Tuesday, November 9, 2010

baked spaghetti

dah lama tak buat spaghetti.. terutama sekali spaghetti bakar
kebetulan jumpa resepi yang lain drp yang biasa dibuat..
nak cubalah!

sikecik geram tengok cheese tu timbul2..
sumber: blogchef.net
bahan2:
  • 1peket spaghetti,
  • 1/2kg daging hancur
  • 1biji bawang besar, dipotong dadu kecil2
  • 1tin sos spaghetti (saya guna kimball - botol kecik)
  • 1/2tsp garam (saya tambah 1tsp)
  • 5tbs butter, dicairkan
  • 2biji telur
  • 1/3cwn parmesan cheese
  • 2cwn cottage cheese
  • 4cwn mozarella cheese, diparut
tatacara:
  1. masak spaghetti mengikut arahan pada peket.
  2. sementara itu, masak bawang bersama daging hancur hingga daging tidak lagi kelihatan pinkish. tapis keluar air dan masukkan sos spaghetti. masukkan garam dan gaul sebati.
  3. cairkan butter dalam peiuk sedang. tutup api dan masukkan parmesan cheese dan telur. masukkan spaghetti kedalam adunan butter dan gaul sebati. <-- part ni ja yang lain ;)
  4. panaskan oven ke 175C dan gris loyang 9x13inci (saya guna 2 gratin dish).
  5. tuang separuh adunan spaghetti kedalam loyang. lapis dengan separuh cottage cheese, separuh sos daging dan separuh mozarella cheese.
  6. ulang kesemua layer sekali lagi. tinggalkan sedkit mozarella cheese. tutup bekas dengan aluminium foil dan bakar 40minit.
  7. selepas 40minit, tabur baki mozarella cheese dan sambung bakar lagi 20minit.
tabur parmesan cheese dulu sebelum makan..
nota:
saya buat separuh adunan dan cuma guna cheese slice (itu saja yg ada di UO ~ PKM is way much more stocked up!) utk layer in between. no mozarella, no cottage cheese. lapisan atas saya tabur shredded cheddar cheese yg tak sampai suku plastik pun :(
dan.. penerusan pembakaran selama 20minit juga diabaikan akibat ketiadaan cheese yang bersesuaian..

verdict:
4beradik tu suka tapi hanya boleh habiskan 1 gratin dish..
baki lagi 1 bekas buat bekalan hari tua :p

gambar hiasan menunjukkan betapa berselera sikecik ni makan - belemoih!!
tangisan itu disebabkan ibunya telah merampas lip gloss dari tangannya..
see her lips? kalah angelina jolie!

No comments:

Related Posts with Thumbnails