Friday, February 18, 2011

tiramisu versi jimat

saya buat chocolate prune cake utk birthday abah last weekend
satu adunan dapat 2 loyang 8inci bulat..
satu loyang saya frost dgn chocolate ganache..
lagi satu loyang saya balut & simpan dalam freezer.

masa mula2 rasa kek ni.. rasa mcm kek beli kat kedai!
which i don't prefer! its too dry - walaupun dah tambah 2tbs susu
(disebabkan tak minat nak makan maka tak minat nak post kat sini)
tapi slps defrost smlm.. aih.. sedap la jugak! :p

tiramisu ni dibuat utk meeting dgn staff.. di petang jumaat yg mulia ini..
jumpa resepi masa jjcr (jalan2 cari resepi) kat jintanmanis.com

kenapa saya kata murah jimat?
sebab guna normal cream cheese instead of mascarpone cheese :p
itu maskapon cheese satu bekas (250g) hampir RM30 wo!!
tapi mmg sangat nikmat wa lazat bila masuk tekak!
kalau nak guna maskapon cheese boleh tgk resepi kat sini




TIRAMISU
Resepi oleh Chef Hanieliza

Bahan2:-

  • 1 gulung kek swiss roll kopi <-- saya guna choc prune cake 8inci
  • 250 gm keju cream philidephia 
  • 150 ml yogurt asli 
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek) <-- tak letak
  • serbuk nescafe <-- ganti dengan serbuk koko
Larutan Agar-agar:-
  • 1/4 cawan air <-- saya guna air panas
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar <-- saya ganti dengan 1 sudu besar gelatin
Cara2:-
  1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
  2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih. (saya microwave-kan gelatin & air)
  3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
  4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
  5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
  6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
  7. Tuangkan adunan keju dan rata.
  8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
  9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan
nota: 
saya curahkan air kopi (1/4cwn setiap lapis) keatas kek.. bagi lembab kek & saja nak feeling lebih :p

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

ala...
akak dah buat dulu.
huhu..
aku senin aritu dah pegang - pegang dah ladyfinger tu kat HOI,selayang..
takper..
lain kali.
huhuhuh

Unknown said...

kalu beli swissroll lg jimat rasanya ayu.. jaripompuan tu bleh tahan mahal! huhuhu..

Anie said...

Plain-June,

I pun sama smalam dah pegang jari pompuan tu dkt supermarket lepas tu I tarok balik sbb hb kata dia tak feel like any tiramisu for now. Isshhhh dah lama I nak buat...huhuhu

Unknown said...

hehe.. sedap pulak nama jari pompuan :p anie.. buat utk diri seniri & jannah tanak?

Related Posts with Thumbnails