Monday, December 6, 2010

apam beras botak

hari tu tengok zarin buat apam beras..
sungguh ku tergoda!
haha.. macam tak betul ja..
tgk apam pun boleh tergoda :p

bila tengok ada lebihan nasi dalam periuk..
cepat2 amek simpan 1cawan
konon2 nak buat pagi esok
lahai.. nak kena perap 3jam-lah!
memang kena tggu hari cuti :(

sabtu pagi berjaya jugak execute :)
tapi syahdunya anak teruna yg suka apam tak minat
dia kata keras! alaa... kat mana silap plak ni???
udahle kalernye over-dose!
uhuhuhu..

apam beras yang botak ;)


sumber: zarin
bahan2:
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam <-- tak letak (budak2 tak minat)
tatacara:
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

muaz nak satu apam satu kaler jer.. taknak macam traffic light hari tu

No comments:

Related Posts with Thumbnails