Wednesday, April 27, 2011

spiced orange madeleine

inilah bekal anak teruna gebu hari ni..
utk dimakan bersama classmate selepas wrap-up session
dia tanya apa ni ummi?
kata ummi: baulu matsaleh rasa oren :p


sumber: janessweets - adapted from nick malgieri's book: cookies unlimited
bahan2:
  • 2biji telur saiz A
  • secubit garam
  • 1/2cwn gula, dicedok buang 1tbs
  • 1tbs orange blossom honey <-- saya guna madu biasa macam capilano
  • parutan kulit oren
  • 1sdk orange flower water atau sedikit orange extract <-- diabaikan sbb takdek 
  • 1cwn tepung <-- diayak 
  • secubit dua serbuk bunga cengkih <-- saja tambah - itu yg jadik spiced tu ;) 
  • 8sdb butter cair (lebih kurang 120g)
  • gula aising utk ditabur


tatacara:
  1. panaskan oven 190C dan gris & tepungkan loyang madeleine.
  2. pukul telur dan garam hingga berbuih. 
  3. sebatikan gula dan orange flower water (kalau ada) dan masukkan kedalam telur. masukkan parutan kulit oren dan madu. masukkan tepung. kaupbalikkan hingga sebati (guna rubber spatula).
  4. masukkan butter cair dan kaupbalik hingga sebati.
  5. tuang kedalam acuan dan bakar lebih kurang 12-13minit.
  6. tabur gula aising sebelum dihidangkan.

nota:
pertama kali parut kulit oren guna microplane grater.. simply awesome! dapat zest sangat banyak! more than double compared to using grater cap ayam yg selalu buat saya rasa nak baling grater itu kedinding sebab kulit buah yang diparut jadik berair.

bila hasil parutan banyak.. memang terasa keorenannya.. yummy! cuma terasa macam masam sangat pun ada! maybe sebab saya kurangkan gula lebih drp 1tbs kot?

terlupa sungguh motif buat ni nak bagi budak2 makan.. tangan gatal menambah serbuk bunga cengkih. hopefully the kids tak kesah dgn rasa bunga cengkih tu.. its not obvious but it gives some 'kick'. perahsan :p

updates:
anak teruna balik bagitau kawan2 cakap sedap dan mintak lagi. diorang suruh bawak bahulu oren banyak2!! hahaha.. kelakar betul budak2 tu..

5 comments:

Sizuka said...

ju,

i wanna bake madeline but kena tunggu the baking pan yg i order tu sampai. sedap tak madeline? sadly, i bukan peminat baulu..

mrs plain-june said...

alahai.. nak kasik akak pun dah licin dibawak luqman kesekolah.. saya pun tak minat baulu.. tp suka mkn madeleine :D its more buttery & dense compared to baulu. eh, you can borrow my madeleine pan dulu.. nak ke? nnti sy posto kat rumah akak k.

Sizuka said...

waaa.. menarik jugak tu. tapi i segan la pinjam brg orang. my mom memang pantang sungguh :)

mrs plain-june said...

no worry kak.. saya yg offer.. bukan akak mintak ;). esok pg atau ptg saya drop by k?

Rima said...

Heheh best kan if tinggal dekat dekat.. lepas keinginan dihati.. jeles :op

Related Posts with Thumbnails