Saturday, April 2, 2011

strawberry marble cheesecake bars

i have no idea why i made this..
and for whom..
but am glad i did it..
boleh dibawa ke rumah kakak ipar esok.. :)
boleh jamu kawan2 yg datang ke rumah.. kat opis :):)



terlintas nak buat ni sebab cik abe ada belikan strawberry yogurt
he has a habit of buying things that he feels the kids or me, will eat
yogurt, chocolate, ice creams, fruits .. and he used to buy SR cakes as well
the truth is.. we do eat them but if its too frequent.. one will get bored. rite?
tapi saya tak bising kat dia.. saya terima saja apa yg dibelinya
(lebih baik ada sesuatu drp takdak langsung, kan? :D)
bila dah lama bersemadi dlm peti, saya korbankan dulu sblm ditongsampahkan

sumber: nurniezza
bahan2:
  • 100g biskut marie, dihancurkan
  • 50g butter cair
  • 200g cream cheese <-- saya terus guna seketul 250g
  • 75g gula castor
  • 135g strawberry yogurt (1bekas kecil)
  • 80ml heavy cream
  • 10g tepung jagung
  • 1biji telur
  • 1/2sdb lemon juice
  • 1/2sdb parutan kulit lemon
  • sedikit strawberry emulco atau 3sdb jem strawberry+1sdb air panas
tatacara:
  1. gaulkan biskut marie cair bersama butter cair dan tekan2 pada dasar loyang ciskek 7inci (yang boleh bukak dasarnya). balut loyang dengan aluminium foil.
  2. masukkan loyang kedalam peti sejuk selama 15minit.
  3. panaskan oven ke suhu 150C.
  4. putar cream cheese  hingga hancur dan lembut. masukkan gula dan putar hingga gula sebati.
  5. masukkan yogurt dan heavy cream. putar sebati.
  6. masukkan telur dan lemon juice, putar pada kelajuan perlahan.
  7. tuang adunan keatas biskut tadi.
  8. sebatikan jem strawberry bersama air panas dan tuang keatas adunan ciskek. lorek dengan lidi atau hujung mata pisau untuk membentuk kesan marble.
  9. bakar secara bain marie (letak loyang dlm bekas berisi air panas) selama 1jam 20minit.
  10. biarkan dalam oven selama 1jam selepas dibakar baru keluarkan ke suhu bilik.
  11. sejukkan dalam peti semalaman atau sekurang-kurangnya 4jam sebelum dipotong.


nota:
  • saya guna 2 loaf pan (untuk dapatkan ciskek yg nipis - berhajat nak buat style bars) so, masa bakar dikurangkan ke 1jam 10minit sahaja.
  • saya guna strawberry jem sugar free so, tak manis langsung! tapi ciskek tu sendiri dah agak manis :p
budak kecik kat blkg tu habiskan kesemua ciskek dlm pinggan tu..

2 comments:

Ribbon Clown said...

nampak sedap giler kek nih.. i bookmarked siap2 hihi ;)

mrs plain-june said...

i like simple cakes.. and this is one of my fav ;)

Related Posts with Thumbnails