Monday, April 11, 2011

spiced orange and cranberry snacking cake

saya masih belum jemu membelek buku ni..
the recipes are very simple yet, very interesting (at least to me :D)
resepinya banyak guna buah dan rempah
kali ni saya cuba resepi spiced orange cranberry cake
utk dibawa kerumah amati hayati di puchong..

sumber: cake keeper cakes & kat sini pun ada
bahan2:
  • 1/2cwn butter tak bergaram
  • 3/4cwn gula
  • 1sdb parutan kulit oren
  • 1/4cwn fresh orange juice
  • 2biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2cwn sour cream
  • 1sdk vanilla
  • 1 1/2cwn tepung kek
  • 1sdk baking powder (bp)
  • 1/2sdk baking soda
  • 1/4sdk garam
  • 1/4sdk serbuk bunga cengkih
  • 1cwn buah cranberry kering <-- lebih kurang 100g

dah tinggal seciput baru sempat snap.. dgn  tangan yg terketar2 :(

tatacara:
  1. panaskan oven 175C. gris dan tepungkan loyang kek 4segi bersaiz 8inci.
  2. pukul butter & gula hingga kembang dan gebu. masukkan parutan kulit oren dan sebatikan.
  3. satukan bahan2 basah dalam mangkuk kecil: telur, sour cream, vanilla dan jus oren. masukkan kedalam adunan butter dan pukul sebati.
  4. satukan bahan2 kering: tepung, bp, soda, garam & serbuk cengkih. masukkan kedalam mixer sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan sederhana perlahan hingga sebati.
  5. kaupbalikkan buah cranberry kedalam adunan.
  6. tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 35-40minit.
masa tengah buat, bau cengkih agak kuat. tapi bila kek dah siap.. tak bau langsung! dan tak rasa sangat! kalau taktau ada letak cengkih memang takkan perasan.. tapi mmg sedap bangat kek ni :D. harum.. (bau oren), teksturnya lembut.. dan bila tergigit cranberry tu rasa macam wow! hahaha.. tak gheti nk describe :p

2 comments:

Sizuka said...

Ju,

this will be the next cake in my list. agak2 kalau i ganti sour cream dgn buttermilk sedap tak?

mrs plain-june said...

rasa mcm sedap je... buat la kak.. pastu sedekah kat saya. hehe..

Related Posts with Thumbnails