Thursday, November 11, 2010

mandarin orange trifle

jumpa baki adunan creamcheese dalam peti ais..
(entah zaman bila punya.. mujur masih elok!)
jumpa kek (madeleine) yang belum habis dalam peti ais..
(madeleine harus dimakan terus.. bila simpan tak best!)
jumpa satu tin mandarin orange dalam kabinet
(rasanya beli awal tahun utk buat tart)


TING!

time for trifle!
;)

the layers: kek-kastad-oren-creamcheese
tabur kaler2 tu konon nampak lawa..
lapisan bawah:
kek (madeleine) atau apa2 jenis kek
  • kek dipotong sukahati dan dibasahkan dengan air dari mandarin orange dalam tin.

lapisan tengah:
kuah kastad
  • 4tbs tepung kastad
  • 1/2cwn air panas
  • 1cwn susu
  • 3sdb gula
  1. campurkan kastad dgn air panas dan kacau sebati. ketepikan dulu.
  2. masak susu dengan gula hingga agak didih.
  3. masukkan kastad kedalam susu dan kacau hingga likat dengan api kecil.
  4. tuang adunan kastad keatas lapisan kek dan sejukkan dalam peti ais sekejap.


lapisan atas:
mandarin orange
  • tapis keluar air dalam tin (air digunakan untuk basahkan kek tadi) 
  • susun sukahati atas kastad yang dah sejuk sikit (kalau kastad masih cair, oren akan tenggelam)

lapisan paling atas:
cream cheese
  • 250g cream cheese
  • 1cwn gula aising
  • 1/2cwn heavy cream <-- optional, saya tak letak tapi lagi sedap kalau letak
  1. pukul cream cheese dengan gula hingga lembut dan sebati.
  2. masukkan heavy cream dan pukul sebati.
  3. tuang ke atas lapisan buah oren.

optional 1: lapisan cream cheese boleh ganti dengan whipping cream atau heavy cream yang dipukul bersama gula hingga kembang.

optional2: kalau guna peach dalam tin ganti oren lagi sedap!!

optional3: tabur chocolate rice atau kekacang hancur atau bijik kecik kaler2 atas lapisan cream cheese.


verdict:
rasa masam2 buah oren memang sesuai jadi pencuci mulut lepas makan kari mamak :p

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

mcmana aku boleh tak perasan blog nih?!
hauahuahuha
kak,kedai tu kat area pasar borong selayang jer...
nak kirim boleh tapi itulah..daku nak bwk naik ape?!
ahahahhaa...

mrs plain-june said...

ok. noted. tp sgt malas nk g area situ. huhuhu..

Related Posts with Thumbnails