Wednesday, October 6, 2010

banana walnut chiffon cake

pisang dah masuk freezer sejak sblm raya
keluar masuk freezer ada dalam 3kali
asal2 nak buat puding/ talam
tapi asik tak berkesempatan!
sampai takdak hati & perasaan nak buat










semalam godek2 resepi pisang..
tak jumpa yang betul2 menambat hati
tapi bila jumpa resepi banana chiffon cake
yes! semangat melonjak2!
sebab si anak dara ada minta buatkan chiffon cake
dan pisang itu harus dikorbankan segera!










resepi dari blog tested&tasted

bahan2:
(A)
  • 4biji kuning telur
  • 40g gula castor
  • 1/4sdk garam
  • 50g minyak <-- saya guna minyak jagung
  • 150g pisang hancur (mashed banana)
(B)
  • 120g tepung kek
  • 1/2sdk baking powder
  • 1/8sdk baking soda
(C)
  • 4biji putih telur
  • 1/2sdk cream of tartar
  • 40g gula castor
40g toasted walnut (optional)

tatacara:
  1. ayak bahan (B) dan ketepikan.
  2. whisk kuning telur dan gula hingga gula larut. masukkan garam, minyak dan pisang hancur dan gaul sebati.
  3. kaupbalikkan bahan (B) kedalam mangkuk adunan (A).
  4. panaskan oven ke suhu 170C.
  5. pukul putih telur hingga berbuih2 dan masukkan cream of tartar. masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga puncak keras (stiff peak) terbentuk.
  6. kaupbalikkan 1/3adunan putih telur kedalam adunan kuning telur tadi.
  7. dah sebati, sambung lagi 1/3 adunan dan seterusnya sehingga habis.
  8. masukkan walnut dan gaul sebati <-- saya tak buat sbb si anak dara tak suka kacang
  9. tuang adunan kedalam loyang <-- saya tabur walnut atas loyang
  10. bakar selama 40minit
  11. dah siap dibakar, keluarkan loyang dan tonggengkan loyang tersebut
  12. dah sejuk baru sisip pisau dicelah2 loyang utk mengeluarkan kek
verdict:
lembut.. & moist!

3 comments:

DG said...

Saya paling senang ama kek chiffon. Lihat cantik & gebunya banana chiffon ini, saya jadi pengen makan lagi :D

bitsANDpieces said...

kak, try lah buat red velvet cake. kalau menjadi, pls share recipe disini. rasanya yg penting cream cheese frosting tuh kena sedap kan? kek tuh agak mudah rasanya

mrs plain-june said...

>DG. setuju! i have listed to-do chiffon-ckae frm your blog ;) thanks for sharing ya..

>b&p. dearie.. akak dah 3x buat dah. the cake itself sgt lembut dan sedap.. and pairing with cream cheese frosting makes it the most fantabulous cake! ce tgk sini: http://junotdbaker.blogspot.com/2010/01/red-velvet-cake.html & http://junotdbaker.blogspot.com/2010/07/red-velvet-cake-upon-request.html

Related Posts with Thumbnails