Tuesday, May 25, 2010

pineapple carrot quickbread



bila berlaku salahfaham dalam komunikasi
yang disebut tak perlu itulah yang dibeli
maka hasilnya..
carrot bersepah2 dalam peti!!

letih dah rasanya nak buat carrot cake
sebab budak2 tak minat
mak budakla yg kena habiskan :(
tapi takdak cara dah nak habiskan carrot..
kali ni mak budak nak cuba resepi lain skett
sebab carrot cake dah banyak kali buat
(ada yg tak masuk dalam blog)

cari punya cari..
resepi dari allrecipe.com jugak yg menggoda hati
kebetulan memang nak habiskan separuh tin nenas
tapi dah belajar dari kesilapan..
maka saya buat separuh adunan saja
lagipun nenas yg ada mmg cukup utk separuh adunan

peralatan: mixer, mangkuk sedang, whisker, bekas bakar roti 8x4inci
masa: penyediaan ~ 30min (lama sbb grate carrot), pembakaran ~ 55-60min
tahap: senang

bahan2:
  • 1 1/2cwn tepung
  • 1/2sdk garam
  • 1/2sdk soda
  • 1/2sdk serbuk kayu manis (saya tambah jadi 1sdk)
  • 2 biji telur
  • 1cwn gula (saya kurangkan ke 3/4cwn)
  • 3/4cwn minyak sayur/ minyak jagung
  • 1/2cwn carrot (saya tambah jadi 1cwn -- kes nak habiskan carrot)
  • 4oz nenas (saya guna dalam tin & ambil airnya dalam 1sdb)
  • 1sdk esen vanilla
  • 1/2cwn walnut
tatacara:
  1. grate carrot dan potong nenas kecil2.
  2. panaskan oven ke 175C.
  3. gaulkan bahan2 kering: tepung, garam, soda dan serbuk kayu manis dalam mangkuk sedang. gaul sebati guna whisker. pastikan soda betul2 hancur.
  4. pukul telur dan gula dalam mixer. masukkan minyak, carrot, nenas dan esen vanilla. masa ni nak gaul guna spatula pun boleh.
  5. masukkan bahan2 kering kedalam mixer. gaul sebati.
  6. kaupbalikkan walnut kedalam mixer.
  7. tuang kedalam bekas pembakar dan bakar selama 55-60minit.
verdict:
boleh tahan sedap!
nenas+carrot memang gandingan yang mantap!

Sunday, May 23, 2010

strawberry-filling muffins

dah seminggu saya tak membakar
sampai cik abe tegur..
ingatkan this new hobby of yours will last
(dia kecek kelate tp bila tulis kot omputih ni sedap pulak :p)

saya pun kata..
saja nak berehat
dan bagi peluang oven rehat
:p

yang sebenarnya..
saya kesian tengok hummingbird cake
dok tergolek2 dalam peti ais tu..
nak makan sendiri x daya dah!
alhamdulillah..
selepas seminggu bergolek..
abih jugak dia..

pengajaran buat diri sendiri:
halved the recipe pls!
tak gheti2 lagi kerrr??
hehe..

tghari smlm saya dah foresee..
we'll be having late lunch!
makanya.. seawal 1030am saya dah mula operasi
buat muffin utk brunch (brunch ke? walhal dah breakfast roti banjir!)

resepi cedok dari joyofbaking punya blueberry muffins
tapi saya takdak blueberry..
not even frozen ones!
maka saya ganti dengan strawberry filling
yang dah lupa sebab musabab al-tujuan saya beli! :p


rupa yg sememeh x sudah!

peralatan: 2 mangkuk sedang, whisker, spatula plastik, muffin cup
tahap: senang
masa: penyediaan ~ 25-30min, pembakaran ~ 20min.

bahan2:
  • 1cwn plain yogurt
  • 1 biji telur <-- pukul sikit
  • 1/4cwn minyak sayur
  • 1/2sdk esen vanilla
  • 2cwn tepung
  • 1/2cwn gula
  • 1sdk baking powder
  • 1/2sdk baking soda
  • 1/4sdk garam
  • 1cwn stoberi filling <-- joyofbaking guna 100gm blueberries

tatacara:

  1. panaskan oven 190C dan susun muffin cup dalam dulang muffin.
  2. dalam satu mangkuk sedang, gaulkan kesemua bahan basah dengan whisker: yogurt, minyak, telur dan esen vanilla.
  3. dalam mangkuk sedang yang lain, gaulkan kesemua bahan kering: tepung, soda, baking powder, gula dan garam. gaul hingga rata & sebati.
  4. masukkan bahan basah kedalam mangkuk bahan kering (buat macam telaga kat tengah2 tepung tu). gaul sebati guna spatula.
  5. masukkan separuh stoberi filling kedalam adunan dan gaul rata
  6. cedok adunan kedalam muffin cup guna 2sudu besar. (saya masukkan separuh dan layer dengan filling dan masukkan lagi adunan. konon2 ada layer stoberi kat tengah. tapi sememeh ya amat!)
  7. atas muffin tu pun saya letak filling lagi.
  8. bakar selama 15-20minit.
nota:
bahagian menggaul anak2 teruna saya berebut nak buat.. buatlah korang..
bahagian mencedok kedalam cup pun diorang nak buat.. tapi uminya bagi cedok filling je.. itu yg "lawa semacam" je rupa muffin tu :p

saya guna cupcake punya cup.. dapat 18bijik. kalau guna muffin cup yg tinggi/ dalam tu rasanya dapat 12bijik.. sbb resepi kata yields 12pcs.

verdict:
boleh tahan sedap! lembut je.. :)
sikecik pun suka makan.. tak cukup seketul!

eh! rasanya boleh masuk kategori healthy nih! esp kalau guna low fat yogurt ;)

Friday, May 14, 2010

hummingbird cake

entah kenapa..
saya terliur sangat2 tengok kek hummingbird ni
maybe sebab bahan2 dalam kek tu?
pisang+nenas+pecan. slrrrpppp...

mula2 saya jumpa dalam thedailygrind kat bangsar
nope. never been there!
nama kedai tu pun adik saya yg bagitau
sebab dia dok korek2 bakery yg ada jual red velvet cake

bila saya godek further
baru saya tau.. hummingbird cake ni agak glamer
esp in the southern part of america
dalam joyofbaking.com ada cerita panjang lebar ;)



semalam slps isya'..
saya kalut turun kedapur utk bake choc chip cookies
dan buat kek ni!!

resepi saya cedok dari parispastry
tp ada ubah sikit2..

peralatan: 2 mangkuk besar, sudu kayu, whisker, 2 dulang 8inci
tahap: sederhana
masa: penyediaan ~ 30min, pembakaran ~ 30min

bahan2:

  • 3cwn tepung naik sendiri (saya guna 3cwn tepung biasa+1sdt soda+1/2sdt garam)
  • 2cwn gula <-- mungkin boleh dikurangkan kalau pisang dah manis melecas!
  • 1sdt serbuk cinnamon
  • 1/2cwn kacang pecan yg dichop halus2 (saya guna walnut sbb xde stok pecan)
  • 3/4cwn minyak sayur
  • 2cwn pisang yg dilecek <-- resepi asal guna 2biji pisang yg besar
  • 8oz nenas hancur+air <-- saya guna nenas dlm tin & ambil air sikit je.. dalam 2sdb
  • 1 1/2sdt esen vanilla <-- resepi asal letak 1sdt saja
  • 4biji telur yg dipukul sedikit
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C dan gris dulang & lapik dgn kertas minyak (tabur tepung pun boleh)
  2. gaul rata bahan2 kering: tepung, gula & serbuk cinnamon dlm mangkuk besar, menggunakan whisker
  3. gaul bahan2 basah: minyak, pisang, nenas, telur & vanilla dalam mangkuk besar yg lain.
  4. masukkan bahan2 basah kedalam mangkuk bahan2 kering. gaul sebati
  5. masukkan kacang pecan dan gaul sebati lagi
  6. tuang kedalam loyang dan bakar selama 30minit
topping:
  • 8oz cream cheese
  • 1pound gula aising <-- kurangkan!!! manis melompat2!
  • 6sdb butter (1sdb~15gm)
  • 1/2cwn kacang pecan yg dichop halus2
  1. pukul sampai sebati semua bahan2 topping menggunakan mixer.
  2. sapu atas kek sesedap rasa :p


jemput makan!

nota:

kalau air nenas banyak mungkin akan ambil masa lebih.. sebab kek masih basah.. tapi kek yg basah tu yg sedap!!

kebiasaannya kek ini dibuat 2 lapis.. saya buat 1 lapis saja.. jadi, dapat 2biji kek.. sebiji dah jamu kawan2 opis.. lagi sebiji ni nk sedekah kat sapa ya??

verdict:

nyammm.. nyammm...
sungguh lain namun sungguh enak rasanya!

andai diletak kacang pecan..
soheh lagi sedap kot?
kan?

Wednesday, May 12, 2010

oreo brownies

sesiapa yg baru nk cuba2 membakar
silalah buat brownies
anda pasti tak kan kecewa!

mula2 buat brownies..
saya ikut resepi rinnchan
yang ikut resepi matsaleh pun ada
alhamdulillah.. dua2 menjadik
yg rinnchan punya stail cakey
yg matsaleh punya stail fudgy

semalam saya buat oreo brownies
(resepi cedok dari bakingbites.com)


resepi asal guna peppermint oreo
saya x pernah jmpa oreo peppermint kat kl ni

saya cuma buat separuh drp resepi asal
bakingbites rekemen guna 8x8inch square pan
saya rasa lebih sesuai guna 9x9inch
sebab brownies saya agak tebal..
dan saya perlu tambah masa pembakaran
(asal2 35min saja.. akhirnya jadi 50minit!)

peralatan: periuk, mangkuk besi, senduk kayu, loyang pembakar 9inci, aluminium foil
masa: penyediaan ~ 15min, pembakaran ~ 35min
tahap: senang!

aluminium foil digunakan supaya senang utk keluarkan dr baking tin

bahan2:
  • 125g butter
  • 3oz cooking chocolate <-- saya guna beryls dark chocolate
  • 1 1/2cwn gula <-- saya kurangkan 1tbs tp still manis leting!
  • 1sdk vanilla
  • 2biji telur
  • 5/6cwn tepung <-- serius susah nk agak! saya guna 4kali 1/5cup + 1tbs
  • 1/6cwn serbuk koko <-- saya guna 1/5cup - 1tbs
  • secubit garam
  • 1 1/2cwn oreo --> dipatah-patahkan 4 atau 5 atau 6 (dalam 9-10 ketul)
tatacara:
  1. lapik loyang dgn aluminium foil & gris atas foil dgn butter
  2. panaskan oven ke 175C
  3. dalam mangkuk besi yg diletakkan atas periuk berisi air, double boil cooking coklat +butter sampai cair.
  4. masukkan gula dan gaul rata
  5. angkat dari api/ air panas, masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul sebati
  6. masukkan tepung, serbuk kok & garam dan gaul sebati
  7. patah-patahkan oreo terus kedalam adunan tadi dan gaul sebati
  8. tuang ke dalam loyang pembakar, ratakan dan tabur lebihan oreo keatas adunan
  9. bakar selama 35minit
verdict:
memang sgt ooey-gooey-yummy!

Monday, May 10, 2010

weekend project: brownies in cup & a birthday cake



sekolah anak2 saya join vivapalestina charity bazaar
its on last weekend @bangsar shopping center

saya dah janji utk buat brownies..
saya bangun pd pkl 2am
sbb kena hantar ke sekolah on saturday morning
dapat 3 adunan brownies in muffin cup
packing 8pcs in 1pack.. hanya dapat 13pack..

malamnya saya buat lagi 2 adunan.. dapat lagi 9pack
esoknya (sunday) saya pergi hantar terus ke BSC
saturday afternoon, back from packing brownies @school..
saya prepare frosting red velvet cake
utk birthday adik ipar yg dtg jauh dr perlis..

kek dah siap buat jumaat malam..
syahdu je tgk kek tu.. x tinggi mcm sblm ni..
rasa pun x maveles sgt :(
ntah di mana silap saya..
troubleshoot x jumpa2!



the frosting pulak sangat manja!
sapu 1 layer, masuk fridge 20mins..
sapu another layer, masuk lagi another 20mins!
3 round keluar masuk fridge.. berejam jugakla br siap
lepas tu, bila dah tabur manik2 (apa nama benda kaler2 yg bulat2 tu aa??)
manik2 tu tenggelam & jadik x lawa!!
kes frosting lembik!
syahdu!
:(

dan hari ni rasa mcm nk pengsan!
macammana nk amek order jual kue raya nih??
hehe..

update:
tengah clean-up kertas2 resepi yg bersepah2..
baru saya perasan.. saya guna tepung biasa instead of cake flour!!
padanla kek x tinggi.. terlebih tepung, terkurang garam & bp!

btw, saya jmpa red velvet cake jual di bsc
harganya RM94 for 9inch cake!
pergh! mahal berapi!!!

Friday, May 7, 2010

orange chiffon cake



dah lama anak dara saya suruh buat
lemon chiffon cake
umminya saspen x sudah bila tgk resepi yg guna banyak telur
nak2 pulak yg kena pukul asing2
macam serik pun ada.. bila putih telur x kembang

tapi semalam buat jugak
setelah hampir seminggu peram resepi
lebih kurang ja resepinya dgn lemon chiffon
cuma ganti lemon dgn oren
kebetulan oren dah 3mggu tersadai dlm peti es

mula2 saya tak panaskan oven dulu
nak asingkan telur pun terkial2..
dah siap asingkan telur
dah siap parut & perah 1 setengah biji oren yang gemok2
baru saya panaskan oven

resepi dari tasteofhome

peralatan: 2mangkuk besar, mixer, senduk kayu, sudu besi, bekas pembakar bulat yg ada lubang kat tengah (nama apa ntah.. lupa pulak)
tahap: sederhana (bagi saya susah jugak sebenarnya :p)
masa: penyediaan 45min (kalau pro 20min je rasanya), bakar 60min

bahan2:
  • 7biji telur gred A (saya guna 8biji gred sederhana) - asingkan
  • 1/2cwn perahan oren
  • 1/4cwn air
  • 1/2cwn minyak
  • 1sdb parutan oren
  • 2sdk parutan lemon (saya guna oren jugak)
  • 2sdk esen vanilla
  • 2cwn tepung
  • 3sdk baking powder
  • 1 1/2cwn gula (patut dikurangkan sikit..)
  • 1/4sdk garam
  • 1/2sdk cream of tartar

tatacara:

  1. asingkan telur. parut oren & perah ambil jusnya
  2. panaskan oven ke 160C
  3. ayak tepung, baking powder, gula & garam dalam mangkuk besar. buat lubang di tengah2
  4. pukul kuning telur (saya guna mixer) sampai likat & berwarna lemon <-- dalam 5min.
  5. masukkan parutan & jus oren, air, minyak & vanilla. pukul & gaul sebati.
  6. tuang adunan dalam mixer tadi kedalam mangkuk besar berisi tepung. gaul sebati dengan senduk kayu.
  7. dalam mangkuk besar yang berasingan, pukul putih telur sampai berbuih. masukkan cream of tartar dan pukul sampai jadi puncak (stiff peak) atau sampai terbalik bekas pun telur tak jatuh. dalam 5-7min.
  8. kaup-balikkan putih telur kedalam adunan tepung+kuning telur menggunakan sudu besi. saya masukkan dalam 3peringkat. buat sekali dan gaul. dah sebati baru masukkan lagi. sampai 3x.
  9. tuang ke dalam bekas pembakar dan bakar selama 55-60min.
  10. dah keluar oven, tonggengkan bekas & biar kek sejuk dalam keadaan tertonggeng bersama2 bekas tu.
  11. dah sejuk.. dalam 20-30min, baru keluarkan dari bekas

2slice buat breakfast anak dara sblm ke sekolah

verdict:
gumbiranya hati tatkala tengok kek yg penuh saspen ni menjadi!
bertambah gumbira bila tengok anak dara makan dgn penuh selera!
:)

tapi.. kek ni manis! saya patut kurangkan gula sikit..
mungkin dalam 2 atau 3sdb gula yang harus disenduk keluar..

dan satu lagi.. kek ni sebenarnya tak gebu mcm chiffon cake yg biasa..
dia mcm berat skett.. tekstur agak berbeza dgn yg dijual dikedai..


Thursday, May 6, 2010

carrot-orange cupcake with cream cheese topping

posing sebelum mekap

posing slps mekap (jurumekap budak tadika ka ni?)

mak aii.. panjang bebenor namanya..
kalau nama orang panjang camtu..
konfem kena buat chop bila masuk sekolah nnti :p

dah lama rasa tak makan carrot cake.. teringin la pulak!
nk makan seketui kek.. x terdaya nk abihkan..
so, saya buat carrot kapkek ni.. ikut resepi buku cupcake
(gambar buku tu ada kat sini)

peralatan: mixer, mangkuk sedang, spatula, whisker, muffin tin
masa: penyediaan ~ 30min, pembakaran ~ 25min, topping ~ 15min
tahap: sederhana

bahan2:
  • 6oz carrot (dalam 2bijik yg sedang2 besar) <-- parut
  • 4oz butter <-- saya guna minyak sayur (butter dah habis!)
  • 4oz gula perang
  • 1biji oren yg kecil <-- parut kulit dan ambil jusnya
  • 2 biji telur
  • 4 1/2 oz tepung
  • 1 1/2tsp baking powder
  • 1tsp mixed spice <-- saya guna 1/2tsp mixed spice + 1tsp cinnamon powder
  • secubit garam
  • 1oz walnut <-- potong kasar
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C. susun cawan kertas dlm bekas muffin.
  2. ayak tepung, baking powder, serbuk2 & garam dalam mangkuk sedang dan gaul sebati dgn whisker
  3. pukul butter & gula sehingga kembang dan gebu. <-- saya guna whisker. sbb buat pukul 2am. takut ganggu org tidur.. macam nak tercabut tangan! :p
  4. masukkan skali parutan kulit oren dan jusnya.
  5. masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati
  6. masukkan parutan carrot & walnut & gaul sebati
  7. masukkan ayakan bahan2 kering (tepung etc.). gaul sebati
  8. sudukan adunan kedalam cawan kertas.
  9. bakar selama 25minit
*gaul sebati tu saya guna spatula/ senduk kayu.

topping:
  • 4oz cream cheese
  • 4oz gula aising (saya kurangkan ke 3oz)
  • 1sdt jus lemon (saya lebihkan ke 2sdt)
  1. cream cheese mesti pada suhu bilik.. dan ayak gula aising
  2. pukul semua bahan dlm mixer
  3. sapu rata atas cupcake yg dah sejuk pada suhu bilik
nota:
dalam buku sebenarnya guna topping mascarpone cheese.. tp xdak stok.
saya ubahsuai ikut bahan yg ada..
kapkek saya kurang naik & kurang gebu
sebab saya guna minyak.. instead of butter
verdict:
walaupun tak naik gebu..
tukang buat puashati..
rasa kenyang sgt2 walaupun makan 2bijik je..
kawan2 pun kata sedap :D
sukenye.. :)

oatmeal raisin cookies



dalam kepala dah set nak baking
tapi masa begitu mencemburui saya
ada saja aral yang melintang
maka.. sudah 2mlm saya tidur x nyenyak..

semalam saya lepas gian!

rolled oat dlm peti sebenarnya dah pass due date
tapi nk guna jugak.. sebab saya yakin.. ia masih elok!
(keyakinan itu hanya berdasarkan katahati saja :p)

saya cedok resepi dr AZ Cookbook

peralatan: mixer, mangkuk, senduk kayu/ spatula, sudu bulat/ scoop aiskrim
tahap: sederhana
masa: penyediaan - 30min, bakar - 30min
*masa penyediaan bergantung kpd kepakaran chef.. saya sgt2 amatur!

bahan2:
  • 1 1/2cwn tepung <-- saya guna 1cwn tepung gandum & 1/2cwn tepung wholemeal
  • 1tsp baking powder
  • 1tsp serbuk kulit kayu manis
  • 1/4tsp garam <-- saya kurangkan ke secubitan
  • 1/2cwn (4oz) butter
  • 1cwn gula perang
  • 1/2cwn gula castor
  • 2biji telur
  • 1tsp vanilla
  • 1 1/2cwn rolled oats (oat yg gemuk2, bukan quaker oat sedia dimakan tu..)
  • 2cwn kismis
tatacara:
  1. ayak bahan2 kering dalam mangkuk besar: tepung, baking powder, serbuk kayu manis & garam.
  2. pukul butter & gula sampai kembang. masukkan telur satu per satu. masukkan vanilla
  3. masukkan bahan2 kering dan pukul sebati.
  4. masukkan rolled oats & kismis & gaul sebati.
  5. skup keatas dulang pembakar dengan sudu bulat atau skup aiskrim. (saya guna sudu kecik)
  6. bakar selama 20minit (saya bakar xtra 10min = 30min sbb saya suka yg crunchy)
verdict:
saya baru bakar separuh.. wah! laku!!
bukan anak2 yg makan.. tp saya & opismate saya ;)

rasanya sangat chewy.. & crunchy at the same time
rasa mcm makan granola bar pun ada
very addictive!

Tuesday, May 4, 2010

chocolate sultana slice



dah lama saya sep (simpan) resepi ni..
jumpa dalam yummylicious-jun

apa yg buat saya nak cuba..
resepi ni xdak baking powder & baking soda
sudah pasti tidak gebu spt kek.. kan?
dan jugak sebab ada sultana!
sedapnya.. mesti rasa mcm..
makan coklat cadbury fruit&nut tu..
yumm..yummm....

peralatan: mixer, mangkuk besar, spatula, bekas pembakar 25x30 (saya guna bekas 4segisama 10inci)
tahap: senang sangat!
masa: 1jam dah setel semua.. siap bakar!

bahan2:
  • 100g butter dilembutkan
  • 1cwn gula perang
  • 2biji telur
  • 1cwn tepung
  • 2tbs serbuk koko
  • 1cwn sultana
tatacara:
  1. panaskan oven 180C dan gris loyang dgn butter dan lapik dgn kertas minyak supaya mudah dikeluarkan.
  2. ayak tepung dgn serbuk koko dalam mangkuk besar dan ketepikan sekejap.
  3. pukul butter dgn gula sampai kembang dan gebu
  4. masukkan telur satu per satu
  5. masukkan tepung+koko yang telah diayak
  6. masukkan sultana dan gaul sebati
  7. tuang dalam loyang & bakar selama 25-30minit.
sepatutnya ada icing:
  • 1/4cwn serbuk koko
  • 1cwn gula icing
  • 1sdb butter
  • 2tbs air panas
  • gaulkan semua bahan2 diatas & sapu atas slice
saya tak buat icing sebab cadangnya nak buat bekal utk perjalanan pulang adik ipar & mak mertua ke kelate.. kalau ada icing, susah pulak diorang nk kunyah2 dalam kereta.. (boleh terima ka alasan org "rajin" ni? :p)
verdict:
memang tak boleh berenti makan! lepas satu, satu saya sumbat dlm mulut..
kalau ada tamu nak datang & last minit br bagitau.. bulehla jamu slice ni.. tapi mungkin boleh dikurangkan gula kalau nak buat icing.. kecuali tamu tu dah terkenal dgn gigimanis (sweet tooth) :D

Monday, May 3, 2010

muffin blueberry



luqman special request utk muffin kenny rogers
hari tu buat macam tak sama jek..

saja try test resepi lain pulak..
walaupun bukan nama muffin kenny rogers..

tergoda nak buat sebab rupa yang gebus dan mulus..
terimakasih kpd tuanpunya blog izahmuffinlover:

sebagai menghormati request anak teruna tu
tak semua saya letak blueberry..
muffin kenny rogers mana ada blueberry :p

tapi kesudahannya..
yang ada blueberry tu jadi rebutan nuha & muaz!


tengok budak kecik tu makan! amboi.. sakan!

bahan2: (kopipes dari blog puan izahdaut)
  • 125 gm butter (suhu bilik)
  • 150 gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 250 gm tepung kek / tepung gandum (saya guna tepung gandum)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar UHT
  • inti blueberry secukupnya (dalam 1/2 cawan)
  • 1 sudu teh essence vanilla
tatacara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
  2. Pukul mentega dengan gula sehinnga putih dan ringan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan essence vanilla dan pukul rata.
  4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan garam berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan butter.
  5. Sudukan separuh adunan ke dalam muffin cup dan letakkan inti blueberry dan sudukan lagi adunan menutup inti.
  6. Bakar adunan selama 18-20 minit.
verdict:
luqman kata tak sama tapi sedap sangat2.. kak insyirah pun kata sedap!
dapat 12 ketul dalam papercup kecik (tp yang sempat posing 6 saja..)



lagi 4 ketul letak dalam muffin case (bigger size)
yang tu pulun letak blueberry ~ habuan breakfast ummi :p

Related Posts with Thumbnails