Thursday, October 7, 2010

italian hazelnut cake

kek ni langsung tak guna tepung!
maka.. saya mengimaginasinya..
maybe it's like choc torte with almond ground
tapi hasil mahsulnya..
beza! sungguh berbeza..
kek ni sangat2 lembut dan manja!
nyaris patah masa saya transfer ke pinggan
saspen sungguh!
:-s

resepi dari dailydelicious
(sila rujuk blog tersebut utk cara2 pembuatan yg lebih terperinci)

bahan2:
  • 200g hazelnut (yg masih ada kulit)
  • 1sdk baking powder
  • 50g dark chocolate
  • 100g butter, dilembutkan (pada suhu bilik)
  • 5biji telur, diasingkan
  • 175g gula castor <-- saya patut kurangkan 150g :(
  • 1sdk vanilla
  • secubit garam
tatacara:
  1. gris loyang springform dengan butter dan lapik dgn kertas.
  2. panaskan oven ke 170C
  3. dalam food processor, grind hazelnut bersama2 baking powder dan dark coklat hingga halus.
  4. masukkan butter dan gaul sebati.
  5. dalam mangkuk berasingan, pukul kuning telur bersama gula hingga berwarna pucat dan 'moussey'.
  6. masukkan adunan hazelnut kedalam kuning telur. masukkan vanilla. gaul sebati.
  7. pukul putih telur bersama garam hingga terbentuk puncak keras (stiff peak).
  8. kaupbalikkan putih telur sediki demi sedikit (dalam 3kali) kedalam adunan kuning telur.
  9. tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 55-70minit atau sehingga lidi dicucuk keluar bersih (saya guna loyang 9inci, bakar 60minit)
tis. is a birthday cake.
so, i made a frosting..
a nutella frosting to go with tis hazelnut cake.











resepi dari sini (dibawah adalah separuh resepi):
  • 1/2cwn gula aising 
  • 1/2cwn nutella
  • 38g butter, lembut
  • 1/2sdk vanilla
  • 1/6cwn heavy cream/ susu
  1. pukul 4 bahan pertama hingga gebu. masukkan heavy cream dan pukul sebati hingga kembang.
verdict:
memang kek lembut tapi sangat manis!!!!!!!!!!!! manis melompat2!
frosting asal pun manis jugak!
jadi, saya tambah 1/6cwn cream & 1sdk serbuk koko
and yes! it taste like a nutella cake. even without the nutella frosting.
nutella = sedap ;)


No comments:

Related Posts with Thumbnails