Monday, April 25, 2011

supermoist chocolate cake

sedap makan kek coklat yg k.shidah bagi..
muaz mintak ummi buatkan kek utk dia..
kebetulan dah berniat nak cuba resepi ni..
apalagi.. sementara tunngu dough roti naik
godek2 kejap buat kek ni..

tangkap leleh....

resepi dicedok dari dapur sue-hasue
mohon halalkan c&p kat sini ye.. tq :)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com
Olahan: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum 
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder
Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan bahan * dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven. kek ini juga boleh dikukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:
Bahan2:

  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream <-- saya kurangkan letak 50ml 
  • 1 sudu teh mentega
  • 1 sudu teh maple syrup <-- saja tambah. tekstur jadik likat!
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika (bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.

verdict:
senang bangat & sedap bangat! 
mmg supermoist!

updates:
anak dara bawak cuppy-size kesekolah utk dijual.. (she is really business-minded! terbalik kuang dgn ummi dia :p). her friends cakap sedap sangat-sangat! esok dia mintak buatkan saiz besar.. macam kek yang jual kat kedai. haih.. macam2 demand budak2 sekarang ni.. :-|


No comments:

Related Posts with Thumbnails