Wednesday, February 8, 2012

grilled eggplant wraps

bismillahirrahmaanirraheem..
assalamu'alaikum wrm wbt.

saya dah siapkan menu dinner utk seminggu
supaya tak kelamkabut pikir nak masak apa petang nanti
kebiasaannya ada saja ucapan berbaur seperti:
"muaz nak spaghetti, taknak nasi", "man taknak ayam, nak kari ikan";
bila dah ada menu yg dipersetujui bersama.. siapa pun tak banyak cerita
tapi bila menu yg dah sedia ada tak diikut atas sebab2 kelaparan tak tertahan
ummi depa mula jadi tak keruan.. kalau masak jugak takdak sapa yg nak makan
lagipula cik abe pun dah pesan.. "tak payah masak nasik!"
maka episod pencarian resepi kembali lagi..
bezanya kali ni, healthy recipe ;)
sekadar mengalas perut di malam hari..

telur tak masuk resepi sebab utk sikecik only ;)

resepi adaptasi dari eatingwell.com
  • 4 keping roti tortilla
  • sebiji terung panjang, potong serong <-- terung dimakan 2org dewasa sahaja. sila lebihkan terung kalau suka.
  • 6 biji tomato cherry <-- dibelah 2
  • sedikit minyak zaitun dan garam
  • sedikit mozarella cheese
  • 2Tbs mayonaise
  • salad lettuce
  1. panaskan oven pada kedudukan grill, suhu 190C
  2. sapu minyak zaitun pada terung dan sprinkle garam. grill terung bersama tomato cherry selama 5minit. terbalikkan menggunakan sepit/ spatula. tabur cheese mozarella (pada sebelah bahagian terung dah cukup. kalau letak kedua-dua belah cheese akan melekat pada bekas)  dan teruskan grill sehingga cheese cair ~ lebihkurang 3-4minit.
  3. panaskan roti tortilla dalam microwave selama 30-45saat atau boleh juga guna oven: balut dalam aluminium foil dan grill selama 2-3minit.
  4. sapu roti tortilla dengan mayonaise dan tabur bahan2 lain kedalam roti dan bungkus/ roll & serve :) 
alhamdulillah..
terasa nikmat bila dapat ikut saranan Nabi Muhammad s.a.w:
makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

nota:
disini ada cara2 nak buat homemade tortilla
inti/ filling boleh dipelbagaikan.. kebiasaannya letak cooked shredded chicken.
kalau nak dimelayukan, letak inti karipap pun boleh ;)

No comments:

Related Posts with Thumbnails