Friday, October 29, 2010

peanut butter cheesecake

dah lama mencari resepi ni..
hairan jugak.. bukan peminat sejati peanut butter
tapi tekak ni teringin sangat2 nak rasa..
peanut butter + cream cheese. hmm...
lemak berkrim-kah?
lemak memuakkan-kah?
yang pasti lemak2 terkumpul-lah!

sebelum ni jumpa di tempat lain
2hari lepas jumpa di tempat lain pulak
yang baru jumpa looks promising!

buat sempena besdey opismate..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU KAKPAH!!
dan sempena kenduri kesyukuran boss nk pergi haji
(eh! takdak orang baca doa kesyukuran pun tadi??)


tapau utk kak mari - ini ja yg sempat posing

sumber: adaptasi dari blogchef.net
bahan2:
  • 2cwn biskut digestive+oreo, dihancurkan 
  • 1/4cwn butter, dicairkan
  • 2ketul 250g cream cheese
  • 1cwn gula perang
  • 4biji telur
  • 1sdk esen vanilla
  • 1/2cwn whipping cream
  • 1cwn peanut butter 
  • 6 ketul Reese's peanut butter cups, dipotong kecil
tatacara:
  1. gris loyang springform 9inci dan panaskan oven 150C
  2. sediakan base: gaul biskut hancur bersama butter cair dan tekan pada dasar loyang hingga naik ketepi.
  3. simpan loyang dalam freezer sementara buat filling.
  4. filling: pukul cream cheese hingga lembut. tambah gula dan pukul sebati.
  5. masukkan telur sebiji demi sebiji. masukkan esen vanilla.
  6. masukkan whipping cream & peanut butter dan pukul pada kelajuan perlahan
  7. kaupbalikkan Reese's peanut buttercups dan tuang kedalam loyang
  8. bakar selama 1jam15minit.
  9. sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 6jam sebelum dihidangkan.
nota:
topping boleh letak coklat+whipping cream atau sourcream+gula
saya rasa kalau bakar dulu base tu lebih crunchy..


verdict:
uiii.. sedap betul kek yg lemak berkrim ni. 
tak rasa muak sangat.. mungkin sbb ada coklat Reese's kot?

hanya terdapat di cold storage!

coklat Reese'e butter cups tu tak pernah jumpa pun kat Malaysia sebelum ni..
kalau dah kat kl takdak.. sah2 kat kangar pun takdak :p
tapi semalam masa pergi repair spec anak teruna..
sempat merayap ke cold storage.. di wangsawalk
sukahati sungguh bila jumpa ceklat ni!
tapi kalau dimakan begitu saja.. 
aiiih.. tekak cek xleh terima!
camtula jugak dgn peanut butter..
dah tak minat tu kan.. :p
tapi ciskek peanut butter suka la pulak!

2 comments:

moksudah said...

kju!
nampak sedap sungguh... kena try nih

Unknown said...

sila sila.. kot rasa xleh nak abih pos p opis lama anda ;) konfem laku!!

Related Posts with Thumbnails