Sunday, November 14, 2010

apam traffic light

resepi asal adalah apam mekar..
anak teruna kecik belek2 gambar dalam kamera
disuruhnya umminya buat apam mekar tak jadi lagi..

sementara tunggu abang&kakaknya selesai kelas renang..
sementara tunggu nak keluar lunch beramai-ramai..
ummi yg kebosanan pun buatlah apam traffic light ni:


tu dia kaler! lip lap lip lap! hehe..



sumber: hanieliza
Bahan2:
  • 250 gm gula <-- saya letak 230g
  • 2 biji telur
  • 1 s/k esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 s.k ovallate
  • pewarna merah dan hijau <-- saya tambah warna kuning
  • acuan kertas
Cara2:

  1. Panaskan kukusan
  2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
  5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
  6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
  7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
  8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
  9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit.
  10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

nota:
rasanya.. kalau nak apam ni mekar molek.. memang kena guna acuan apam yang lubang2 tu..
saya guna acuan mini muffin.. memang apam tu takmau senyum langsung! sebabnya.. stim yang sampai tak cukup... rasanyalah!

3 comments:

DG said...

What a cute name you gave? LOL ... Nice colour combination and the apam look very soft. What a coincidence, I also made colourful cake yesterday, will post it soon :)

mrs plain-june said...

thanks for dropping by DG! yep! its sure very soft.. thanks to the ovalatte ;)
cant wait to see yr colourful cake!!

zarin said...

wow! cantiknya color apam tu...my dotter pun suka apam kaler2 mcm gini ;-)
anyway, salam kenal ;-)

Related Posts with Thumbnails