Thursday, April 22, 2010

m&m button brownies



specially dedicated for luqman
no-lah.. not my luqman..
tapi luqman nur-hakim..
anak cik-chibi yg sgt ensem tu!!

resepi ini saya ambil dari amazingmom.com

kali pertama saya buat guna walnut.. sesuai utk org dewasa..
m&m nih lebih sesuai utk kanak2 & org dewasa yg suka coklat (macam saya :p)

peralatan: bekas pembakar muffin (mini), mangkuk besar, mangkuk kecil, sudu kayu, whisker
tahap: senang-sederhana
masa: penyediaan - dalam link diatas tulis 10minit tapi saya yg amatur ni ambil masa 30minit, pembakaran - 15minit

bahan2:
  • 6sdb serbuk koko
  • 6sdb butter - suhu bilik
  • 1/2cwn coklat masakan <-- saya guna beryls
  • 1/2cwn gula perang
  • 2biji telur gred A
  • 2/3cwn tepung <-- silalah beli cawan yg ada sukatan ye..
  • 1/2sdk baking powder (bp)
  • 1/2sdk baking soda (bs)
  • secubit garam <-- x perlu banyak sbb saya guna butter biasa yg sedia bergaram)
  • 1/2cwn M&M <-- saya hancurkan sikit (belah 2) + extra utk topping (yg topping x payah belah :p)
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan gris loyang pembakar
  2. gaulkan tepung, bp, bs & garam dalam mangkuk kecil dengan menggunakan whisker (atau garfu asli)
  3. coklat masakan dan butter dicairkan bersama2 dalam microwave (dalam 40s)
  4. masukkan coklat dan butter yang telah cair kedalam mangkuk besar. dengan menggunakan sudu kayu, gaulkan bersama2 dgn serbuk koko dan gula. kacau sebati.
  5. tambah esen vanilla dan telur. kacau sebati
  6. tambah adunan tepung tadi dan gaul sebati
  7. tambah m&m dan gaul sebati (banyaknya perkataan sebati!)
  8. sendukkan kedalam loyang/ acuan
  9. tindik seketul m&m keatas setiap err.. adunan kecil?
  10. bakar selama 15minit
verdict:
memang kegemaran kanak2!! tidak syak lagi!

oh! harap2 luqman ensem suke! ;)


blueberry cake ~ a birthday cake



saya buat kek ni semalam..
pagi tadi baru buat frosting..
sampai menjilat jari! (bukan jilat kek aa..)
sampai batal puasa saya! huhuhu..

tengah2 kek tu saya letak adunan blueberry dan fresh cream
hiasan atas tu ish.. hopeless sungguh!
macam gelenyarr jah!
harap2 adik saya tak kesah.. huhuhu..

resepi kek dicedok dari allrecipes.com
yang saya dah pernah cuba buat sebelum ni..
yang telah menghasilkan gunung berapi meletup!
:p

kali ni frosting saya guna non-dairy whip topping
(rasanya orang sebut juga sebagai fresh cream.. saya kurang arif)
ilmu dari kelas chef noraini @anizbakingcenter
barulah saya tahu.. yang mana satu topping yang digunakan utk kek
celik mata dah sikit ;) alhamdulillah..

tapi saya tak pukul sampai dia betul2 kembang..
sebab mixer yang cinoni perlukan masa ~ 30min
dan saya kesuntukan masa!!

tapi saya suka!!!
sebab rasa mcm dah boleh kontrol tangan pipe bunga keliling kek tu..
kebiasaan saya dengar.. orang sebut rosette..
saya buat bunga hantam-sajala-labu-janji ada bentuk
:p

Tuesday, April 20, 2010

chocolate chip cookies ruth wakefield

usai solat saya terus kedapur
dengan resepi choc.chip cookies dari joepastry.com

sebelum ni dah pernah cuba resepi bettycrocker
resepi kali ni adalah resepi asli chocolate chip
yang dicipta oleh ruth wakefield pada tahun 1930
wow! its been 80years!!
agak2 resepi bolu tok nenek kita dulu2..
mungkin lebih kurang tu jugak usianya kan??
entah2 lagi tua!
cuma takdak rekod siapa orang pertama cipta..
pentingkah? perlukah?

lari tajuk pulak :p

saya menseparuhkan resepi asal
sekadar nak mencuba..
maka, kadar timbangan dan ukuran agak kurang tepat..
jenuh jugak mengira.. 2 1/4 cup kalau diseparuhkan jadi berapa ya?



resepi di bawah adalah resepi asal yang saya rasa pasti akan jadi!
yang saya buat.. kurang tepat maka.. rasanya macam kurang jadi..

peralatan: dulang pembakar biskut, mangkuk besar, mangkuk kecil, sudu kayu, whisker telur
tahap: senang-sederhana (tak pernah buat yang susah pun :p)
masa: 45minit (masa orang yg pro mungkin dalam 30minit?)

bahan2:
  • 2 1/4cwn tepung
  • 1sdk baking soda
  • 1sdk garam
  • 1cwn ~ 225g butter - suhu bilik
  • 3/4cwn gula perang
  • 3/4cwn gula castor
  • 1tsp esen vanilla
  • 2 telur gred A
  • 2cwn chocolate chip
  • 1cwn kacang yang dihancurkan <-- saya letak almond nibs
tatacara:
saya ikut tatacara bagi mendapatkan cookies yg nipis & crispy dari joepastry.com
  1. panaskan oven ke 175C
  2. gaulkan tepung, soda dan garam dalam mangkuk kecil dengan whisker. guna tangan pun boleh!
  3. dalam mangkuk besar, gaul sebati butter, gula perang dan gula castor menggunakan sudu kayu.
  4. tambah telur satu per satu. tambah esen vanilla.
  5. masukkan adunan tepung kedalam adunan butter dan kacau sebati.
  6. tambah chocolate chip dan kacang. kacau sebati.
  7. guna 2 sudu.. sudukan ke atas dulang pembakar.
  8. bakar selama 15 min. saya tambah extra 5minit = 20minit. baru crispy molek.
nota:
adunan agak lembut.. mungkin sebab suhu dalam rumah yg sangat panas??
kalau masuk peti ais dulu.. barang 1jam.. memang akan lebih rangup!!
tak percaya? cubalah!

verdict:
sebenarnya ada 2 versi.. versi yang dibakar terus, feveret nuha (kurang crispy)
versi kedua.. sangat rangup! disimpan dalam petisejuk semalaman (asal2 nak simpan 1jam tapi tertidur!), feveret luqman dan muaz!


simple tiramisu

saya buat tiramisu semalam..
sementara tunggu masa berbuka..
tapi dalam keadaan yang agak kalut..
dan over-confident!
sabaq ja la..
:(

kenapa over-confident?
sebab konon2 dah hafal bahan2 & steps..

pagi tadi saya potong tiramisu tu
untuk ambil gambar (dan ngap skali :p)
saya hairan.. kenapa tiramisu saya rasa cheesy sangat?
cheesy cream cheese.. bukanlah cheesy parmesan macam pizza tu..
barulah terlintas nak belek semula resepi..

waduh!! silap lagik!!
huhuhuhuhu..

kenapa saya boleh over confident?
sebab sangat senang! eksyennya!!! :(
dan juga dalam kepala sebenarnya dah set nk cuba resepi lain..
maka berlakulah kekeliruan dalam kepala nih

tapi bolehla nk makan.. boleh tahan jugak rasanya..
cuma tak boleh makan banyakla..
sebab cepat muak..
mana taknya..
resepi tulis heavy cream..
saya ganti dengan cream cheese!
tambah pulak memang dah ada mascarpone cheese!
huwaaarghhhhhhh!!!!!!!!!!


hasil potongan pertama. biskut tu meriah dengan kopi!


biskut yang ni malas mandi kopi :p
sila abaikan pinggan yang berlemoih itu

resepi dibawah ni adalah resepi yang betul..
yang saya tengok dalam bakingbites.com

peralatan: bekas yang agak dalam bersaiz 8x8 (saya guna pyrex mak saya ;)) & hand mixer
tahap: senang sangat2!
masa: tak sampai 30minit dah siap kemas tapi kena tunggu esok pagi baru boleh makan

bahan2:
  • 20ketul biskut savoiardi (separuh peket - 1 peket ada 40rasanya)
  • 1cwn atau lebih kopi pekat (saya campur 2sdb kopi hangtuah dengan 1/4 cwn air panas dan 1cawan air suam)
  • 250gm mascarpone cheese
  • 1cwn heavy cream <-- cemanala saya boleh baca cream cheese? mind trick nih!
  • 1/2cwn gula aising
  • 2tsp esen vanilla
  • serbuk koko secukupnya

tatacara:

  1. masukkan heavy cream, mascarpone cheese dan gula aising kedalam mixer. pukul sehingga betul2 sebati dan bila celup jari ada puncak (macam pelik ja ayat ni?)
  2. sementara tu, sediakan kopi. tuang kopi dalam mangkuk leper supaya senang nk mencelup biskut yang panjang tu.
  3. dah boleh mula susun: celup dan golek2 biskut kedalam kopi dalam 2-3 saat (kalau lama biskut akan lembik) dan terus susun dalam bekas. buat sampai penuh bekas (1layer saja)
  4. sapu adunan cheese tadi keatas biskut sampai rata.
  5. tabur serbuk koko (guna penapis teh/kopi dan ketuk2 sikit -- tak guna pun takpa tapi serbuk koko yang jatuh akan jadi tebal dan tak sekata)
  6. ulang langkah 3 hingga 5. biskut celup & susun 1 layer - cheese - serbuk koko.
  7. cover bekas dengan plastik (clingwrap) dan simpan dalam peti sejuk semalaman.

verdict:

walaupun salah bahan.. sedap jugek! kira macam cipta resepi barulah ni :p

nota:
kalau nak guna kek span pun boleh.. biasanya orang guna kek span kopi. tak perlu celup kopi dah.. nak celup pun boleh.. terpulang pada chef. tapi kalau yang jual kat kedai rasanya tak celup dah.. ish! tak pasti la..

kalau nak guna bekas besar yang panjang macam dalam resepi lama ni pun boleh.. tapi layer cheese akan jadi nipis sikit..

update:
saya dah cuba buat ikut resepi asal..
250gm mascarpone cheese + 1cup heavy cream
kemuakan sedikit berkurangan..
membuatkan tiramisu itu
sangat sedappppp!!!!!!!!!!!
3potong pun x cukup2 :p
naik lagila tahap kolestrol ku
:(

Saturday, April 17, 2010

banana sour cream cake



kek pisang lagi!!!

saya harus menggunakan sour cream yang telah lama dibeli..
saya dah lupa tujuan asal beli sour cream tersebut
tengok2 dah overdue!!
tp berdasarkan pengalaman lampau..
sour cream yang overdue 2 atau 3 hari sebenarnya masih elok

kebetulan pula encik suami beli pisang (lagi)
dan pisang emas kali ini.. sangatlah tua! (baca:kuning & hampir lebam)
saya kupas kulit pisang dan simpan dalam tupperware.. dan masukkan kedalam freezer
bila sampai masa nak guna, keluarkan dari freezer dan letakkan dalam chiller (fridge bawah)
dah lembut baru lenyek2..


lebih kurang macam ini gaya rupa pisang yang cik abe tu beli :p
pic credit

resepi kali ni saya search perkataan: banana sour cream cake
macam2 ada!!
tapi kesemuanya hampir lebih kurang saja..

saya buat versi sendiri tapi cuma sedikit saja olahannya..
yang lain2 ikut seperti dalam topsyturvymum

peralatan: bekas pembakar 4segisama 8x8 atau bulat 8inci, mixer, 1mangkuk kecil, 1mangkuk sederhana, spatula
tahap: senang-sederhana

bahan2:
  • 1/2cwn butter (115g)
  • 1cwn gula castor
  • 1sdk esen vanilla
  • 2biji telur
  • 1cwn pisang yang telah dilecek (pisang emas dalam 7biji yg comel2)
  • 1/3cwn sour cream <-- saya guna 1cawan - kes nak habiskan terus sour cream yang overdue
  • 2cwn tepung naik sendiri
  • 1/4sdk soda bikarbonat
  • 1/2cwn walnut <-- saya letak 1cwn walnut (hiris/potong)
*kalau tak ada tepung naik sendiri boleh guna 2cwn tepung + 1tsp baking powder + 1sdk soda +1/4sdk garam (kalau guna unsalted butter, lebihkan garam ke 3/4sdk)

tatacara:

  1. panaskan ketuhar ke 175C dan gris loyang dengan butter.
  2. lecek pisang dalam mangkuk kecil
  3. campurkan tepung dan soda dalam mangkuk sederhana
  4. pukul butter dan gula dalam mixer sehingga gebu. tambahkan telur satu demi satu. tambah esen vanilla
  5. campurkan separuh pisang dan separuh sour cream kedalam tepung dan gaul (gitu2 aja) kemudian masukkan kedalam mixer dan putar sebati <-- penggaulan tepung dengan pisang & sour cream adalah utk mengelakkan debu2 tepung berterbangan ketika dituang kedalam mixer. dan memastikan kesemua adunan betul2 sebati (ataupun masukkan secara selang seli.. tepung-sour cream+pisang-tepung. pun boleh juga..)
  6. campurkan baki sour cream dan pisang tadi.
  7. masukkan walnut dan gaul sebati
  8. tuang kedalam loyang dan bakar selama 1jam 10min atau sehingga lidi yang dicucuk kedalam kek keluar bersih.
*topsyturvymum buat ganache. nampak sangat menarik! saya tak buat sebab nk bagi anak kecik makan.. (boleh terima alasan tu? :p)

verdict:

antara kek pisang yang paling saya suka! tak rasa sangat macam yang dijual dikedai (ringan dan rasa soda! huhuhu..) kek yang ini berat & padat tapi tidak terasa sangat kepisangannya.. mungkin disebabkan sour cream yang banyak? sikecik nuha pun suka!

Tuesday, April 13, 2010

stok bahan-bahan mentah

sejak saya mula operasi membakar..
saya selalu buat stok bahan2 mentah
bila terasa nak mencuba resepi
zasss.. x perlu kekedai lagi!
  • tepung (saya selalu beli plain/ all purpose flour)
  • gula castor
  • butter (biasanya: farmcows, luar kebiasaan: anchor)
  • serbuk koko
  • gula perang
  • walnut
  • cooking chocolate (beryls atau coolatta)
  • cream cheese (tatura -- paling murah)
  • susu (full cream)
  • whipping cream (dalam kotak)
  • esen vanilla (saya beli botol besar!! :p)
kalau salah satu bahan diatas susut atau kehabisan..
cepat2 saya singgah ke bagus ;)


kek pisang lembab



saya jumpa resepi kek pisang lembab dari mybakingaddiction
apa yang membuatkan saya teringin sangat nak cuba..
cara pembakaran yang sangat2 berbeza!
dan juga.. buttermilk!!
i just love the magic of buttermilk!
antara kek yang paling sedap yang menggunakan buttermilk
ialah RED VELVET CAKE!

lari dari tajuk pulak
kek pisang ni dibakar pada suhu yang sangat rendah
dan kemudian terus di sejuk-bekukan
pelik! pertama kali jumpa kaedah ni
rasa tak sabar nak cuba
saya telah menseparuhkan resepi asal (pisang x cukup)
dibawah ini adalah resepi yang telah diseparuhkan
peralatan: mengikut separuh resepi, boleh guna bekas pembakar 9inci, mixer, 1 mangkuk kecil, 1 mangkuk sedang.
tahap: senang-sederhana
bahan2:
  • 3/4cwn pisang yang telah dilecek <-- saya guna pisang emas, 6biji
  • 1sdk jus lemon
  • 1 1/2cwn tepung
  • 3/4sdk baking soda
  • 1/8sdk garam (secubit)
  • 85gm butter (suhu bilik)
  • 2biji telur sederhana/ kecil
  • 1cwn gula
  • 1tsp esen vanilla
  • 3/4cwn buttermilk
tatacara:
  1. lecek pisang dalam mangkuk kecil. campurkan jus lemon dan gaul sebati (jus lemon akan mengelakkan pisang jadi lebam).
  2. sediakan buttermilk: 3/4sdb jus lemon dicampur kedalam 3/4cwn susu.
  3. panaskan ketuhar ke 135C dan gris bekas pembakar dgn butter & tabur tepung.
  4. campurkan tepung, baking soda dan garam dalam mangkuk sederhana.
  5. putar butter dan gula dalam mixer. masukkan telur satu per satu. masukkan vanilla.
  6. masukkan tepung dan buttermilk kedalam adunan butter secara selang seli: tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung.
  7. masukkan pisang dan gaul sebati.
  8. tuang dlm bekas pembakar dan bakar selama 45minit atau sehingga lidi yang dicucuk pada kek keluar dengan bersih.
  9. selepas keluar dari ketuhar, terus masukkan ke dalam freezer (sejukbeku) selama 45minit.
  10. selepas itu boleh disimpan didalam chiller.
verdict:
sangat lembab & basah!! tapi sedap!
umpama kek yang dikukus..
macam puding/ bengkang (bingka) pun ya jugak..

tetapi, hanya orang yang suka pisang yang boleh makan kek ini..
sebab sangat terasa ke'pisang'annya..

bos saya, orang bangladesh.. sangat suka kek ni :D
bos sorang lagi siap mintak resepi :p
Related Posts with Thumbnails