Friday, April 1, 2011

anie's shepherd pie

suatu masa dahulu pernah buat shepherd pie
resepi drp chef nermala:
inti dagingnya ada serbuk ketumbar, ada tomato paste..

utk dinner tadi - anak teruna gebu sebut nak shepherd pie
tapi rasa macam nak cuba resepi lain..
teringat blog anie nun di kiwi sana..
lawa dan menggoda SP dia! bila belek resepi.. ada kelainan sikit..

alhamdulillah.. bila dah siap, budak2 suka sungguh!
walaupun kentang atas tu agak lembik <-- kes terlajak tuang susu :p
bertambah2 diorang makan :)
tengkiu anie!



sumber: anie of metearoha
bahan2:
mashed potato
  • 1kg kentang, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 2tbs butter
  • 1/2cwn susu
  • garam & serbuk lada hitam
inti daging
  • 1tbs minyak zaitun
  • 1/2kg daging hancur
  • 3genggaman frozen mixed vege <-- saya ganti parutan carrot & celery
  • 1biji bawang putih, dicincang halus
  • 1biji bawang besar, dicincang
  • 2tbs butter
  • 1cwn stok daging <-- tiru mcm anie: 1/2cube+1cwn air
  • 2tsp sos worchestershire
  • 1cwn keju parut <-- saya guna cheddar
tatacara:
  1. rebus kentang dalam air bergaram hingga lembut. toskan air dan masukkan susu serta butter dan lecek hingga hancur <-- jadi mashed potato.
  2. sementara kentang tengah direbus, panaskan periuk sedang. masukkan minyak zaitun dan daging. perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  3. tapis buang lemak yang terkumpul. masukkan mix vege dan bawang2. masak selama 5minit.
  4. dalam periuk kecil lain, cairkan butter dan masukkan tepung. masukkan stok daging dan sos W dan kacau hingga agak likat dalam 1minit. tuang sos kedalam periuk berisi daging tadi. gaul sebati.
  5. panaskan oven 190C.
  6. tuang daging kedalam loyang kaca (saya guna loyang 4segi 8inci).
  7. ratakan separuh adunan mashed potato.
  8. tabur parutan cheddar cheese.
  9. paipkan baki adunan mashed potato keatas layer cheddar cheese (saya ratakan dan lorek dgn garfu saja).
  10. bakar selama 25-30minit.
  11. kalau nak potato tu garing, guna fungsi broil/grill pada oven dan letak loyang pada layer paling atas dan broil selama 10minit (tak sempat nak broil budak2 dah lapar :p)
  12. tabur paprika sebelum dihidangkan (saya tak tabur takut budak2 tak tahan pedas tp diorang tabur black pepper punyala banyak!!!)



2 comments:

Sizuka said...

alamak! teringinnya nak makan. tapi calorie, aduhai! kena buat on sunday ni. thx jue for the recipe! :D

mrs plain-june said...

sunday is happy calorie day! hehe..

Related Posts with Thumbnails