Tuesday, November 2, 2010

the black beast

sungguh ganas lagi mengganaskan tajuk itu!
orang peranchis sebut: la bete noire

asal-asalan mencari resepi flourless chocolate cake
akhir-akhiran resepi ini yang dijumpai

sebelum ni pernah buat flourless chocolate cake
tapi masih ada sedikit tepung.. ataupun diganti ground almond
resepi yang satu ini.. langsung tak guna tepung atau yang sewaktu dengannya
tatacara pun sangat berbeza

u. r. beautiful!
ok. simpan mixer.
keluarkan saucepan/ periuk dan whisker.

sumber: epicurious
bahan2:
  • 1cwn air
  • 3/4cwn gula <-- saya kurangkan 1sdb (sekadar nak sedapkan hati :p)
  • 135g butter (kalau guna unsalted sila tambah 1/4sdk garam)
  • 510g dark chocolate
  • 6biji telur
  • 2tsp serbuk kopi <-- optional, saya tambah sendiri
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan gris loyang springform dan balut dengan aluminium foil, 3lapis.
  2. masak gula dengan air hingga didih. ketepikan dan biar sejuk dulu.
  3. cairkan butter dalam periuk dengan api kecil (dah cair tutup api). masukkan coklat yg telah dipotong kecil dan whisk sebati.
  4. masukkan air gula tadi kedalam periuk dan whisk sebati. sejukkan sekejap.
  5. masukkan kesemua telur (pukul dulu sikit telur tu) dan gaul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar secara bain-marie (letak loyang dalam bekas berisi air panas) selama 50minit atau hingga bahagian tengah kek tak gerak2 (jiggly) bila loyang diusik.
ganache:
  • 1cwn whiping cream
  • 8oz dark chocolate
  • 1tsp serbuk kopi+1sdb glucose syrup <-- optional, tambah sendiri
  1. didihkan sekejap (cuma buih2 dipinggir periuk) whipping cream dalam periuk. tutup api.
  2. masukkan coklat yg dah dipotong kecil2. kacau sebati.
  3. tuang keatas kek yang dah sejuk.
  4. sejukkan dalam peti sekurang-kurangnya 2jam sebelum dijamu. lagi lama lagi sedap!
  5. hidang bersama2 dengan whipped cream atau ice cream (vanilla is most suitable flavor).
simply to die for!
verdict:
really satisfying the chocoholic in me!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails