Sunday, April 17, 2011

bolognese polenta and apple cake jamie oliver

dalam mencari resepi yg menggunakan polenta
terjumpa resepi pakcik jamie ni..
teruja nak buat bila ditulis "its a bit like clafoutis"
kalau dalam resepi melayu, lebih kurang bengkang la tu :p
boleh bawak kerumah mak nanti.. :)

hmm.. kenapa dinamakan bolognese ya?
resepi ni berasal dari bologna kot?



tangan sikecik yang kelaparan

sumber: jamie oliver
bahan2:
  • 100g polenta
  • 200g tepung, diayak
  • 100g breadcrumbs
  • 100g gula caster <-- saya letak 80g shj
  • 500mk susu fullfat <-- ada stok fresh milk shj
  • 3biji telur, dipukul sedikit
  • 100g madu
  • 55ml olive oil
  • 100g buah tin kering
  • 100g kismis
  • 500g buah apple, dibuang kulit dan dipotong kecil
  • 1/2sdk serbuk cinnamon
  • parutan kulit oren dan lemon <-- nehi! lupa yg ini!!!
  • 1sdk garam
bukan lapar dah ni.. macam org kebuluran ja gayanya!

tatacara:
  1. panaskan oven 180C dan gris loyang springform 11inci (saya guna 9inci + 6cavity muffin pan).
  2. satukan bahan2 kering: polenta, tepung, breadcrumbs dan gula. 
  3. dalam mangkuk berasingan, satukan bahan2 basah: susu, telur, madu dan olive oil. masukkan bahan basah kedalam bahan kering dan gaul hingga betul2 sebati.
  4. masukkan buah2: buah tin, kismis dan apple serta serbuk cinnamon, parutan oren dan lemon dan garam. gaul sebati.
  5. tuang kedalam loyang dan bakar selama 50minit. mungkin perlu ditutup dengan aluminium foil ketika hampir masak.
verdict:
memang macam clafoutis! tak rasa sangat the grains of polenta & breadcrumbs.
plus.. agak tawar.. kalau makan dgn cream fraiche mcm jamie kata sure lagi menarik!
bila makan gitu ja rasa macam bengkang buah epal yang kurang lemak :p


"the polenta" yg dibeli di cold storage. rm9.90 rasanya..


    3 comments:

    Sizuka said...

    Ju, thank you!! Mmg rasa mcm bengkang, but bengkang mat Saleh. Hehehe

    lemongrass said...

    Oh bolehlah I try nanti sbb I ada polenta lagi yg tak guna2 tu, hehehe.

    Unknown said...

    kak shidah, kat rumah ni nuha dgn umi dia je yg makan :(

    kak LG, sila.. sila.. kalau tak abih jugak polenta tu posto ke melawati ye :D

    Related Posts with Thumbnails