Wednesday, February 2, 2011

condensed milk cheesecake

i have to admit.. i was curious! apalah rasanya ek? manis leting ke dok?
no sour cream.. no sugar.. only susu pekat.. hampir satu tin!!
uuu... makin tinggilah tahap kolesterol nanti..
hmm.. how to counter?
breakfast with oats selama sebulan?
ok. no hal. saya sanggup!
janji dapat rasa sepotong cheesecake-susu-pekat ini ;)
anyway, saya buat ni utk dibawa balik ke kampung nanti..insyaallah..

sumber: mbak riana
bahan2:
  • 2cwn biskut 4segi, hancurkan <-- saya guna biskut digestive
  • 1/4cwn gula <-- saya tak letak
  • 1/2cwn butter, dicairkan
  • 2ketul cream cheese 250g
  • 14oz susu pekat ~ 384g (hampir satu tin!)
  • 3biji telur
  • 4oz semisweet/ bittersweet chocolate
tatacara:
  1. panaskan oven 175C.
  2. hancurkan biskut dan gula dalam food processor. masukkan butter cair dan gaul sebati. tekan adunan kedalam loyang springform 9inci dan bakar selama 10minit. ketepikan dulu selepas dibakar.
  3. turunkan suhu oven ke 150C.
  4. cairkan coklat (dalam microwave atau double boil).
  5. pukul cream cheese hingga lembut. masukkan susu pekat dan gaul sebati.
  6. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul perlahan hingga sebati.
  7. masukkan separuh adunan kedalam coklat cair. 
  8. tuang adunan coklat dan adunan asal secara selang seli kedalam loyang.
  9. bakar 50-55minit. biarkan dalam oven selama 30minit, kemudian, renggangkan pintu oven selama 30minit lagi baru dikeluarkan dari oven.. (saya keluarkan agak cepat maka.. retak menanti belah!!)

    senyum pulak dia!
biar pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1jam sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. sejukkan sekurang-kurangnya 4jam baru enak untuk menjamu selera..


tak cukup satu slice!! uhuhu..

nota:
resepi ni boleh diolah - omit the chocolate, biar plain.. dan letak topping blueberry ka.. strawberry ka.. maka akan tertutuplah "senyuman" pada permukaan ciskek itu ;)

2 comments:

Sizuka said...

Ju! mcm mana nak diet ni? asyik baking je. jelesnya!! huhuhu.. i kena kuatkan semangat not to bake at all :)

Unknown said...

huhuhu.. balik kampung baru2 ni mmg diet ke laut le.. bukan satu slice saya makan ciskek ni.. 3slice! haiyaa... sampai hasben tegur soheh berat naik balik dah ni. and he's right! :((
aja aja fighting kak!

Related Posts with Thumbnails