Friday, November 26, 2010

cucoq cheese

sukasuki je bagi nama :p
yang sebenar-benarnya..
nama resepi ni = EASY BRAZILIAN CHEESE BREAD

saya memang pantang nampak resepi bertajuk EASY
mula menggelepar menggeletar kepala lutut nk cuba try
dasar pemalas! hahaha..

anyway, resepi ni memang sangat sangat sangat senang!
tapi kena pergi beli tepung ubi dulu ;)
cara buat ala2 popovers.. blend semua skaliharung..

just out from the oven.. bakpe ye naik senget2 gitu ek?

bahan2:
  • 1biji telur (suhu bilik)
  • 1/3cwn minyak zaitun <-- saya guna minyak jagung
  • 2/3cwn susu
  • 1 1/2cwn tepung ubi
  • 1/2cwn cheese parut <-- saya guna shredded cheddar + serbuk parmesan sikit
  • 1sdk garam
tatacara:
  1. panaskan oven 200C dan gris loyang mini muffin.
  2. masukkan semua bahan2 kedalam blender dan blend hingga hancur sebati (adunan boleh disimpan dalam fridge hingga 1minggu).
  3. tuang kedalam loyang dan bakar 15-20minit. 
i heart u cucoq cheese!

verdict:
memang macam cucoq cheese.. 
sedap! satu kelainan dari kebiasaan..
tapi sebab tekak melayu.. 
nak kena cicah jugak baru puas makan ;) 

second trial.. (the next day) naik gebush!

No comments:

Related Posts with Thumbnails