahalnya!
sampai sekarang tak sanggup tak beli!
akhirnya keinginan tu terpadam dengan sendiri..

lawak betul tengok iklan2 lama pretz ni! hehe.. ntahapapapa sungguh!
iklan2 jepun memang terkenal dengan funky & funny..


jumpa resepi pretz ni dlm blog sis yani
nampak macam senang maka.. semalam cuba buat..
huhuhu.. dasar tak gheti.. abis semua air saya curahkan sekaligus!
akhirnya kena dok tambah tepung..
terus rasa macam tak best..
terus hilang semangat.. nak potong pun main2 ja..
produk akhir.. macam liat2 sikit & rupa sangat huduh!
:(



tapi anak2 suka!
siap puji ummi pandai buat :p
timakasih yani!
kita c&p resepi kat sini ye..

sumber: deco choco
bahan2:
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil gula kastor
  • 100ml air
  • 2 sudu besar mentega/marjerin -dicairkan
  • 2 sudu kecil serbuk pati ayam *
  • 3 sudu besar parmesan cheese powder (grated cheese) *
tatacara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga menjadi bentuk doh.
  2. Canaikan lebih kurang 1cm tebal. Kemudian potong seperti dalam gambar di sebelah (dibawah).
  3. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga jadi rangup.

    gambar dari decochoco.blogspot.com
Bahan-bahan yang bertanda ( * ) boleh ditukar kepada benda lain mengikut perisa yang nak dibuat. Kalau nak rasa kemelayuan sket boleh letak serbuk kari dan daun kari yg dicincang halus.

Untuk anchovies chili pretz ni hanya tukar serbuk pati ayam ganti dengan serbuk ikan bilis. Manakala utk grated cheese tu saya ganti dengan 2 sudu kecil serbuk cili -boleh lebihkan kalau nak lagi pedas.

nota:
kalau nak buat lagi,
saya akan tuangkan air sedikit demi sedikit..
dan.. potong kecil2..
dan mungkin akan kupintal2 ia.. ;)

Tuesday, February 22, 2011

oatmeal breakfast bread

baking mojo.. pls come to me..
this is an attempt to get that baking mojo
and a healthy one too!



this oatmeal bread uses applesauce
and a little bit of oil..
no. no butter at all :)
so, do you feel healthy already?

btw, i bought the applesauce from cold storage
i dont think its available in jusco or giant
i bought it at RM0.99 (actual price was RM11.90)
the price was marked down simply because its nearing due date
which is in june2011! jauh lagi tu.. hehe..

a good bargain indeed!

source: ovenlove

Adapted from Baking from My Home to Yours by Dorie Greenspan
For the topping:
  • 1/4 cup packed light brown sugar
  • 1/4 cup chopped walnuts or pecans
  • 1/4 teaspoon ground cinnamon
For the bread:
  • 2 large eggs
  • 1 1/4 cup unsweetened applesauce
  • 1/3 cup flavorless oil, such as canola or safflower
  • 1/4 cup buttermilk or whole milk
  • 1 1/4 cups all-purpose flour (I used 3/4 cup all-purpose, 1/2 cup whole wheat)
  • 3/4 cup sugar
  • 1 1/2 teaspoons baking powder
  • 3/4 teaspoon ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon freshly grated nutmeg
  • pinch of ground cloves <-- i opted out
  • 1/2 cup diced dried figs, apples or apricots or moist, plump raisins (dark or golden) <-- i uses 1/4 cup apples + 1/4 cup dried figs
  • 1 cup old-fashioned oats
Getting Ready:
Center a rack in the oven and preheat the oven to 350 degrees F.  Butter a 9-x-5-inch loaf pan, dust the inside with flour and tap out the excess.  Put the pan on a baking sheet.

To Make the Topping:
In a small bowl, using your fingers, toss together the sugar, nuts and cinnamon until evenly mixed.  Set aside.

To Make the Bread:
Whisk together the eggs, applesauce, oil and buttermilk until well blended.

In a large bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder, cinnamon, baking soda, salt, nutmeg and cloves.  Remove 1/2 teaspoon of the mix and toss it with the fruit, just to coat; set aside.  Stir the oats into the bowl.  

Pour the liquid ingredients over the dry and, using a large rubber spatula, stir just until everything is evenly moistened- this is a case in which less is more, so don't overdo the mixing.  Scatter the dried fruit over the batter and stir to blend.  Scrape the batter into the pan and sprinkle over the topping, tamping it down very lightly with your fingers so it sticks.  

Bake for 55 to 65 minutes, or until the bread is beautifully browned and a thin knife inserted into the center comes out clean.  Transfer the bread to a rack to cool for about 5 minutes, then run a knife around the sides of the pan and unmold.  Invert and cool to room temperature right side up.

 


verdict:
simply healthy & lovely!
i'll make it again.. insyaallah!

Sunday, February 20, 2011

self saucing sticky date pudding

petang semalam berkampung kat rumah mak..
tekak ni teringin sangat nak makan sticky date pudding
maka saya sukat siap2 bahan2 dari rumah..
sampai rumah mak godek2 kejap..
kemudian, zass.. terus masuk oven ;)

sumber: erica of gastronomic goodies
bahan2:
  • 1cwn kurma yang dipotong kecil
  • 1 1/2cwn tepung naik sendiri
  • 1/2cwn gula castor
  • 3/4cwn susu
  • 2cwn air panas mendidih
  • 1cwn gula perang <-- kurangkan ke 3/4cwn
  • 30g butter, dipotong kecil
tatacara:
  1. rendam kurma dalam air mendidih lebih kurang 10minit.
  2. panaskan oven 180C dan gris loyang kaca dengan butter
  3. ayak tepung kedalam mangkuk. masukkan gula castor.
  4. tapis kurma tadi dan masukkan kedalam mangkuk. masukkan susu. gaul sebati.
  5. tuang kedalam loyang kaca.
  6. satukan air panas mendidih, gula perang dan butter. kacau hingga butter cair dan sebati. tuang keatas adunan dalam loyang kaca tadi.
  7. letak loyang atas oven tray (takut tumpah melimpah) dan bakar selama 40minit.
  8. sejukkan sebentar dalam 5minit dan boleh dimakan bersama2 dengan eskrem vanilla :)

nikmat tak terkata!

Friday, February 18, 2011

tiramisu versi jimat

saya buat chocolate prune cake utk birthday abah last weekend
satu adunan dapat 2 loyang 8inci bulat..
satu loyang saya frost dgn chocolate ganache..
lagi satu loyang saya balut & simpan dalam freezer.

masa mula2 rasa kek ni.. rasa mcm kek beli kat kedai!
which i don't prefer! its too dry - walaupun dah tambah 2tbs susu
(disebabkan tak minat nak makan maka tak minat nak post kat sini)
tapi slps defrost smlm.. aih.. sedap la jugak! :p

tiramisu ni dibuat utk meeting dgn staff.. di petang jumaat yg mulia ini..
jumpa resepi masa jjcr (jalan2 cari resepi) kat jintanmanis.com

kenapa saya kata murah jimat?
sebab guna normal cream cheese instead of mascarpone cheese :p
itu maskapon cheese satu bekas (250g) hampir RM30 wo!!
tapi mmg sangat nikmat wa lazat bila masuk tekak!
kalau nak guna maskapon cheese boleh tgk resepi kat sini




TIRAMISU
Resepi oleh Chef Hanieliza

Bahan2:-

  • 1 gulung kek swiss roll kopi <-- saya guna choc prune cake 8inci
  • 250 gm keju cream philidephia 
  • 150 ml yogurt asli 
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek) <-- tak letak
  • serbuk nescafe <-- ganti dengan serbuk koko
Larutan Agar-agar:-
  • 1/4 cawan air <-- saya guna air panas
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar <-- saya ganti dengan 1 sudu besar gelatin
Cara2:-
  1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
  2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih. (saya microwave-kan gelatin & air)
  3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
  4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
  5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
  6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
  7. Tuangkan adunan keju dan rata.
  8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
  9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan
nota: 
saya curahkan air kopi (1/4cwn setiap lapis) keatas kek.. bagi lembab kek & saja nak feeling lebih :p

Thursday, February 17, 2011

vegetables topped with mashed potato

harga makanan di kantin sangat mahal sejak kebelakangan ini..
nasi putih 1/4cwn
+ seekor ikan keli kurus keding
+ sayur bayam sejemput
+ tempe goreng cili juga sejemput
= RM4.50

dalam sebulan yang lalu harganya cuma RM3.50!
waduh.. boleh bangkrap gini!
sehari naik RM1..
sebulan bekerja bertambah RM22..
setahun bekerja bertambah RM264!
tapi gaji naik tak sebanyak itu!

maka saya membuat resolusi terkini..
akan cuba membawa bekal makanan tengahari..
kalau boleh setiap hari!

hari ni mati kutu jugak nak bawak bekal apa.
lauk semalam cuma tinggal udang bakar 4ketul..
sesudah subuh belek2 buku resepi tajuk POTATO..
(kebetulan semalam dah buat mashed potato tanpa ada idea nak makan dengan apa)
terasa berkenan dengan resepi dibawah ni:

vegetables topped with mashed potato
bahan2:
  • 4biji kentang sederhana besar, direbus & dilecek
  • 1sdb butter
  • 2sdb yogurt <-- ganti susu pun boleh
  • 1sdk jintan putih <-- saya guna serbuk
  • 2oz parmesan cheese
  • 6oz carrot, potong bulat <-- saya guna sebatang setengah
  • 6oz cauliflower, amek florets saja <-- agak2 sama banyak dgn carrot je..
  • 6ketul cendawan butang, hiris nipis <-- pandai2 tambah ;)
  • 2sdb butter
  • 2sdb tepung
  • 125ml vegetable stock <-- saya guna 1/2air panas + 1/4cube maggi
  • 125ml susu
  • garam & lada hitam secukupnya
tatacara:
mashed potato
  1. rebus (guna air bergaram) & lecek kentang yang masih panas. masukkan butter dan gaul hingga butter cair dan sebati. 
  2. masukkan jintan, yogurt dan separuh daripada parmesan cheese, gaul sebati.
sayur
  1. potong kecil sayur mayur dan rebus dalam air mendidih selama lebih kurang 10minit. kemudian, toskan. (cendawan butang tak perlu rebus)
kuah
  1. cairkan butter dalam saucepan. masukkan tepung dan gaul sebati. 
  2. alihkan dari api dan masukkan vegetable stok dan susu. gaul sebati. letak semula atas api dan masak hingga mendidih. 
  3. masukkan garam & black pepper. tutup api.
assembly
  1. panaskan oven ke 190C.
  2. masukkan sayur dan cendawan kedalam kuah. 
  3. tuang kedalam bekas kaca/ casseroles ( masa ni saya masukkan sekali lebihan udang bakar semalam).
  4. ratakan permukaan atas dengan mashed potato.
  5. tabur baki cheese atas mashed potato tadi.
  6. bakar selama 30-35minit.

tertumpah!!


alhamdulillah.. kenyang juga makan ni utk lunch ;)
tapikan.. syahdu sangat.. sebab masa transport (dalam kereta je..) bekas tu tersenget2.. tertumpah sikit dalam paper bag.. :(


Wednesday, February 16, 2011

puding roti

niat asal buat puding roti ni utk tetamu spesel..
siapakah tetamu itu?
bondaku! :)
tapi mak tak jadi datang pulak :(
so, separuh selamat masuk perut sendiri..
(punyala banyak! pastu gaduh perut muncet!)
separuh lagi sedekah kat kawan2 opis..
(mari kita sama-sama muncetkan perut ye :p)

resepi cedok dari dapur zarin
(c&p dari blog zarin. mohon halalkan ye..)

Bahan Bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 tbsp butter - cair kan.
  • 1/4 cawan gula
  • 235 ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit kismis (i suka banyak)
  • serbuk kayu manis <-- saja tambah, tabur sikit je sblm masuk oven

Cara Membuatnya :

1. toast roti di dalam toaster sekejap (normally i tak toast pun tapi a couple of nite ago i ternampak kat “chef in the kitchen” and dia toast dulu roti tu sbb lagi sedap katanya, so i pun cubalah toast dulu …eh, memang sedap lah sikit if compared dgn yg tk bakar..ada rasa crunchy sikit). then, carik carikkan roti tadi dan masukkan roti tadi ke dalam acuan. Tabur sedikit kismis di celah celah dan di atas roti tadi.

2. Tuang butter yang telah cair ke atas roti tadi.

3. Di tempat lain - pukul telur, masukkan susu, gula dan esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati.

dah tinggal sesuap baru teringat nak suruh dia posing!

4. Tuangkan adunan telur ke dalam acuan tadi. Tabur kan lebihan kismis ke atas roti. Biarkan adunan telur agak serap ke dalam roti - masukkan ke dalam preheated oven at 180 C dan bakar sehingga keperangan atau selama 20-25 minit.

5. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama vanilla cream atau macam we all ni makan je dengan vanilla ice cream…hmmmm yummy yummy :-D

nota:
saya buat ni sambil2 breakfast muesli oat.. (tak senonoh betul bunyinya!) lepas tu rasa gatal tangan nak tabur oats tu dlm pudding ni.. agak menyesal juga sebab agak mengganggu perasaan yang damai ketika menikmati puding roti nih. tengah sedap2 rasa lembut tiba rasa crunchy2 lemau! aih! kenot go lah!

verdict:
apart from gangguan muesli oats, cek suka sangat!! itu yg boleh abih separuh bekas tu :p

Monday, February 14, 2011

mac & cheese henwood style

ooohh.. this is one very dreamy creamy cheesy mac & cheese..
sampai mengantuk dibuatnya slps makan!
err.. salah mac & cheese pulak dah..
walhal badan dah mmg sgt2 letih!

anyhow, being very creamy & cheesy..
of course its another hit with my chubby boy
ok luqman.. am not going to do it again.. sorry dear..
you are way too chubby & heavy for your age!
40kg for 8yo! huh.. ummi dia punya berat masa SPM!

resepi ni jumpa kat blog ros jintanmanis..
sumber dari allrecipes.com

yg ni dlm casserole.. belum tabur "bling2" lagi
bahan2:
  • 1/2peket macaroni
  • 1/4cwn margarine <-- saya guna butter
  • 1sdb bawang dipotong dadu <-- saya suku labu bawang besar
  • 1/4cwn tepung
  • 2cwn susu
  • 4oz processed cheese food <-- dok tahu natang gapo nih! so, saya abaikan :p
  • 1/4cwn blue cheese, crumbled <-- saya guna feta cheese
  • 1/4cwn cheddar cheese <-- saya letak 1/2cwn + 1/4cwn mozarella
  • 1sdk garam
  • secubit black pepper
  • 1/4sdk dry mustard <-- saya letak 1sdk dijon yellow mustard
tatacara:
  1. rebus macaroni dalam air bergaram sampai al-dente dan tapis buang air.
  2. panaskan oven 200C dan gris bekas baking/ casserole dengan butter.
  3. cairkan margarine, masukkan bawang dan masak dalam 5minit, hingga warna jadi translucent.
  4. masukkan tepung dan kacau (jauh dari api) sekejap hingga sebati.
  5. tuangkan susu sedikit demi sedikit.. hingga habis dan kacau hingga sebati (seeloknya guna api kecil).
  6. masukkan segala cheese yg ada.. masukkan garam, black pepper & mustard dan gaul sebati.
  7. kaupbalikkan pasta kedalam adunan cheese sauce dan tuang kedalam baking dish.
  8. bakar selama 20minit.
  9. tabur parsley kering atau paprika (kalau suka - optional) sebelum hidang.
saya makan semangkuk kecil aja bersama semangkuk kecil salad. lepas tu terus mengantuk! apakah cause & effect-nya?? musykillan jiddan!


greek salad yg membuatkan saya rasa healthy ;)

Sunday, February 13, 2011

pizza separa segera

this is my kids breakfast today..
kids konon.. padahal ummi depa dah habiskan suku bahagian! :p

roti pizza tu beli yg dah siap.. kat kedai bagus.
itu yang jadi separa segera tu..
tak tahulah kenapa sgt malas nk meroti.. :(



pizza sauce:
  • 1tin (6oz/ 170g) kecil tomato paste
  • 1tin (170ml) air <-- tuang air dlm tin tomato paste untuk sukat
  • 1biji bawang putih, diketuk/ dipotong hancur
  • 1/2sdk oregano
  • 1/2sdk black pepper
  • 1/2sdk parsley
  • 1/2sdk paprika
  • 2sdb grated parmesan cheese <-- tertinggal plak yg ni. gaul lps sos dah masak.
  1. tuang semua bahan kedalam periuk kecil dan masak hingga sebati dan mendidih. dah! dah boleh sapu atas roti pizza ;) 
* adunan sos diatas sgt banyak ~1cwn.. baki boleh disimpan dalam peti (saya masukkan kedalam botol kaca) tapi tak pasti brp lama boleh tahan dalam peti sejuk tu.

tatacara:
  1. panaskan oven 180C dan masukkan dulang pizza kedalam oven selama 10-15minit.
  2. sementara tu, sapu pizza sauce keatas roti dan tabur cheddar + mozarella cheese. tabur daging hancur/ salami atau apa2 saja yg suka.. (saya guna daging burger. itu aja yg ada. huhuhu..)
  3. bakar selama 10-12minit.

daging burger yg saya guna.. 100% lean meat
kurang lemak, kurang kalori ;)
 tq darabif!


Saturday, February 12, 2011

kuih pisang bakar

bila masuk dapur izah nampak kuih ni.. terus save dlm memory otak
masa yg sesuai telah tiba! nak buat utk mak :)
rasa mcm dah lama tak jumpa mak.. huhuhu.. rindu!
padahal sblm cny hari tu dah jumpa :p

c&p dari blog izahdaut (mohon halalkan ye izah!)

sumber: kak Zana Inspirasiku
Bahan2:
  • 1 sisir pisang masak di lenyek kasar - saya guna 6 biji pisang berangan = 400gm
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*-boleh kurangkan
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*- saya guna susu segar
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter* 
Cara2:

1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi best


bijan takdak, ganti dgn sunflower seed. aci aja lah!

verdict:
uiii.. bestnya kuih bakar pisang ni! lembut & very banana-ey! ey.. i loike!!

Friday, February 11, 2011

honey yogurt cheesecake

i just realized there's a tub of yogurt in my fridge
masa bila la pulak kirim kat cik abe nih?
anyway, since dah ada yogurt..
i try to look for yogurt cheesecake recipe
(i like to think that many of my officemate like cheesecake)
mencari resepi..
untuk kenduri kecil dipagi jumaat ini..
sempena birthday boss yg bakal meninggalkan kami..
sobsobsob.. pergimu tiada ganti!! :'(

cari punya cari..
tak jumpa yang kena dengan bahan yg ada..
anna olson punya resepi: kena prepare a day before dan guna ricotta cheese
BBC punya pulak guna mascarpone cheese 750gm
akhirnya, saya memandai sendiri saja!
alhamdulillah.. menjadi la jugak..



honey yogurt cheesecake
bahan2:

  • 1peket kecil biskut digestive (dalam 11/2cwn)
  • 1/4cwn butter, dicairkan
  • 500g cream cheese
  • 1/2cwn + 2tbs low fat yogurt
  • 1/2cwn madu
  • 2biji telur
  • 1sdk esen vanilla
  • 1sdb tepung
  • blueberry topping atau fresh fruits.
tatacara:
  1. panaskan oven 170C dan sediakan loyang springform (saya guna loyang kaca pie 9inci)
  2. hancurkan biskut dan gaul bersama butter cair. tekapkan dan ratakan pada dasar loyang. bakar selama 10minit dan biar sejuk pada suhu bilik.
  3. putar cream cheese bersama yogurt hingga betul2 hancur dan sebati.
  4. masukkan madu, telur, vanilla dan tepung dan putar perlahan-lahan.
  5. tuang adunan cream cheese kedalam loyang berisi biskut tadi. 
  6. turunkan suhu oven ke 160C dan bakar selama 1jam. 
  7. setelah masak, biar dalam oven selama 30min-1jam. kemudian renggangkan pintu oven dan biar dalam keadaan begitu sekurang-kurangnya 30minit baru dimasukkan kedalam peti sejuk. 
  8. sejukkan sekurang-kurangnya 4jam. sapu topping atau tabur fresh fruits atas cheesecake sebelum dihidangkan.


nota:
ciskek ni agak lembut jadi seeloknya guna loyang pie ataupun boleh cuba tambah lagi 1tbs tepung. tp nyaris membuak keluar drpd bekas! sipi2 aja..

verdict:
rasanya agak masam compared to ciskek yg biasa dibuat sblm2 ni.. but there's a hint of honey taste yg buat tak puas nak rasa.. cuit sikit.. eh.. nak rasa sikit lagilah.. eh.. meh sikit lagi.. sikit sikit lama lama membukit! :p

 

Monday, February 7, 2011

chocolate self saucing pudding

sejak rabu lepas berazam nak buat puding ni..
tapi baru hari ini kesampaian.. alhamdulillah...
cuma agak terkilan.. sebab niat asal nak bawak balik kampung
tapi tak berkesempatan..
dikampung pula.. sibuk dgn mengemas & kenduri naik rumah :)
oh! sungguh damai & nyaman udara & suasana di kampung..
alhamdulillahi 'ala kulli haal..




sumber: nzfavouriterecipe
bahan2:
  • 100g butter, dicairkan
  • 1cwn gula <-- saya kurangkan 2sdb
  • 2sdb serbuk koko
  • 1 1/3cwn tepung gandum
  • 4sdk baking powder
  • 1/4sdk garam (kalau guna butter bergaram, letak secubit ja)
  • 2/3cwn susu segar
  • 1cwn gula perang
  • 1/2cwn gula <-- saya tak letak
  • 4sdb serbuk koko
  • 2cwn air panas menggelegak
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C, sediakan loyang kaca 13x9inci (kalau guna loyang kecil, adunan akan membuak keluar dari bekas semasa pembakaran). 
  2. cairkan butter dan masukkan gula dan serbuk koko. gaul sebati.
  3. tambah tepung, baking powder dan garam, gaul sebati.
  4. tuang susu dan vanilla. gaul sebati dan masukkan kedalam loyang kaca.
  5. satukan 1cwn gula perang dan 4sdb serbuk koko. tabur keatas adunan dalam loyang tadi.
  6. tuang air panas mendidih keatas belakang sudu, kedalam adunan tadi.
  7. bakar selama 40minit.
verdict:
nikmatnya perasaan puding ni di tekak ini..
memang enak dimakan panas2 bersama aiskrim vanilla. just perfect!


tengok rupa dalam bekas ni memang tak menyelerakan.. kan?
no no no.. never ever judge the cake by its look ;)

Wednesday, February 2, 2011

condensed milk cheesecake

i have to admit.. i was curious! apalah rasanya ek? manis leting ke dok?
no sour cream.. no sugar.. only susu pekat.. hampir satu tin!!
uuu... makin tinggilah tahap kolesterol nanti..
hmm.. how to counter?
breakfast with oats selama sebulan?
ok. no hal. saya sanggup!
janji dapat rasa sepotong cheesecake-susu-pekat ini ;)
anyway, saya buat ni utk dibawa balik ke kampung nanti..insyaallah..

sumber: mbak riana
bahan2:
  • 2cwn biskut 4segi, hancurkan <-- saya guna biskut digestive
  • 1/4cwn gula <-- saya tak letak
  • 1/2cwn butter, dicairkan
  • 2ketul cream cheese 250g
  • 14oz susu pekat ~ 384g (hampir satu tin!)
  • 3biji telur
  • 4oz semisweet/ bittersweet chocolate
tatacara:
  1. panaskan oven 175C.
  2. hancurkan biskut dan gula dalam food processor. masukkan butter cair dan gaul sebati. tekan adunan kedalam loyang springform 9inci dan bakar selama 10minit. ketepikan dulu selepas dibakar.
  3. turunkan suhu oven ke 150C.
  4. cairkan coklat (dalam microwave atau double boil).
  5. pukul cream cheese hingga lembut. masukkan susu pekat dan gaul sebati.
  6. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul perlahan hingga sebati.
  7. masukkan separuh adunan kedalam coklat cair. 
  8. tuang adunan coklat dan adunan asal secara selang seli kedalam loyang.
  9. bakar 50-55minit. biarkan dalam oven selama 30minit, kemudian, renggangkan pintu oven selama 30minit lagi baru dikeluarkan dari oven.. (saya keluarkan agak cepat maka.. retak menanti belah!!)

    senyum pulak dia!
biar pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1jam sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. sejukkan sekurang-kurangnya 4jam baru enak untuk menjamu selera..


tak cukup satu slice!! uhuhu..

nota:
resepi ni boleh diolah - omit the chocolate, biar plain.. dan letak topping blueberry ka.. strawberry ka.. maka akan tertutuplah "senyuman" pada permukaan ciskek itu ;)
Related Posts with Thumbnails