assalamu'alaikum wrm wbt.
setiap kali satu2nya adik yg tinggal nun di utara turun ke KL
kakak mithali dia akan tanya.. "nak akak buatkan apa2 tak?"
dia terliur tengok kek lumut kak azlita
(kakak dia lebih 10kali terlioq!)
maka.. kakak mithali yg malas mengukus ni pun buat jugakla
malas sebab kena angkut keluar kukusan letrik dia
dan kena kukus 2 jam! kena dok tunggu tengok air kukusan..
tapi hasilnya.. walauweh.. superb i tell u! sangat2 lembut dan lemak merdu!
alhamdulillah.. berbaloi2 buang sifat malas tu kan?
mak kata kaler macam katak bot-bot! hehe.. |
sumber: fromintankitchen
- 1 cawan tepung gandum ~ diayak
- 1 cawan horlicks
- 3/4 cawan gula halus
- 250 g mentega
- 4 biji telur A
- pewarna hijau secukupnya
- 4 sudu besar seri kaya
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanilla
- Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. - Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
- Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
- Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
- Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
macam incredible hulk tak? |
nota:
alahai.. bila create post ni baru perasan.. saya kukus 2 jam sahaja.. macam mana boleh tak terpandang yg 30minit tu??? padahal dah rewind baca resepi dekat 10kali dah! agak2 ada kesan tak kpd tekstur kek??
No comments:
Post a Comment