Tuesday, April 26, 2011

goat's cheese, tomato and basil tart

resepi inilah yang mula2 mencuri perhatian ketika membelek buku popina ni
tapi ditangguhkan dulu sebab ketidak-cukupan bahan2..
dah ada goat's cheese (saya guna feta) dan tomato, yogurt pulak takdak!
semalam, semua bahan dah lengkap.. terus saya execute walaupun badan sgt letih
sebab kepingin sangat2 nak rasa.. tart using pizza dough as a base. rasa pizza ke rasa tart?
and this recipe is surprisingly easy todo!
tak sangka within 30mins dah siap & already in the oven :)


sumber: popina book of baking
bahan2:
doh pizza
  • 220g tepung roti
  • 1sdk yeast kering
  • 1/3sdk garam
  • 2sdb minyak zaitun
  • 1biji telur
  • 80ml air suam
filling
  • 2biji telur
  • 100g greek yogurt
  • 100g strong, soft goat's cheese, dilenyek2 <-- i use feta cheese
  • 1sdk baking powder
  • 50g tepung gandum
  • 1sdk garam
  • 1/2sdk black pepper
  • 2tbs fresh basil, di 'chop' halus <-- saya ganti dgn daun bawang
topping
  • 340g cherry tomatoes, halved
  • 40g strong, soft goat's cheese, crumbled
  • minyak zaitun, utk drizzle
  • sedikit fresh basil, utk decorate <-- patut daun bawang juga tp lupa!


tatacara:
  1. doh pizza: gaulkan tepung, yis dan garam dalam mangkuk. buatkan lubang ditengah2 dan tuang minyak, telur dan air suam. gaulkan hingga sebati dan menjadi doh lembut. pindahkan doh keatas permukaan rata yang telah di'tepung'kan dan ulli sekejap. canai doh dengan rolling pin sehingga tebal = 3mm. tekapkan doh pada tart pan bersaiz 23cm. kalau ada lebihan doh jangan trim lagi.
  2. panaskan oven 170C.
  3. filling: gaulkan kesemua bahan filling hingga sebati (the cosistency is quite soft). tuang keatas doh tadi.
  4. topping: tabur bahan2 topping keatas filling - mula2, cherry tomato cut size up kemudian, tabur goat's cheese. akhir sekali drizzle minyak zaitun dan barulah trim doh yang berlebihan disekeliling tart pan tersebut (kalau ada).
  5. bakar selama 30minit atau sehingga doh berwarna keemasan.
  6. keluarkan dari oven dan tabur daun basil.

verdict:
this is so yummy and fulfilling! more to pizza-y rather than tart-y.
i plan to have this as breakfast.. tapi kensel. i'll have it for lunch instead! and 2 slices are more than enuf! kalau makan as breakfast kang terlelap pulak depan pc akibat kekenyangan :p

anak teruna gebu tolong buat filling & tabur topping.. & he really loves it! siap nak bagi kawan2. sori ye sayang.. yang sedap ni utk kawan2 ummi. hehe.. busuk punya ummi :p. kawan2 14org tak cukup la nak oii.. malam ni ummi buat something else utk kawan2 luqman ok? :)

kata isidora popovic (the popina book author):
"with its light pizza dough base and fresh tasting tomato, basil and goat's cheese filling, this is the perfect simple summer tart."
o yes isidora.. we in malaysia have summer all-year-long. memang perfect sepanjang tahun :D

2 comments:

Sizuka said...

waa.. sedapnya ju! tapi tak tau la my children makan ke tak goat cheese. tak penah beli :D

mrs plain-june said...

saya pun beli semata2 sebab nak cuba resepi ni & luqman sgt suka itu feta! kak. yr cupcake is maveles!!

Related Posts with Thumbnails