Friday, July 30, 2010

basic types of cake

Dah lama berhajat nak menulis tentang perbezaan jenis2 kek yang ada.. yang saya pernah cuba buat.. semua maklumat dibawah adalah hasil adaptasi dari joyofbaking.com & baking911.com

Secara umumnya, ada 2 jenis kek:
  1. Foam cake
  2. Butter cake
1. Foam cake – kek yang ada sedikit atau langsung tiada lemak (its healthy awrite!) dan mempunyai lebih banyak kandungan telur berbanding butter cake.

Kebiasaannya foam cake hanya menggunakan telur sebagai agen penaik. Dan perlu berhati2 ketika mengkaupbalikkan tepung kedalam putih telur supaya “angin tak pecah”. Andaikata “angin pecah”, kek tak akan naik molek (deflate).

Foam cake ada 3 kategori utama
  1. NO FAT à angel food cake, dacquoises, meringue
  2. A little fat (from egg yolk) à sponge cake, roulade (swissroll)
  3. Additional fat (egg yolk + oil) à chiffon cake, genoise
Cara pembuatan foam cake biasanya adalah dengan mengasingkan telur (angel food cake langsung tak guna egg yolk!) dan putih telur dipukul hingga stiff peak terbentuk dan gula ditambah sedikit demi sedikit. Kemudian bahan2lain dikaupbalikkan kedalam adunan putih telur.

Untuk angel food cake & chiffon cake, loyang kek tak boleh di gris sebab minyak akan membuatkan kek tak boleh nak panjat dinding loyang.

2. Butter cake – kek yang mempunyai lemak, kebiasaannya dalam bentuk pepejal (butter/ marjerin/ shortening) dan memerlukan agen penaik (baking powder/ baking soda) untuk menaikkan kek.

Basic butter cake yang popular adalah pound cake dan yellow cake.

Secara umumnya, cara membuat butter cake adalah dengan cara creaming method à butter & gula dipukul hingga kembang dan gebu dan berwarna pucat. Kemudian baru dimasukkan telur satu demi satu, diikuti dengan tepung dan bahan2 lain (jika ada). Seandainya ada cecair digunakan (susu/ yogurt/ buttermilk/ etc), seeloknya dimasukkan secara berselang seli dengan cecair: tepung-cecair-tepung-cecair-tepung. Cara ini akan memastikan bahan2 sebati elok dan yang penting, membuatkan gluten terbentuk untuk mendapatkan struktur kek yang cantik, dalam masa yang sama.. kek tak berat/ padat sangat.

Ada juga teknik mix-in-one bowl yang lebih mudah yang akan menghasilkan kek yang lebih moist dan padat (yummy! esp. if it’s a choc cake!). Tapi kek ini tidak sesuai utk dijadikan layer kek (macam kek harijadi) sebab kek tak tinggi.. tapi kalau suka begitu.. apa salahnya :) 

cupcakes, bundt cakes, kek kahwin.. semuanya adalah berasaskan butter cake (gumoklaa... :p).

macam2 lagi jenis kek yang ada didunia ini.. maklumat diatas adalah maklumat yang sangat2 asas.. harap ada yang dapat dimanfaatkan.. 

puding marble roti

rasanya dah 5kali buat puding ni.. saya panggil puding roti zebra :p
mak suka sangat2.. adik2 pun.. makcik2 pun.. kawan2 pun..
siap tanya resepi ;)

semalam mak suruh buat utk kenduri opis mak
baru berkesempatan nak ambik gambar puding ni..

resepi dari blog puan.hana
(blog masakan yg sgt best dgn gambar2 yg sgt cantik!!)
mohon izin c&p resepinya disini..

Bahan-bahan:


  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair <-- lebih kurang 3/4cawan
  • 8gram serbuk agar2 <-- guna 10g pun boleh
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara:
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

aduhai.. huduhnya gambar :(

verdict:
kalau dah sampai ramai yg mintak resepi.. sah2 sedap bangat ;)

Thursday, July 29, 2010

green tea muffins



saya sampai termimpi2.. terbayang2 muffins ni
mungkin sebab sblm tidur dan plan
nak buat utk breakfast esok pagi..

saya separuhkan dan dapat 4ketul saja!
hehe.. mcm kudukut pulak :p

sekejap ja buat muffins ni..
adzuki beans xdak so, saya ganti choc chips saja.
dan tambah 1/2sdk green tea sbb kurang green kare :p

verdict:
langsung tak manis!
serbuk green tea yg payau2 kelat tu tak terasa langsung!
kesimpulannya.. i loike!!

note:
am so gonna make adzuki!
rebus kacang merah ja pun
:p

orange carrot bundt cake

cik abe beli carrot sampai 2bungkus!
sebungkus ada 8-10batang!
dah masuk minggu kedua..
1 bungkus pun tak luak habis
memang nak kena sembelih buat kek la jawabnya..


sangat teruja tengok bentuk kek itu ;)

dan kebetulan masih teruja dengan bundt pan
maka saya gugel carrot bundt cake
hati tertawan pada resepi dari canadianliving.com

kenapa?
sebab lain drp carrot cake yg biasa dibuat..

apa yang lain?
biasanya carrot cake ada layer.. ada letak spices.. ada kacang2an..
tapi yg ni takdak semua tu.. cuma ada parutan kulit oren!

itu saja?
resepinya macam kek biasa.. guna butter!
dan yang paling utama.. sour cream..
yogurt dah hampir due date.. boleh ganti sour cream ;)

frostingnya?
yes! dia tak guna cream cheese.. tapi guna orange!
terasa begitu healthy ;p

verdict:
masa salin resepi dah rasa mcm.. banyaknya soda..
tapi tak berani nak pandai2 kurangkan
lainkali sila berani sikit!!!
sebab kek tu rasa sodanya sgt ketara!!!
tapi overall ok. kek lembut & gebu..
lain drp carrot cake yg lain..
dan paling gumbira bila tapak bundt pan terbentuk molek!! yay!

korova cookies



tak ingat al-asal wal-usul jumpa di blog mana
tapi bila gugel.. merata2 blog ada resepi ni (blog omputeh)
dan semua blog kata cookies ni sgt sedap!!
asal dari buku puan dorie-greenspan (tajuk buku: paris sweets)

kebetulan tak pernah cuba buat ice-box cookies
(cookies yg dimasukkan kedalam peti ais 2-3jam baru dibakar)
sementara tunggu waktu berbuka..
sempat sediakan doh biskut ni
esok pagi sebelum kepejabat, bakar 14minit.

verdict:
memang sedap! kinda melt-in-your-mouth gitu.
tapi masa mula2 potong berderai! hampir kuciwa dah!
mujur dlm resepi dah dimaklumkan mmg sebegitu.. cuma cantumkan semula deraian saja..
kemudian, setelah dibakar.. la hai.. lembutnya!!! manjanya!!!!
tapi rasanya.. wah! memang out-of-this world! yummeh!

cik abe kata tak rangup pun..
dear cik abe.. that is just the way it is!
;)

Monday, July 26, 2010

lovescool's matcha cookies

tak ramai orang yg suka air green tea
tapi saya sangat suka!!!
sampai mengidam ice blended green tea :p
saya akui.. rasanya agak pelik
tapi taste bud saya terjemahkannya sbg satu nikmat
pelikkah?

mungkin tidak..
sebab saya jumpa banyak resepi baking using matcha (a green tea powder)
saya masih ada matcha hadiah teman sepejabat tahun lepas..
kalau buat air.. guna hujung2 sudu saja.. entah bila nak habis..
bila jumpa resepi baking.. puas hati.. sekali guna 1sdb!

saya cuba buat cookies ni..
saya sangat suka!!!! rasa mcm ice blended green tea!
but in cookies form.. ;)
tapi rasanya kalau jamu orang masa raya nanti..
mau kena sediakan besen utk org muntah siap2! haha!


warna tupai2 tu very light green sebenarnya..

note to self:
go get a decent cookie cutter please!
apa kekdahla beli ikea punya animal cookie cutter tu..
haish!

pavlova

telur putih dah lama diperam dalam peti ais
asik tertangguh nak cuba buat pavlova nih
sebab takdak berries & buah yg sewaktu dengannya

semalam singgah cold storage
terus sambar stoberi tanpa fikir 10kali
selalu fikir berkali2 sebab mahal!!
kudukut sungguh :p



verdict:
seumur hidup, pertama kali makan..
sedap rupanya pavlova ni!
luarnya crispy2 crusty.. dalamnya lembut2 yummy..
kena pulak dengan whipping cream yg lemak2
& digandingkan dengan buah2 yg masam2..
rasa yang cukup lengkap!

kek buah kukus



opismate mintak tolong buat kek buah
utk maknya.. yg sangat suka kek buah
ada resepi kek buah bakar
tapi nak cuba buat kek buah kukus

resepi ni memang fofular dlm blog2 masakan
ramai yg dah cuba dan puas hati dgn hasilnya
gugel saja resepi kek buah kukus
konfem jumpa resepi diana myR
tapi saya ikut dalam blog matgebu
sama saja rasanya..
cuma matgebu tulis separuh resepi & ada sikit mod..
saya guna buttercups instead of golden churn
ada bezakah perasaan butter itu??
kalau nak tahu kena cuba sendiri nanti..

bahan2:
  • 375g buah2an campuran (mixed fruit)
  • 1/4cwn badam keping (almond flakes)
  • 1biji pala diparut (saya guna 1sdk serbuk pala)
  • 2sdb tepung gandum
  • 250g mentega golden churn
  • 3biji telur gred A
  • 1sdk esen vanilla (saya tambah sendiri)
  • 300g tepung gandum
  • 1sdk soda bikarbonat
  • 1sdk cream of tartar (saya tak letak)
  • 150g gula aising (saya guna gula perang)
  • 150g gula pasir <- utk gula hangus (saya tambah 1/4cwn air)
tatacara:
  1. gris loyang 8x8 dan sediakan steamer (panaskan air).
  2. gaulkan mix fruit, badam keping dan serbuk pala dengan 2sdb tepung. ketepikan dulu.
  3. ayak bahan2 kering: tepung, soda & cream of tartar. ketepikan dulu.
  4. dalam mixer, krimkan mentega dan gula hingga kembang dan berwarna pucat.
  5. masukkan telur satu demi satu.
  6. dengan speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. ketepikan dulu.
  7. buat gula hangus: masak gula atas api hingga berwarna keperangan. masukkan air sedikit demi sedikit. semasa memasukkan air gula akan mengeras. teruskan mengacau hingga likat. hati2.. sangat panas!
  8. tuang gula panas kedalam adunan dalam mixer tadi dan gaul sebati.
  9. masukkan adunan mixed fruit dan gaul sebati.
  10. tuang kedalam loyang 8x8 dan tutup loyang dengan aluminium foil.
  11. kukus selama 4 jam (saya kukus 2jam saja). periksa air dan bila air berkurangan, tambah air mendidih juga..
nota:
sedap!

update:
sblm hari raya saya buat lagi..
untuk dibawa pulang ke kampung..
kali ni.. kukus 4jam.. as per suggestion
memang berbeza!
tekstur & rasa lebih menawan qalbun!!

hasil kukus 4jam! sedap bangattt!!

Saturday, July 24, 2010

apam mekar

hari tu buat apam cinoni 7up
offer kat muaz dia taknak..
balik dr sekolah baru dia tanya
harus dah licin semuanya!

dah janji nak buat lain.. khas utk muaz
tapi kali ni cuba buat apam mekar puan hanieliza pulak
ada juga org sebut apam senyum.. kan?
buat dlm muffin cup yg cinoni..
ada juga yg dalam solo cup yg cinoni jugak.
yang peliknya.. hasil solo cup mekar sejambak!!
tapi hasil muffin cup dok kuncup ja..
yg senyum2 sipu ada.. yg takmau senyum langsung pun ada
kenapa ya???


senyuman ceria apam mekar


senyum2 sipu ;)

kenapa bersedih duhai apam??
senyumla sikit!!

starfruit & coconut upside-down cake



si abang suruh abah beli belimbing
katanya nak bawak kesekolah
tapi dah masuk minggu ke-2
belimbing pun dah nak lembik!
sampai ummi dia geram tgk..
kalau tak buat apa2 harus ditongsampahkan saja
sayangnya!!! ruginya!! tak sanggupnya!

memang teringin nk buat kek tonggeng terbalik ni..
tgk resepi sana sini.. rasa macam.. manisnya!!!
baru tengok! belum makan pun! hahaha..
tapi bila jumpa resepi dlm raspberricupcakes..
terus jatuh chenta!
kebetulan nk menghabiskan santan..
ditukar buah & tajuk dari gold kiwi jadi starfruit
tak pernah lg jumpa belimbing dijadikan kek
apa rasanya? tukang buat mestila kata sedap!
bias! hehe.. :p

Thursday, July 22, 2010

apple tart

saya redeem point citibank cik abe
ambil kenwood food processor fp250



semalam pertama kali cuba guna dough blade
utk buat tart crust
gumbira bahagia rasa hati
crust yg sgt saya fobia itu
jadi dgn cantik & lazat sekali!!

lepas ni boleh buat pie yg double crust pulak ;)


banyak sangat apple!! baking time!!
;)

resepi dari foodnetwork.com
senang bangat!
lebih2 lagi bila guna food processor..


rupa sebelum & selepas strawberry glaze (patut guna apricot)


jemput makan.. :)

apam cinoni 7up


pandai2 ja letak nama :p
resepi asal tengok dalam jintanmanis.com
nama dia apam comel mitsuya cider
sebab dia guna air gas mitsuya cider
saya guna air gas 7up
yg dibeli semata2 utk buat apam ni

resepi tengok kat link tu je la ye..

nota:
kalau boleh habiskan adunan & kukus semua sekaligus
kukusan kedua saya dah tak brp gebu
rasanya sbb gas dah kurang.. kot?

Tuesday, July 20, 2010

pineapple and toasted coconut bundt cake

saya memang tercari2 bundt pan
siap nak kirim dari kawan nun di canada
bekenan habih dgn design bavaria
tapi tak jadi kirim..
kenapa suka bundt pan?
sebab tak perlu gigih nk deco2
sebab kek tu sendiri dah lawa jelita
sangat sesuai utk yg kerastangan mcm saya :p

masa mula2 jumpa di kedai bagus.. tak berkenan
bila dah tinggal satu.. baru nak gelenya beli.. tapi dah kemek!
minggu lepas bila ke bagus lagi..
jumpa bundt pan yang design sebijik macam fleur de lis!
rasa nak melompat! tapi tak lompatla.. x pasal kena tangkap nnti.
sekadar tersengih mcm kerang busuk sampai balik kerumah :p

maka bermula operasi mencari resepi bundt cake
dalam banyak2 resepi.. saya tergoda dgn resepi tropical ini
memang tak pernah cuba resepi dari site tu
dan tak ada feedback drp org lain.. yg komen cuma gambar lawa
perasaan "eh! betul ke ni?" timbul mula2 sekali..
semasa menyalin resepi.. dan menseparuhkan resepi tersebut
dan datang lagi semasa memukul butter+gula
dan lagi semasa menuangkan adunan kedalam loyang.

ternyata perasaan itu bukan sekadar perasan..
benar kata naluri saya.. resepi itu tak patut diseparuhkan!!
resepi itu adalah utk 6cup bundt pan! dia tulis 12cup!
saya separuhkan sebab bundt pan saya cuma 6cup
tapi tak mengapa.. cuma kek agak pendek.. dan kering!!
saya agak konfius bila temperature 350F dia convert jadi 200C!
biar betul! mana satu nak ikut ni? saya ambil jalan tengah.. 190C
dan kemudian.. rasa tak sedap.. saya turunkan lagi 180C
hasilnya.. luar kek agak kering.. tapi rangup! sedap wo!

panjang pulak intro kali ni :p
resepi dibawah adalah resepi asal utk 6cup bundt pan
kalau bundt pan 12cup, kena ganda-duakan resepi ni
macam mana nak tahu brp cup?
isi air dalam pan tersebut..
kalau isi 6cwn dah hampir penuh
maknanya isipadu bundt pan tersebut = 6cup


kek nampak kering.. dan corak tapak (macam kat kotak tu) tak terbentuk sebab kek pendek

bahan2:
  • 1/2cwn sweetened flaked coconut <-- saya guna dessicated coconut
  • 2 biji telur
  • 1cwn sour cream
  • 1sdk vanilla
  • 1 3/4cwn tepung
  • 1/4sdk baking soda
  • 1/2sdk baking powder
  • 1/4sdk garam <-- saya letak secubit sbb guna butter biasa
  • 1/2cwn butter (115gm)
  • 3/4cwn gula
  • 1tin nenas dalam tin (yg cubed), ditapis dan dikeringkan
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C dan toast coconut selama 5minit atau sehingga kekuningan.
  2. gris loyang dengan butter cair dan tabur tepung ke seluruh bahagian dalam loyang.
  3. dalam mangkuk sedang, gaulkan telur, sour cream dan vanilla hingga sebati.
  4. dalam mangkuk sedang yg lain, sebatikan bahan2 kering: tepungm bs, bp dan garam.
  5. dalam mixer, pukul butter & gula hingga gebu (high speed ~ 3-5minit).
  6. turunkan kelajuan dan masukkan adunan telur-tepung selang seli sebanyak 3kali (telur-tepung-telur-tepung-telur-tepung).
  7. masukkan toasted coconut dan nenas dan gaul sebati.
  8. tuang dalam loyang dan bakar 45minit-1jam.

glaze:

  • 1sdb jus limau kasturi
  • 1/2cwn gula aising
  1. satukan bahan glaze dan tuang atas kek yang dah disejukkan. (yang ni boleh diseparuhkan!)

verdict:

sah2 kek saya pendek.. tak nampak design bunga kat tapak bundt pan tu. tapi takpa.. kek tetap lawa drp biasa! dan sedap!!! memang rasa very the hawaiian :p

saya rasa kalau guna sweetened-coconut mungkin kek akan lebih manis. saya guna dessicated coconut yg tak berperasa/ tak bergula.. kemanisan kek tak terasa sangat.. bak kata kawan2.. oke la tu! ayat penyedap hati sayakah itu? haha!

Sunday, July 18, 2010

no-bake oreo cheesecake


dulu dah pernah buat no-bake cheesecake/ cheesetart
tapi tak guna gelatine
keluar dari peti ais 5minit.. dah lembek!

cuba guna gelatine halagel yg dah lama beli
entah kenapa.. saya saspen sgt dgn gelatine ni
dari mggu lepas (ke.. 2mggu lepas?) cari resepi
macam2 ada! yg letak toblerone.. yg letak white choc.. yg guna coolwhip
akhirnya hati tertambat pada resepi bakingmum.blogspot.com

bahan2:
  • 1cwn oreo hancur (1 peket oreo, dibuang krim.. krim campur dalam filling)
  • 50gm butter, dicairkan
  • 500gm cream cheese, dilembutkan
  • 3/4cwn gula caster
  • 3sdk gelatine - dilarutkan dalam 1/4cwn air panas
  • 2tbs jus lemon
  • 1cwn heavy whipping cream, dipukul sedikit
  • 1 peket oreo (5keping dihancurkan utk topping, baki dipatah2kan masuk dalam filling)

tatacara:

  1. utk dasar, gaul-sebati oreo hancur bersama butter cair dan tekan pada dasar loyang 20cm. sejukkan dahulu dasar dalam peti beku.
  2. larutkan gelatine dalam air panas.
  3. pukul whipping cream sedikit.. tak perlu hingga kental. agak2 saja.
  4. dalam mixer, pukul creamcheese bersama gula hingga sebati dan lembut. masukkan sekali cream oreo yg dikeluarkan tadi utk buat dasar.
  5. kaupbalikkan whipping cream, jus lemon dan gelatine.
  6. masukkan oreo yg telah dipatah-patahkan dan gaul sebati.
  7. tuang adunan keatas dasar. dan sejukkan 30minit.
  8. topping (optional) - tabur baki oreo yg telah dihancurkan keatas adunan dan sejukkan 4jam atau semalam sblm dinikmati.

verdict:

huduh bonar topping itu! takpe.. yg penting.. x meleleh walaupun lebih 30minit pada suhu bilik (sah2 la sebab ada gelatine :p) hmm.. mungkin next time topping tu kena eject cream dulu.. baru tak berketul2..

steam moist chocolate cake



baru saja berhajat utk mengurangkan pembuatan cake
tapi sebab nak cuba food steamer yg baru dapat..
buat kek jugakla.. sbb nak buat lompang atau talam
bahan2 tak pernah ada dalam simpanan..

dari semalam mencari resepi
akhirnya settled dgn resepi dari blog aunty yochana
orang seberang sinun ~ kota singa



resepi yang saya tulis dibawah ni ada separuh drp resepi asal
dan loyang yg saya guna ialah 9inci..
hasilnya.. kek agak pendek.
rasanya lebih molek kalau guna 8inci

bahan2:
  • 187g butter/ minyak jagung (saya guna minyak)
  • 1cwn gula castor
  • 1/2tin (200ml) susu cair
  • 1/2sdk esen vanilla
  • 2biji telur, dipukul sedikit
  • 1cwn tepung
  • 1/2cwn serbuk koko
  • 1/2sdk baking powder
  • 1/2sdk baking soda

tatacara:

  1. panaskan steamer. gris loyang dengan butter
  2. dalam mangkuk sedang, gaulkan minyak, gula, susu cair, telur dan vanilla. kalau guna butter, panaskan butter, gula dan susu hingga gula hancur dan butter cair. tutup api dan masukkan telur. gaul.
  3. ayak bahan2 kering: tepung, serbuk koko, bp & bs kedalam mangkuk besar. gaul sebati.
  4. masukkan bahan basah kedalam mangkuk kering dan gaul sebati.
  5. tuang adunan kedalam loyang dan steam selama 45minit.
  6. penutup steamer perlu dialas dgn kain atau aluminium foil utk mengelakkan air masuk kedalam adunan kek.

topping - dibawah adalaha separuh drp resepi asal

bahan2:

  • 1/2tin susu pekat
  • 1/4cwn minyak
  • 3sdb serbuk koko
  • secubit garam
  • 1/2sdk vanilla

tatacara:

  1. dalam periuk kecil, masak susu, minyak dan serbuk koko hingga likat.
  2. tambah garam dan vanilla dan gaul sebati.
  3. tunggu sejuk baru tuang keatas kek yg dah disejukkan.

verdict:

rasanya macam ada resepi yg lagi fower!
saya jumpa resepi lain dlm myresepi.. nak kena beli susu coklat dulu!

Friday, July 16, 2010

far breton ~ simple french prune cake



dah laaaama beli prunes..
hajat hati nak buat prune cake
tapi bila gugel tgk sana sini..
kebanyakan site kata kebiasaan dibuat utk hari raya
raya omputeh la tu..
jadi.. minda pun dah set..
nak buat utk jamu tetamu masa hariraya nanti ;)

masa tgh mencari resepi..
jumpa resepi far breton ni
gaya resepi tu macam puding!
rasanya mesti mak suka ;)

kebetulan food processor baru dapat..
yay! segera saya execute pembuatannya..
esok boleh posto ke rumah mak :D

peralatan: food processor/ mixer/ blender, loyang 1.8L (saya guna pyrex bulat 1.2L dan 2 bekas bulat kecil)
masa: penyediaan+pemerapan ~ 1jam, pembakaran ~ 30minit+30minit
tahap: senang

bahan2:
  • 4biji telur
  • 1 3/4cwn tepung
  • 3/4cwn gula
  • 1sdk esen vanilla
  • 3cwn susu (suhu bilik)
  • 2sdb butter, dicairkan
  • 10oz prunes (saya cuma ada 250gm), digaulkan dgn tepung
  • gula aising, utk tabur atas kek (optional)

tatacara:

  1. dengan menggunakan food processor, gaul-sebatikan telur dan tepung.
  2. masukkan gula dan esen vanilla.
  3. tuangkan susu perlahan-lahan dan biar adunan 30minit - 1jam.
  4. lengserkan loyang dgn butter cair.
  5. tuang adunan kedalam loyang dan taburkan prunes ke atas adunan.
  6. bakar pada suhu 205C selama 30minit.
  7. dah masak, biar dalam oven selama 30minit.
  8. boleh ditaburkan gula aising sblm dihidangkan

nota:

  1. kalau prunes agak kering.. rendam dalam teh panas beberapa jam.
  2. nak campur kismis pun boleh :)
  3. sedap dimakan panas2!

verdict:

tekstur mmg macam puding! so, saya kategori sbg puding <-- org peranchis jgn marah nooo.. ;)

saya suka prunes. saya suka puding.. maka saya sangat suka far breton ini!!

boston cream pie aka giant coco pie



macam coco pie kan?
tapi versi gedabak!
saya buat utk jamu kawan2 opis
sempena farewell 2org teman seperjuangan
seorang sambung phd.. seorang lagi buat online biz
saya ni kemana pulak halatujunya ya??

bahan2:
pastry cream
  • 1/4cwn gula (saya kurangkan sikit dalam 1sdb)
  • 3biji kuning telur
  • 20g tepung serbaguna
  • 3sdb tepung jagung (~30gm)
  • 1 1/4cwn susu
  • 1tsp esen vanilla
sponge cake
  • 5biji telur gred A, 3biji diasingkan putih-kuning
  • 3/4cwn gula, bahagi 2 (~6tbs + 6tbs)
  • 1/2sdk vanilla
  • 1/2cwn tepung kek (low protein flour)
  • 1/4cwn tepung serbaguna (gandum pun boleh)
  • 1sdk baking powder
  • 1/4sdk garam (saya letak secubit)
  • 3sdb susu
  • 2sdb butter
  • 1/8sdk cream of tartar (saya tak letak)
chocolate glaze
  • 4oz semisweet chocolate, dicincang
  • 1/2cwn heavy whipping cream
  • 1sdk butter
tatacara:
pastry cream
  1. buat pastry cream dulu: dalam mangkuk besi, gaulkan kuning telur dan gula hingga sebati (campuran ini tak boleh dibiarkan lama, ketulan2 telur akan terbentuk).
  2. ayak kedua2 tepung dan masukkan kedalam adunan telur. gaul sebati.
  3. panaskan susu dalam periuk kecil hingga agak2 mula nak mendidih. sebaik buih2 timbul tutup api dan tuang kedalam adunan telur perlahan2 sambil dikacau. kacau hingga sekata dan sebati.
  4. tuang kembali adunan kedalam periuk kecil tadi dan panaskan dan terus kacau (guna whisker) hingga mendidih.
  5. sebaik dah mendidih, tutup api dan tuang esen vanilla dan terus kacau lagi hingga betul2 sebati dan tiada ketulan.
  6. tuang dalam mangkuk bersih dan tutup mangkuk dengan clingwrap. simpan dalam peti.

sponge cake

  1. asingkan 3biji telur sementara masih sejuk. campurkan/satukan baki 2 biji telur kedalam kuning telur (terus masukkan dalam mixer).
  2. panaskan oven ke 177C dan griskan 2 loyang 8i atau 9inci & lapik dgn kertas tekap.
  3. gaulkan bahan2 kering: tepung kek, tepung serbaguna, bp dan garam. ketepikan dulu.
  4. panaskan susu dan butter dalam periuk kecil hingga butter cair. tutup api dan ketepikan dulu.
  5. dalam mixer, pukul kuning telur + 2telur bersama 6sdb gula hingga kembang dan pucat (lebih kurang 5minit atau lebih)
  6. dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan cream of tartar pada kelajuan rendah, hingga berbuih.
  7. naikkan kelajuan ke medium. masukkan 6sdb gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental (puncak terbentuk).
  8. kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan kuning telur sedikit demi sedikit, menggunakan spatula plastik.
  9. tabur tepung kedalam adunan dan kaupbalikkan perlahan-lahan.
  10. buat telaga ditengah2 adunan dan tuang susu tadi dan kaupbalik hingga sebati.
  11. tuang kedalam kedua2 loyang dan bakar 20minit.
chocolate glaze
  1. letakkan coklat yg telah dicincang dalam mangkuk besi.
  2. panaskan susu dan butter hingga agak2 mendidih (buih mula kelihatan, terus tutup api)
  3. tuang susu panas kedalam coklat dan biar 3-4minit baru kacau sebati
cake assembly
  1. letakkan sebiji kek atas pinggan/ tapak kek dlm keadaan dasar kek keatas.
  2. sapu pastry cream hingga sekata (tebal jugak ni)
  3. letakkan lagi sebiji kek dan tuang coklat ke bahagian tengah dan sapu dgn offset spatula supaya rata dan jatuh meleleh ke bahagian tepi kek.
nota:
dlm joyofbaking kata sedap dimakan pada hari pembuatan..


slice terakhir.. habuan anak2 kecil..
kek dah senget benget dah :p

verdict:
kek tak moist tapi sedang elok teksturnya.
campuran 3 bahan: kek+cream+coklat mmg sepadan!
tapi rasanya tak daya nak buat dah.. fenats!
hehe.. belum buat chocolate indulgence lg tu..
kecoh sungguh! :p

Thursday, July 15, 2010

pandan chiffon cake

puas saya mencari resepi
yang menggunakan air pandan
tapi yg jumpa.. jus pandan dan hanya guna 1/2tbs
saya rasa itu bukan air pandan
ada pulak yg guna 8tbs air pandan
ada kelogikan disitu
tapi bila cari semula.. tak jumpa!!

maka saya terpaksa merekacipta resepi sendiri
yang diadaptasi dari beberapa resepi..



peralatan: mangkuk besar, mixer, loyang tube 26inci
tahap: sedang (kalau kena asing telur mmg bukan senang dah bg saya :p)
masa: penyediaan ~ 30minit, pembakaran ~ 35minit.

bahan2:
bahan A:
  • 6biji kuning telur (gred A) <-- saya guna 7 biji.. cik abe beli gred C kot? sgt cinoni!
  • 1/2cwn gula
  • 100ml santan <-- saya guna santan kotak
  • 70ml air daun pandan
  • 1/4cwn minyak sayur
  • 1 3/4cwn tepung naik sendiri, diayak
  • 1sdt pewarna hijau
bahan B:
  • 6biji putih telur
  • 1/2tsp cream of tartar
  • 3/4cwn gula
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C. loyang tube jangan di gris!! kalau gris kek tak boleh panjat (tak naik).
  2. dalam satu mangkuk besar, satukan kesemua bahan A dan kacau guna whisker.
  3. untuk bahan B, dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar. masukkan gula sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kental.
  4. kaupbalikkan bahan B (putih telur) kedalam mangkuk A sedikit demi sedikit dengan perlahan-lahan. jangan sampai poket2 udara pecah.
  5. tuang ke dalam loyang dan bakar selama 35minit.
  6. dah masak, keluarkan dari oven dan tonggengkan loyang.. biar dalam keadaan begitu hingga kek sejuk.
nota:
saya guna loyang non-stick (sapa la ajaq suruh beli tube pan non-stick ni??) yang boleh dibuka dasarnya. dan kek saya sgt lembut! makanya.. bila saya tonggengkan loyang.. slps 5minit, kek terjun kebawah!!
saya rasa saya kena tambah jumlah tepung.. mungkin jadi 2cwn.. dan saya lupa nak letak garam secubit.. walhal dah memang plan :<

verdict:
kek sangat2 lembut!! kurang manis.. & budak2 sangat suka!
tapi rasa mcm ada yg tak kena.. apakah efek daripada ketiadaan garam?
hah! kawan saya kata terlebih santan! of course! santan kotak itu sgt pekat! saya patut campur dgn air dulu! ok ok.. saya akan buat sedikit modifikasi dari resepi ni:
  1. tambah tepung = 2cwn
  2. kurangkan santan, tambah air tp jumlah ttp sama = 100ml
  3. secubit garam

Wednesday, July 14, 2010

cranberry blondies with white chocolate


dah lama beli dried cranberry
sampai lupa tujuan asal nak buat apa
sambil menyusu sikecik saya browse cari resepi
cranberry blondies
dan jumpa yang ada cream cheese frosting
dalam bakespace & taste of home

esok ada research group gathering
saya berhajat utk sedekah cranberry blondies ni
di starbucks ada jual rupanya
tapi mungkin bukan disini kot?
its called cranberry bliss bars
tapi bukan selalu ada.. its seasonal

peralatan: mixer, spatula, baking pan 9x13
masa: penyediaan ~ 30minit (lama nk chop cranberry :p), pembakaran ~ 20-25minit
tahap: senang-sederhana

bahan2:
blondies:
  • 1cwn (225gm) butter, dilembutkan
  • 1 1/2cwn gua perang
  • 2sdk vanilla
  • 2 biji telur besar
  • 2 1/4cwn tepung
  • 1 1/2sdk baking powder
  • 1sdk garam (saya kurangkan sbb guna butter bergaram)
  • 11oz white choc chip (saya guna 1cwn)
  • 1cwn dried cranberry, dicincang (saya terpaksa kurangkan 1/2cwn)

frosting:

  • 4oz cream cheese, dilembutkan
  • 2cwn gula aising (saya kurangkan 1cwn)
  • 1/2cwn dried cranberry, dicincang (saya terpaksa kurangkan 1/4cwn)
  • 1sdk vanilla
  • 6oz white choc, dicairkan (saya tambah ikut resepi tasteofhome)

tatacara:

  1. panaskan oven ke 170C dan gris loyang dgn butter.
  2. blondies: dalam mixer, pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna pucat.
  3. masukkan esen vanilla diikuti dengan telur, satu demi satu.
  4. masukkan tepung, bp dan garam.
  5. masukkan choc chip dan cranberry dan gaul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan ratakan dengan menggunakan spatula.
  7. frosting: pukul cream cheese & gula aising hingga sebati.
  8. masukkan esen vanilla dan choc cair separuh.
  9. tuang keatas blondies yg dah sejuk (suhu bilik) dan tabur cranberries.
  10. paipkan baki white choc cair tadi keatas frosting <-- saya fail part ni! huduh bebenar rupe :(

nota:

kali ke2 saya buat blondies.. kejadian lalu berulang kembali.. its overbaked!! hasilnya agak kering :( mula2 saya pusing timer ke 20min.. dah bunyi ting! tgk2 masih lembut.. tambah 10min lagi & tak sempat cek lgsg sbb dah kena masuk tidur <-- tidurkan anak2 dgn ummi depa sekali hanyut.. (sokmo gini tau!)

dried cranberry saya terpasa kurangkan sebab hanya beli 100gm (rm4.90) dan dapat tak sampai 1cwn penuh :(

white choc cepat keras!! makanya.. kena pipe cepat2. kalau keras, cairkan kembali dalam microwave..

saya berperasaan blondies ni sgt manis! kita tunggu verdictnya esok!

Tuesday, July 13, 2010

mental notes

saya ni bukan boleh..
kalau tak tulis mmg lupa la..
pastu mula nak ghaplah!
boleh tak nak salahkan byk urat putus due to labor? :p

dah setel most of the baking list hari tu..
dan ada jugak yg kena improvise plan
kepala mula ligat fikir nak buat apa pulak
kena pulak dah petang2 camni..
dan banyak kerja dah setel..
  1. pandan chiffon cake instead of milo - sbb member bagi pandan banyak!!
  2. roti naik or brioche - dah lama x buat roti.. windu!
  3. asikla kecoq tgk kek ber-oreo ni.. nak kena try jugak 1/2resepi!!
  4. key lime tart <-- saya akan usaha utk dapatkan tart crust yg betul & enak & molek!
  5. and to try a roll&cut cookies ie: korova cookies
  6. kena reinsert balik - non-bake oreo ciskek <- for the orphans.. asik delay ja :(
  7. ermm.. if i can get hold of fresh strawberries.. am gonna make pavlova!!
  8. ada beli prunes.. saja2 beli.. hajat hati nak buat prunes cake.. tp tgh contemplate.. sbb jumpa resepi far breton.. looks like a pudding. mesti mak suke :)
  9. err.. err.. teringin plak nak rasa friands ni.. ;)
belum study betul2 lagi all those recipes..
dan saya dah lama terfikir..
asikla buat kek bodo.. i mean.. simple cake
nak try layer cake tapi saya tak minat!
dah tu nanti.. sapa nak makan?
so, kena spend time betul2 study.. then only execute
just for special occasion.. a birthday maybe?

or might as well forget about cakes
except when requested by the kiddos
and concentrate more on bars
kenapa ya? sebab saya suka!! :p

and oh! saya mesti polish skills on tarts & pies
takut sebenarnya.. :p
sebab dah pernah buat..
the crust is so manja!
kena keluar masuk peti ais
but then.. sampai bila pun tak gheti nanti!

so..
here and now i swear to myself
i shall conquer my fear of making pies & tart!
and i will try out various kind of pies & tart crust!

Sunday, July 11, 2010

black magic cake ~ my birthday cake



cik abe ada belikan kek coklat lembab
dan kami anak beranak dah habiskan dalam 1.5hari
rasa tak cukup2 & tak puas2 makan kek coklat..

bila cari resepi.. yg saya jumpa semua kena kukus!
periuk kukus dah berlubang.. dah tampal, berlubang lagi
niat dihati nak beli electric steamer tp belum sampai seru
jadi.. go ahead dulu dgn resepi black magic cake

ramai pulak assistant chef malam ni..
(tinggal sikecik dok melayan vcd sorang2)
tukang sukat, tukang kacau, tukang rasa.. semua ada!
sambil buat sambil nyanyi hepi besdey ummi :D

dah siap pukul semua dgn mixer..
masing2 sibuk nak rasa adunan tu
masa tuang kopi kedalam adunan..
masing2 bising.. nanti tak sedap!!!
tapi dah siap kacau..
eh! sedapla ummi!
ha.. tau takpa ;)

peralatan: mangkuk dalam (bekas mixer pun boleh), spatula, mixer, 2 loyang 9inci
masa: penyediaan ~ 30minit, pembakaran ~ 35-40minit
tahap: senang

bahan2:
  • 2cwn gula
  • 1 3/4cwn tepung
  • 3/4cwn serbuk koko
  • 2sdk baking soda
  • 1sdk baking powder
  • 1sdk garam
  • 2biji telur, dipukul sedikit
  • 1cwn buttermilk <-- campuran 1cwn susu+1sdb cuka
  • 1cwn kopi pekat
  • 1/2cwn minyak sayur
  • 1sdk vanilla

tatacara:

  1. mula2 saya sediakan buttermilk dan kopi pekat.
  2. panaskan oven ke 175C dan gris 2 loyang 9inci dengan butter dan tabur tepung.
  3. gaulkan bahan2 kering: gula, tepung, bs, bp dan garam dalam mangkuk dalam atau bekas mixer.
  4. tuangkan bahan2 basah kedalam bahan kering dan pukul selama lebih kurang 2minit. adunan mmg agak nipis (cair).
  5. tuang kedalam loyang dan bakar selama 35-40minit. (saya guna loyang 1 loyang 9inci yg dalam.. masa pembakaran lebih 60minit) - cucuk lidi dan pastikan lidi keluar bersih.. baru konfem kek masak.
  6. frost kek bila dah sejuk.. sesuka jiwaraga..

saya ikut resepi frosting/ ganache joyofbaking.com:

  • 8oz dark/ semisweet coklat dipotong kecil2 (saya guna milk coklat <-- lemak bersusu!
  • 3/4cwn heavy whipping cream
  • 2tbs butter
  1. potong kecil coklat dan letakkan dalam mangkuk besi
  2. panaskan cream & butter dlm periuk kecil sampai mendidih sikit. tuang kedalam coklat dan biar dalam 5minit baru kacau sampai licin.
  3. biar sejuk sikit.. (masuk peti sejuk pun boleh) baru tuang & sapu keatas kek

yang ni bekalan ke opis

nota:

tengah2 saya layer dengan jem stroberi tp nipis sangat.. tak rasa langsung! uhuk uhuk.. :(

tapi gumbira sebab skill memotong kek dah UP sikit :D

verdict:

frosting tu lemak sangat! haisyh!! tapi kek tu sendiri mmg yummy & tak muak.

next time nak buat dalam loyang 4segi & potong 4segi.. tanpa frosting/ganache! senang budak2 nak makan.

red velvet cake ~ upon request

alkisahnya.. adik ipar teringin nak rasa red velvet ni..
saya dah buat 2x.. tapi belum puas hati..
ada saja silapnya..

pertama kali.. frosting runny sbb overbeat cream
yg kedua kali.. kek kurang gebu sbb salah guna tepung
maka saya pun buat slps dinner..
tapi buat satu adunan saja



alhamdulillah.. kali ni xdak silap..
sempat pass kat adik nun diperlis..
dia kata lg sedap drp yg sebelum2 ni
;)

nota:
rasanya nak kena beli jugak loyang 7inci..
khas utk mencuba dan membuat separuh resepi!

Friday, July 9, 2010

cheesecake squares

nama macam grand... tapi ciskek biasa saja ni..
cuma dibakar dalam loyang 4segi dan dipotong 4segi
maka jadilah cheesecake 4segisama :p

saya buat utk santapan staff slps meeting nnti
malam tidur tak lena sebab dah plan nk buat semalam
tapi sikecik mengamuk2 susah nak tidur
layan sampai dia tidur.. dgn mak dia skali hanyut..

pagi td sblm azan subuh dah mula operasi
rasanya lebih mudah buat ciskek squares ni
daripada ciskek yang saya pernah buat sblm ni

peralatan: mangkuk sedang. mixer/ blender, loyang 4segi sama (rekemen guna 9x13 tp saya guna 8x8)
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran 20minit.
tahap: senang

bahan2:
dasar:
  • 2cwn biskut digestive, dihancurkan
  • 2sdb gula
  • 113gm butter, dicairkan <-- betul2 cair!
filling:
  • 2 creamcheese 8oz (saya guna 1 setengah ketul <-- itu ja yg ada), dilembutkan
  • 1/2cwn gula
  • 1sdb jus lemon
  • 1sdk parutan kulit lemon (saya tak letak <-- yilek)
  • 1sdk vanilla
  • 2biji telur besar
tatacara:
  1. panaskan oven ke 160C dan alas loyang dgn aluminium foil (supaya senang nak angkat dan potong)
  2. dasar: dalam mangkuk sedang, hancurkan biskut (saya guna batu tumbuk) dan campurkan gula kemudian baru masukkan butter cair.
  3. tekankan adunan/ campuran tersebut ke dasar loyang. nak bagi rata.. tekan dengan tapak gelas. bakar selama 10minit. (sebab saya guna loyang kecil.. saya bakar 20minit)
  4. dah "ting!", keluarkan dan biarkan pada suhu bilik. naikkan suhu oven ke 175C.
  5. filling: dalam mixer/ blender, pukul creamcheese sampai lembut (smooth).
  6. kemudian, masukkan gula, jus lemon dan vanilla. pukul sebati.
  7. masukkan telur dan gaul sebati (sekejap je.. tak perlu lama2).
  8. tuang ke dalam loyang dan bakar selama 20minit (saya bakar 35minit).
  9. biar pada suhu bilik sebelum disejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  10. dah keluar peti sejuk baru potong 2inci (saya potong sukahati :p) dengan menggunakan pisau paling tajam yang ada dirumah :p
  11. sebelum potong boleh dilapisi blueberry topping atau apa2 yg disukai..
verdict:
just nice :)
agak2 kalau buat saiznya (nipis) sebijik mcm dlm joyofbaking ada beza tak?

Thursday, July 8, 2010

kopi434 muffins

kebiasaannya sblm saya mula prosedur membakar
saya akan study resepi berulang kali
sambil menconteng2 kertas resepi..
sampai boleh imagine cara pembuatannya

dan saya akan keluarkan kesemua bahan2
baru mula operasi timbang-timbangan
tapi pagi tadi.. dalam pening2 berat kepala
saya buat jugak mocha muffins ni..
sebab dah plan nak buat utk breakfast
7.10am mula operasi, 8.05am bunyi "ting!'
tanpa mengeluarkan kesemua bahan
saya prepare bahan basah dulu..
mula2 buat buttermilk - panaskan sikit susu yg br keluar dr peti, campur cuka
lps tu buat kopi - rendam 1 uncang kopi 434 sekejap dan masukkan dlm peti
kemudian baru sukat bahan kering

dah selamat masuk oven baru rasa macam ada yang tak kena
kenapa nama mocha tapi takdak koko??
rupa-rupanya tertinggal serbuk koko!!!!
hahahahaha.. maka jadiklah ia kopi434 muffins
:p


peralatan:
2 mangkuk sedang, spatula, whisker, loyang muffin & muffin cups
masa: penyediaan ~ 30minit, pembakaran ~ 20-25minit
tahap: senang

bahan2:
  • 3biji telur besar (gred A)
  • 1cwn buttermilk <-- 1cwn susu dicampur dgn 1sdb cuka
  • 3/4cwn minyak canola
  • 1/2cwn kopi pekat, pada suhu bilik
  • 1sdk vanilla
  • 1 1/2cwn tepung biasa (plain/ gandum)
  • 1 1/4cwn tepung whole wheat
  • 1/3cwn serbuk koko <-- saya tertinggal!!! :p
  • 1cwn gula perang
  • 1tsp baking soda
  • 1/2tsp baking powder
  • 1/2tsp garam
  • 1cwn walnut cincang kasar <-- beli yg siap cincang senang keroje ;)
  • 1cwn chocolate chips and or white chips ( & kalau jumpa cappucino chips sila letak)
tatacara:
  1. mula2 saya sediakan buttermilk dan kopi dulu..
  2. panaskan oven ke 190C dan alas muffin pan dgn muffin cups
  3. dalam satu mangkuk sedang, gaulkan bahan2 basah: telur, minyak, buttermilk, kopi dan vanilla dengan menggunakan whisker.
  4. dalam mangkuk lain, gaul-sebati bahan2 kering: kedua-dua tepung, serbuk koko, gula, bs, bp, walnut dan choc chips menggunakan spatula. buat lubang ditengah2 (macam kolam).
  5. dengan spatula tadi, gaulkan bahan basah ke dalam bahan kering sampai agak sebati. jangan lama2 nanti muffins jadi keras.
  6. cedok kedalam acuan dan bakar 20-25minit (saya bakar 25minit sbb acuan dalam). nak pastikan dah masak.. cucuk muffins dgn lidi.. kalau lidi keluar bersih maka dah masak molek dah tu..
verdict:
walaupun tanpa serbuk koko..
tetap menyelerakan terutama masa masih panas2!
makan seketul pun dah kenyang
boleh buat lagi ni ;)

Wednesday, July 7, 2010

sacher torte

akhirnya.. sacher torte menjadi pilihan saya
untuk dijadikan besdek kek cik abe (bukan pilihan cik abe :p)
tapi besdey kek terlewat 2hari daaa...


kek ini asalnya dari vienna.. dah glamer sejak 175tahun dulu!!
dan resepinya adalah rahsia!!!
yang saya dapat dari en. joepastry ini
dia katakan menghampiri yang asli :)

nak ke vienna sendiri entah bila..
kalau pergi pun macam tak berani je nak makan
sebab kek orang puteh byk letak alcohol
boleh baca sejarah kek ni disini dan juga dari cik wiki

peralatan: mixer, mangkuk sedang, spatula, springform 10inci (saya guna 9inci), periuk kecil
masa: penyediaan: saya yang lembab ambil masa 45minit (kes nak asingkan telur :p), pembakaran: 15min+ 35~45minit
tahap: sederhana

bahan2:
sponge kek:
  • 5 ½ oz coklat pahitmanis
  • 5 ½ oz butter
  • 7 oz (1 cup) gula
  • 2 ½ sdk esen vanilla
  • 5 oz kuning telur (~10biji gred B)
  • 1 biji telur
  • 7 oz putih telur (~8biji gred B)
  • 5 ½ oz tepung kek - diayak
  • apricot jam, diproses (food processor) hingga hancur <-- saya guna apricot glaze
the glaze:
  • 7 oz gula
  • 3 oz air
  • 6.5 oz coklat pahitmanis
tatacara:
  1. alas loyang springform dan gris dan tabur tepung pada dasar dan dinding loyang.
  2. panaskan oven ke 160C dan letak rak pada bahagian terendah.
  3. cairkan coklat dalam microwave 10saat - kacau - 10saat - kacau - sampai cair dan biarkan sejuk tapi masih boleh mengalir.
  4. pukul butter bersama 1/4cwn gula (drp 1cwn td) hingga kembang dan warna pucat.
  5. masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan akhir sekali masukkan sebiji telur. gaul sebati.
  6. masukkan esen vanilla. gaul sebati.
  7. tuang coklat kedalam adunan butter-telur dan pukul pada kelajuan sederhana. biarkan dahulu. <-- dinamakan chocolate buttercream
  8. pukul putih telur sampai berbuih2 dan masukkan baki gula (3/4cwn) dan pukul hingga puncak lembut (soft peaks) terhasil. <-- dinamakan meringue
  9. dengan lemah lembut, kaupbalik 1/3 meringue kedalam buttercream hingga hampir sebati. masukkan tepung yang telah diayak ~ 1/3drp keseluruhan tepung. kaupbalik hingga sebati.
  10. ulang langkah 9 hingga akhir/ habis meringue & tepung.
  11. tuang adunan kedalam loyang dan bakar 15minit dengan keadaan pintu oven sedikit terbuka (selit sudu kayu pada pintu oven).
  12. sambung bakar 35-45 minit dengan keadaan normal (pintu oven tutup rapat) <-- saya bakar 45minit sbb guna loyang kecil.
  13. biarkan sejuk sblm dikeluarkan drp loyang dan dipotong horizontal kpd 2bhg. <-- sepupu cik abe tlg potong.. dia buat 3bahagian! wooohoooo!!! suke!!
  14. sapu apricot jem/ glaze pada lapisan bawah dan tangkup lapisan atas dan sapu lagi ke keseluruhan kek.
  15. biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 1jam (saya biar semalaman :p)
  16. sediakan glaze: dalam periuk kecil, didihkan air + gula dan masukkan coklat dan kacau dengan api kecil.. hingga kembali mendidih.. dah didih, tutup api.. dan teruskan mengacau sampai agak sejuk (joepastry kata suhu ~ 150C).
  17. tuang glaze keatas keseluruhan kek. kena cepat2 sbb glaze akan mengeras dan bila dah keras akan jadi tak lawa ~ a bit patchy here & there.
verdict:
satu kelainan pada kek ni: aprikot glaze.
kek ni tak rasa coklat sangat. tp tetap sedap!
dan.. kek ni mantop!! tapi lembut.. cemana tu? kena cuba sendiri ;)
agak manis toppingnya (mungkin boleh kurangkan gula esp kalau guna dark choc compound instead of bittersweet choc <--macam sama je?)
sangat puas hati sebab dapat buat dan..
dapat merasa kek glamer pilihan golongan aristokrat dulu2.
Alhamdulillah...

Friday, July 2, 2010

julia child brownies

saya memang minat makcik julia nih..
sejak tengok cerita julie&julia..


kepingin jugak nak cuba resepi dia..
tapi tak pernah terlintas nak mencari
minggu lepas terjumpa resepi browniesnya
saya buat pagi tadi utk bekalan ke perhentian nanti

peralatan: mangkuk besi, spatula, mixer, loyang 9x9 (saya ada & guna 8x8)
masa: penyediaan ~ 20minit, pembakaran: 20-25min
tahap: sederhana

bahan2:
  • 1 1/4cwn tepung
  • 1sdk garam
  • 8oz butter tanpa garam
  • 4oz unsweetened chocolate (coklat masakan) - dicincang halus
  • 2oz coklat pahit (saya guna dark choc) - dicincang halus
  • 2cwn gula
  • 1sdk esen vanilla
  • 4biji telur
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C. loyang tak perlu gris.
  2. ayak tepung dan garam dan ketepikan dulu.
  3. cairkan butter bersama2 coklat dalam periuk kecil dan kacau supaya coklat tak 'masak' (saya guna teknik double boil ~ pepandai sendiri tapi saya tak perlu risau coklat terlebih masak/ panas).
  4. masukkan gula 1cawan kedalam adunan coklat. jauhkan/ keluarkan dari api dan masukkan esen vanilla. gaul sebati.
  5. dalam mangkuk yang berasingan, campurkan baki 1cawan gula dengan telur dan kacau guna whisker.
  6. masukkan separuh adunan telur tadi kedalam adunan coklat perlahan2, sedikit demi sedikit. gaul sebati.
  7. baki adunan telur tadi dipukul dengan mixer sampai kembang dan naik 2x ganda (~3minit).
  8. kaupbalikkan adunan telur yang telah dipukul kedalam adunan coklat dengan penuh kelembutan wanita sejati..
  9. dah sebati.. tuang kedalam loyang dan bakar selaam 20-25min. saya bakar 35minit sebab guna loyang kecil.
nota:
cara pembuatan agak renyah kalau dibandingkan dengan brownies lain..
tapi bagi saya.. worth the effort!
lebih sedap kalau dimakan directly out of fridge!

verdict:
brownies paling fudgy & chocolate-y!
sangat padat rasa coklatnya.. yummyumm!
pandai makcik julia ni rekacipta resepi..


p/s: tak sempat snap sbb 3/4dah tapau.. baki dah licin bila balik

lemon poppy seed quickbread



semalam cik abe dah beli lauk utk berbuka
jadi, tak perlu nak masak dah.. ;)
sempatlah nak godek2 dapur..
siaplah quickbread ni masuk oven sblm azan maghrib
slps siap berbuka & kemas2, bunyi "ting!"

quickbread ni macam kek jugak
rasa pun macam butter kek
cuma dibakar dlm loaf pan
loyang yg guna utk bakar roti
memang senang!

peralatan: mangkuk sedang, whisker, mixer, loafpan 8x4 (9x5 pun boleh)
masa: 20min penyediaan, 55-60min pembakaran, 10-15min solekan
tahap: senang-sederhana

bahan2:
  • 3biji telur besar
  • 1 1/2sdk esen vanilla
  • 1/4cwn susu
  • 1 1/2cwn tepung
  • 1sdk baking powder (bp)
  • 3/4cwn gula
  • 1/4sdk garam (kalau guna buttercup letak 2cubit je)
  • 1sdb parutan kulit lemon <-- saya x sempat beli lemon :(
  • 3sdb biji poppy <-- saya letak 1 1/2sdb saja
  • 185gm butter yang telah dilembutkan (kalau baru keluar peti ais.. panaskan dlm microwave 20~25s)
*lemon syrup: 1/4cwn jus lemon + 1/3cwn gula

tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C dan gris loaf pan dan lapik dgn kertas pada dasar & tepi (keliling) dan gris & tabur tepung keatas kertas (saya cuma lapik kertas).
  2. dalam mangkuk sedang, pukul telur, esen dan susu (pastikan pada suhu bilik) dgn whisker.
  3. dalam mixer, gaulkan tepung, bp, gula, garam, parutan lemon dan biji poppy.
  4. masukkan kesemua butter lembut dan separuh adunan telur dan pukul dgn kelajuan rendah. dah sebati baru naikkan ke kelajuan sederhana dan pukul selama 1minit.
  5. kurangkan kelajuan dan masukkan baki adunan telur dalam 2 peringkat. slps 1peringkat, pukul 30s dan slps peringkat kedua (penghabisan) pukul lg 30s.
  6. tuang aduna kedalam loyang dan bakar 55-60s.
  7. selepas 30minit, tutup loyang dengan kertas aluminium utk mengelakkan bahagian atas jadi terlalu hitam & kering.
*sementara kek siap, didihkan jus lemon dengan gula - untuk solekan
  1. setelah "ting!", keluarkan kek dan cucuk2 bahagian atas kek dengan lidi.. & tuang lebihkurang separuh sirap lemon keatas kek (saya guna sudu besar.. tabur sikit2)
  2. biarkan kek sejuk dalam loyang dalam 10-15minit.. kemudian keluarkan dari loyang dan sapu baki sirap keseluruh bahagian kek.. bawah, tepi , atas, kiri & kanan sampai habis sirap lemon tu.
  3. biarkan kek sejuk dan balut dgn plastik clingfilm dan simpan semalaman sebelum dihidangkan.
verdict:
uuu.. sedap!!!!!!!!
tekstur kek mcm butter kek
tapi sapuan sirap lemon membuatkan kek ni sangat spesial
saya sukak!
:)

oh! this is my 100th post!!
meaning.. dah lebih dr 100 resepi dah dicuba..
hmm.. kemana saya selepas ini??

chocolate oatmeal cookies

seperti yang dirancang
saya dah pun buat cookies ni
tapi bukan rabu malam..
malam tu keletihan sangat2..

saya buat pagi khamis..
slps sahur.. slps hantar sepupu ke lrt
dlm 7am baru mula operasi
tapi bahan2 dah keluarkan awal2 lagi

resepinya:
  • 90g butter - dilembutkan ke suhu bilik
  • 25g gula castor
  • 25g gula perang
  • 1biji telur - dipukul sedikit
  • 1tsp esen vanilla
  • 1/4tsp garam
  • 100g tepung serbaguna (gandum pun boleh)
  • 100g rolled oats
  • 50g walnut - dicincang halus
  • 20g dark semi-sweet chocolate - dicincang halus
  • 60g mini chocolate chips
tatacara:
  1. panaskan oven ke 190C dan alas baking tray dgn kertas.
  2. pukul gula & butter hingga kembang dan warna pucat
  3. masukkan telur. gaul sebati.
  4. masukkan garam dan esen vanilla. gaul sebati.
  5. ayak tepung kedalam adunan dan kaup balik guna spatula.
  6. masukkan walnut, coklat dan coklat chips. gaul sebati guna spatula.
  7. jatuhkan atas baking tray guna sudu besar, jarakkan sedikit antara cookies tersebut.
  8. bakar 8-10minit (saya bakar 15minit).
nota:
saya cuba dollop guna sudu kecil
walaupun dalam hati dah terlintas
baking soda & powder lgsg takdak nih..
macam takkan kembang setaman ja cookies ni??

tepat sekali katahatiku itu..
ada separuh adunan lagi..
boleh dollop guna sudu besar nanti.. lawa la sikit!
tapi dah tak sempat nak bakar sebab dah 8am
--> time to head the office!

saya simpan baki adunan dalam peti ais
balik dari ofis saya nak sambung pembakaran
tapi pembantu saya dah siap bakar semua!!!!!!!!
tidakkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"apa ibu tidak mau saya bakar semuanya???"
hellllooooo!!! i never told u to do so!!!
ni la yg org kata.. bila cerdik pun susah!


kesemua cookies jadi besaq sikit ja dr ibu jari
udahla dollopannya huduh!!! huhuhuhu..
takpa.. do think positive junot..
senang nak pelup masuk mulut..
skali pelup ja.. dah selamat..
x perlu risau berterabur sana sini
;)

Thursday, July 1, 2010

our birthday cake

yang masih dalam mimpi..
:p




saya rasa macam nak buat sachertorte
utk birthday encik suami mggu depan
kena stadi dulu dari encik joe & CH

dah 2x buat chocolate torte & encik suami suka
tapi, saya rasa dia lagi suka kek baru kat SR
pecan butterscotch cake & blueberry cheesecake
tapi bini dia tak pandai buat :(
jumpa resepi pn.martha.. mak aii.. renyah sungguh!
--very the time consuming!!
kacang pekan tu pun dah lama xdak stok di bagusbakery

yang ni pulak saya teringin nak buat utk birthday seniri
selang seminggu dgn encik suami ;)
nanti2lah kot? slps birthday pun boleh..

ataupun.. buat german chocolate cake?
dah lama dok belek dalam buku bettycrocker
tapi takdak kacang pekan la pulak!
dah.. dah.. saya dah mula ghaplah dah!

alah.. susah2 buat chocolate cake je la..
kebetulan tengah mencari resepi chocolate moist cake..
rasanya nak cuba resepi dari fp pn.rinnchan
ish.. rasa mcm nk terai buat black magic cake la pulak..
sebab yang buat hari tu utk kawan x rasa pun..

alamak! terjumpa chocolate gateau lah!!
hmm.. yang mana satu ni???
mmg ghaplah jingga sungguh!
tengoklah nanti macam mana..
yang dah ada dalam list pun belum execute..
:-<



Related Posts with Thumbnails