gigih sungguh saya nak habiskan protein powder saya tu :p
pernah sekali saya cuba letak sesudu dalam GGS.. omak eh.. lomak semacam! kembang rasa tokak den ni ha! kemudian saya cuba letak sesudu dalam avocado smoothies. okela.. sedap jugak rasanya..
smoothies tu dicampur dgn yogurt jadi.. rasa mcm makan yogurt jek tapi kurang masam. tambahan pulak ada drizzle choco syrup.. mmm.. memang yummm!
ini percubaan kali ke3 baking dgn protein powder.. jumlah tepung 1 1/2cwn saya guna 1/2cwn protein powder. memang ada beza pada tekstur. lemak, lembut dan moist. dan kena bakar extra 10minit. mungkin sebab kurang gluten yg ada pada tepung biasa??
resepi asal dari posting 2011 dahulu.. gambar pun dah lesap!
Bahan-bahan
- 1/2 cawan butter
- 3/4 cawan gula
- 1 biji telur
- 1 sk esen vanila
- 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
- 1 cawan tepung gandum + 1/2 cawan protein powder (F1 herbalife atau meal shakes shaklee)
- 1 sk baking powder
- 1 sk baking soda
- 1/2 teaspoon salt
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1 cawan chocolate chips
- Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
- Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci. Tuang adunan coklat dahulu kemudian baru tuang adunan putih yang dah ditabur choc-chip.
- Bakar suhu 170 selama 35min atau hingga masak. Sejukkan dan potong seberapa banyak yg suka :D