Wednesday, October 13, 2010

double trouble chocolate cake

introducing...










the devil's food chocolate cake
and..










the moistest chocolate cake

yg devil's tu.. buat utk opismate..
dia mintakkan buat besdey kek utk anak dara dia
yg moist tu.. buat utk santapan sendiri..
sebab kecoq tgk devil's cake masa dia dok dlm oven :p

resepi devil's food choc cake disedut dari blog sis rima
resepi moist chocolate cake intai kat blog puan hana
lebih kurang je dua2 kek nih.. resepi sgt2 similar
rasa pun lebih kurang je.. :)
devil's food choc cake
the cake
bahan2:
  • 1cwn tepung
  • 1/4cwn serbuk koko
  • 3/4sdk baking soda
  • 1/4sdk garam
  • 1/2cwn gula castor
  • 1/2cwn gula perang
  • 65g butter 
  • 1biji telur
  • 1sdk vanilla
  • 1/4cwn buttermilk
  • 1/2cwn air suam
tatacara:
  1. panaskan oven ke 170C dan gris loyang 
  2. ayak tepung, koko, soda dan garam dan ketepikan.
  3. pukul butter dan gula hingga gebu. masukkan telur & pukul sebati.
  4. masukkan bahan kering (tepung etc) secara selang seli dgn bahan basah (buttermilk & air).
  5. akhir sekali masukkan vanilla dan pukul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar 30minit (saya bakar 40min)
the cream cheese layer
bahan2:
  • 250g cream cheese
  • 125g butter
  • 1cwn gula aising
  • 1sdk esen vanilla
  • sedikit lemon juice (tak letak)
  1. pukul cheese dan butter hingga creamy.
  2. masukkan gula dan vanilla dan pukul sebati.
the ganache
bahan2:
  • 200ml double cream
  • 250g dark chocolate
  • secubit garam
  1. panaskan cream dgn cara double boil hingga agak2 nak didih.
  2. masukkan coklat dan garam dan kacau hingga coklat cair.
  3. tutup api dan kacau hingga adunan betul2 sebati.
the assembly
  1. tunggu hingga kek sejuk baru sapu cream cheese dan tuang ganache keatas layer cheese.
nota:
the cream cheese portion agak banyak.. makanya.. separuh adunan dah cukup utk sebiji kek.


moist choc cake
bahan2:
  • 1cwn tepung
  • 1/3cwn serbuk koko
  • 1sdk baking soda
  • 1/4sdk garam
  • 1cwn gula castor
  • 1/2cwn minyak jagung 
  • 1biji telur
  • 1sdk vanilla
  • 1/2cwn buttermilk
  • 1/2cwn air panas
  • 1/4cwn susu pekat (tambah ikut hana)
tatacara:
  1. panaskan oven 160C dan gris loyang (saya guna loyang 8inci).
  2. ayak tepung, soda dan garam. ketepikan.
  3. pukul gula dan minyak. masukkan telur. kacau.
  4. masukkan serbuk koko. masukkan buttermilk. kacau.
  5. masukkan air panas dan esen vanilla.
  6. akhir sekali masukkan tepung dan gaul sebati.
  7. tuang kedalam loyang dan bakar 30-35minit.
nota:
  • saya guna tatacara spt buat devils food choc cake. selang seli masuk bahan kering & bahan basah. 
  • saya cuba bakar guna kaedah bain-marie (lebih kurang steam jugak) dan bakar selama 45minit. alhamdulillah.. jadi molek kek tu.
  • ada lebihan cream cheese & ganache sikit so, saya curah atas moist choc cake ni.. 
verdict:
moist choc cake memang sgt moist! 
bila topup dgn cream cheese & ganache.. 
mak aii.. slrrppp.. tak sabaq rasa nk balik rumah
sbb nak makan lagi dan lagi dan lagiiiiiiiii....
nyamm.. nyamm..!

No comments:

Related Posts with Thumbnails