Sunday, October 31, 2010

orange poppy seed cake

resepi ini diambil dari paper thestar
ada jugak posting online dalam kuali.com
lain daripada yang lain..
kek oren tapi ada susu.. dan ground almond+poppy seed

ramai yang tanya.. kek buah naga ka ni? :p

bahan2:
  • 50g poppy seed <-- saya kurangkan ke 30g (itupun dah rasa byk sgt2!)
  • 60ml susu segar
  • 185g unsalted butter
  • 225g gula castor <-- saya kurangkan ke 180g
  • 1tbs parutan kulit oren
  • 3biji telur
  • 175g tepung naik sendiri, diayak
  • 50g tepung gandum, diayak
  • 50g ground almond
  • 100ml perahan oren jus
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C dan gris loyang bundt (loyang 8inci pun boleh).
  2. rendam poppy seed dalam susu dan biar 20minit.
  3. pukul butter dengan gula dan parutan kulit oren hingga kembang dan gebu.
  4. masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati.
  5. masukkan tepung yang telah diayak, selang seli dengan susu+poppy seed dan jus oren. pukul sebati.
  6. tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 50minit.
  7. sementara kek masak, sediakan sirap oren..
sirap oren:
  • 3tbs gula castor
  • 3/4cwn air
  • 1kuntum bunga cengkih
  • 1tbs parutan kulit oren
  • 1tbs parutan kulit lemon <-- saya tak letak
  • 3tbs perahan jus oren
  1. masak gula bersama air dan parutan kulit oren dan lemon dan bunga cengkih hingga mendidih.
  2. masukkan jus oren dan biar hingga didih sekali lagi hingga larutan agak likat.
  3. tuang keatas kek yang telah dimasak.
verdict:
lembut. crunchy. yummy.
^_^

No comments:

Related Posts with Thumbnails