Friday, June 24, 2011

devil's food chocolate cake

pagi ni bangun dengan perasaan tak best
astaghfirullah.. patutnya bersyukur sebab masih bernyawa!
semalam tidur mati! dan termimpi sahabat di opis telah meninggal dunia
saya terasa betapa hampirnya kematian itu dengan diri ini..
tapi bila bangun lupa nak istighfar.. lupa nak bersyukur!
apa yg saya buat? capai hp tgk jam pukul berapa..
dan bukak fb.. tgk notifikasi.. ada birthday sahabat usrah.
hah? lupa ada usrah! apa pun tak buat semalam
lagi sekali perasaan tak best itu datang
astaghfirullahal 'azim..

masa tengah mandi.. kepala rewind menu2 kek yang ada
dalam masa yg sama.. dok fikir bahan2 yg masih dlm stok
walnuts, fruits, coconuts.. semua dah habis.
akhirnya, DFCC ni jadi pilihan..

bila turun kedapur selepas subuh, jam dahpun 7am
tiba2 mixer pulak buat hal! astaghfirullah 'azim...
beater tak boleh insert sebab tepung berketul kat dalam lubang kecil tu
saya beristighfar beberapa kali & muhasabah sekejap
tarik nafas dalam2.. tenangkan diri dulu.. cuba godek2 kembali..
dah cuba berkali-kali masih belum berjaya.. akhirnya biar dia pusing dgn perlahan saja
jenoh jugak menunggu butter+gula kembang.
udahla buat 2adunan sekaligus.
740am baru berjaya masuk oven..
konfem lambat lagi hari ni!

kek ni dah pernah buat dulu tapi tak puas rasa..
then saja ngengade mintak kak yani of KG buatkan.. ;)
konon2 utk bday luqman.. tapi kami anak beranak yg habiskan!
uuu.. very the delisioso! menjilat jari dengan penuh perasaan!
thank you so much kak yani! mmmmuuaaahhhssssssss :-*


nampak macam hedgehog-lah!

sumber: kakyani, sis rima, err.. originally tatau daripada siapa
but this cake really rocks!!!! eh. tetiba macam ganas plak :p

the cake
bahan2:
  • 1cwn tepung
  • 1/4cwn serbuk koko
  • 3/4sdk baking soda
  • 1/4sdk garam
  • 1/2cwn gula castor
  • 1/2cwn gula perang
  • 65g butter 
  • 1biji telur
  • 1sdk vanilla
  • 1/4cwn buttermilk
  • 1/2cwn air suam
tatacara:
  1. panaskan oven ke 170C dan gris loyang 
  2. ayak tepung, koko, soda dan garam dan ketepikan.
  3. pukul butter dan gula hingga gebu. masukkan telur & pukul sebati.
  4. masukkan bahan kering (tepung etc) secara selang seli dgn bahan basah (buttermilk & air).
  5. akhir sekali masukkan vanilla dan pukul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar 30minit (saya bakar 40min)
the cream cheese layer
bahan2:
  • 250g cream cheese
  • 125g butter
  • 1cwn gula aising
  • 1sdk esen vanilla
  • sedikit lemon juice (tak letak)
  1. pukul cheese dan butter hingga creamy.
  2. masukkan gula dan vanilla dan pukul sebati.
the ganache
bahan2:
  • 200ml double cream
  • 250g dark chocolate
  • secubit garam
  • 1/2sdb butter <-- saja tambah tadi
  1. panaskan cream dgn cara double boil hingga agak2 nak didih.
  2. masukkan coklat dan garam dan kacau hingga coklat cair.
  3. tutup api dan kacau hingga adunan betul2 sebati.
  4. masukkan butter semasa adunan masih panas. 
the assembly
  1. tunggu hingga kek sejuk baru sapu cream cheese dan tuang ganache keatas layer cheese.
nota1:
the cream cheese portion agak banyak.. makanya.. separuh adunan dah cukup utk sebiji kek.

nota2:
saya buat 2 adunan..
satu untuk bday sahabat usrah yg tak dpt datang usrah dan tak dapat makan bday kek-nya :p
dan satu lagi konon2 untuk reunion skolah pada sabtu depan tapi saya ingat sabtu esok!
ya rabbbiiiii.. banyaknya dosa! segala benda pun lupa!!!
sila buat solat sunat taubat dgn segera!


3 comments:

3E said...

Ms Plain-June...
Mmg banyak kena muhasabah diri ni....

Sizuka said...

Ju, the owner of the recipe is shelly Kadunski. Actually ramai yg tak tau where this recipe came from. K.yani Ada mentioned in her blog :)

Unknown said...

betul tu 3E! terimakasih atas ingatan itu..

thank you k.shidah! saya lupa yg k.yani penah mention nama shelly kadunski tu.. cari dlm blog dia tadi x jmpa. but this cake is a real winner!

Related Posts with Thumbnails