Tuesday, August 31, 2010

chocolate mayonaise cake

dell mintak buatkan kek ni..
saya pernah jumpa dulu..
tapi tak baca detail.. tgk tajuk rasa macam.. eughhhh..
bila disuruh adik yang tengah pregnant
saya usahakan baca & belek..
rasa macam okay ja pun..
so, never judge the cake by its title ok!

sumber: acozykitchen.com

bahan2:
  • 2oz bittersweet chocolate (saya guna dark coklat), dicincang
  • 2/3cwn serbuk koko
  • 1 3/4cwn air panas menggelegak
  • 2 3/4cwn tepung
  • 1 1/4sdk baking soda
  • 1/4sdk baking powder
  • 1cwn gula castor
  • 1cwn gula perang
  • 1 1/3cwn mayonaise
  • 2biji telur
  • 1sdk vanilla
tatacara:
  1. panaskan oven ke 175C dan sediakan 2 loyang 9inci (saya guna loyang silikon)
  2. sebatikan dark coklat, serbuk koko dan air panas.
  3. ayak tepung. baking soda dan baking powder. ketepikan.
  4. pukul mayonaise dan gula hingga kembang (dalam 3minit). masukkan telur satu demi satu. masukkan vanilla.
  5. masukkan adunan tepung & coklat secara selang seli: tepung-coklat-tepung-coklat-tepung-coklat-tepung. gaul sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar 30-32minit.

kuciwa dengan loyang silikon itu!
rupa macam pisang salai pun ada :))

hokkaido milk loaf

dah lama teringin nak cuba buat roti ni
sebab nak habiskan whipping cream..
tapi tepung kek xdak stok kat bagus
tadi mengemas lemari barang2 dapur
jumpa separuh peket tepung kek! yay!
segera saya execute pembuatan roti ni
bekalan untuk sahur nanti :)

sumber resepi: angie's recipe

bahan2:
  • 540g tepung high protein (tepung roti)
  • 60g tepung low protein (tepung kek)
  • 10g yis kering
  • 30g susu tepung
  • 80g gula
  • 9g garam
  • 1biji telur
  • 250g fresh milk
  • 150g whipping cream
tatacara:
  1. campurkan semua bahan2 dalam mixer. pastikan yis tidak bercampur dengan gula dan garam untuk mengelakkan dehydration.
  2. uli hingga doh jadi elastik dan non-sticky dan tidak melekat pada dinding mangkuk mixer (saya uli dalam 20minit pada kelajuan perlahan). 
  3. tutup dengan tuala basah dan biarkan doh rehat 60minit hingga naik 2x ganda.
  4. tumbuk perlahan2 untuk keluarkan angin. bahagikan kepada 4bahagian dan bentukkan menjadi bulat. rehatkan lagi 20minit.
  5. roll panjang dan gulung dan letak dalam loyang roti 13x13x12cm (saya ada 9x5inci saja jadi dapat letak 3roll saja. lagi satu roll masuk loyang 8x4. part roll & gulung saya gagal!! huduh bonar rupanya!)
  6. biarkan doh naik 2/3 loyang. sapu permukaan doh dengan egg wash atau susu (saya guna susu+madu sikit).
  7. bakar dalam oven yang dah dipanaskan 170C selama 40minit.
cik abe & abah kata macam roti tu sakit gigi :(




tapi bila belah.. jadik je.. lembut plak tu ;)

brownies cookies

saya jumpa resepi ni dalam indonesian cooking club - ncc
tak pernah lagi rasa.. tu yang cuba buat..
tahan ke dak untuk hari raya tak tahu lah..

bahan2:
  • 4biji telur
  • 225g gula castor <-- saya kurangkan ke 200g saja
  • 25g serbuk koko
  • 200g tepung low protein (tepung kek)
  • 125g mentega
  • 125g dark cooking coklat
  • 1sdt vanilla
  • almond flakes untuk ditabur
tatacara:
  1. alas dan gris loyang 30x30cm (saya guna 10x10inci). panaskan oven ke suhu 200C.
  2. ayak tepung bersama-sama serbuk koko.
  3. cairkan cooking coklat bersama2 mentega dan esen vanilla (saya guna cara double boil).
  4. pukul telur dengan gula castor hingga separuh kembang.
  5. masukkan tepung+serbuk koko sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  6. masukkan adunan coklat+mentega dan gaul sebati.
  7. tuang adunan kedalam loyang dan tabur almond flakes diatas adunan.
  8. bakar selama 15minit hingga masak.
  9. keluarkan dari loyang dan potong petak2, letak kembali diatas loyang dan bakar semula pada suhu 120C selama 30minit hingga kering.
  10. sejukkan dan simpan dalam bekas bertutup.
agak2 boleh tahan tak sampai raya?

Monday, August 30, 2010

crunchy cornflakes cookies

cookies ni bukan saya yang buat..
tapi anak2 buat sebagai weekend aktivity
di little khalifah shop

memang crunchy!!











bahan2:
  • 250g butter
  • 1/2cwn gula castor
  • 2 1/2cwn tepung naik sendiri
  • 2cwn cornflakes
  • 1cwn koko crunch
  • 1sdk vanilla
tatacara:
  1. hancurkan cornflakes dan koko crunch
  2. pukul butter dan gula hingga kembang
  3. tambah tepung
  4. tambah cornflakes dan koko crunch
  5. tambah vanilla
  6. bulat2kan dan masukkan dalam papercups
  7. bakar pada suhu 190C selama 20minit atau hingga cookies jadi golden brown
verdict:
memang sangat crunchy & sedap!!

Sunday, August 29, 2010

coffee hazelnut cookies

saya beli hazelnut tanpa ada resepi dalam kepala
selongkar dapur orang sana sini..
akhirnya jatuh hati dengan resepi dari cafefernando.com

another togel cookies :p











bahan2:
  • 2cwn tepung
  • 1cwn hazelnuts (whole)
  • 3/4cwn gula
  • 1/4sdk garam <-- saya letak secubit saja sbb buttercup dah masin
  • 2sdk fresh ground coffee beans
  • 14sdb butter tak bergaram <-- saya cuma ada buttercup :(
  • 1 1/2sdk vanilla
tatacara:
  1. masukkan tepung, hazelnut, gula dan garam kedalam food processor dan pulse hingga hazelnut hancur dan halus. (kalau takdak food processor, hancurkan hazelnut guna blender kering dan sebatikan dengan tepung, gula dan garam).
  2. masukkan serbuk kopi. pulse.
  3. masukkan butter. pulse hingga adunan crumbly (jadi ketulan kecil).
  4. drizzle vanilla hingga adunan melekat pada sekeliling blade.
  5. keluarkan dari food processor dan bahagikan kepada 2. boleh digulung membentuk log atau dileperkan membentuk cakera. balut dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2jam atau semalam.
  6. panaskan oven ke 175C.
  7. keluarkan dari peti dan potong 1/4inci atau tekap mengikut acuan kesukaan. letak coffee bean diatasnya (saya takdak coffee beans.. biskut saya togel!)
  8. bakar selama 14-16minit. biar sejuk pada suhu bilik didalam tray baru alih keatas redai.
aaaahhhh.. the smell of coffee.. sungguh harum!

orange poppy seed cookies

biasanya biskut raya gebu dan cantik..
biskut saya buat ni langsung tak gebu dan very-bland-looking
kategori biskut rayakah?

sumber: simplyrecipes.com

bahan2:
  • 1/2cwn butter, suhu bilik
  • 2/3cwn gula
  • 1biji telur
  • 1sdb parutan kulit oren
  • 1 1/4cwn tepung
  • 1/2sdk baking soda
  • secubit garam
  • 1sdb poppy seed
tatacara:
  1. pukul butter bersama gula hingga kembang, dalam 3minit. masukkan telur dan parutan kulit oren. dan pukul sebati dalam 30saat.
  2. ayak tepung+baking soda+garam kedalam adunan butter. gaul sebati. masukkan poppy seed dan gaul sebati.
  3. panaskan oven ke suhu 175C. lapik dulang pembakar dengan kertas.
  4. senduk adunan dalam 1-2inci keatas dulang (saya guna sudu bulat yang kecil).
  5. bakar 10-12minit.
i prefer the taste of ugly duckling to the swan ;)











nota:
mula2 saya bakar dalam 12minit. memang rupa sebijik macam dalam simplyrecipes.com! rasanya gebu dan buttery.. typical biskut raya with the orangey taste!
kemudian, pembakaran trip kedua saya lajakkan 15minit. dalam keadaan oven panas.. dan tambah masa bakar.. warna jadi perang & rasanya sangat rangup!! saya suka! terus saya tambah masa bakar tray trip pertama.. jadi, total masa pembakaran ~ 15-20minit.

Thursday, August 26, 2010

roti paun

alhamdulillah.. dah lebih separuh ramadhan...
esok adalah hari nuzul quran..
apa aktiviti kita??

sementara fikirkan aktiviti..
saya kongsi resepi roti paun yang buat petang tadi
khas untuk bekalan sahur ibu mertuaku
(tapi cucu kecik dah kidnap seketul :p)

dah ramai blogger yang cuba..
dan semua puas hati dengan hasil resepi tersebut
saya ikut dalam ros jintanmanis.com

weehu! (jakun tak sudah tgk roti menjadi :p)











bahan2:
  • *300 gm tepung
  • *80 gm gula ( ros kurangkan jadi 60 gram je)
  • *20 gm susu tepung ( ros tambah jadi 40 gram)
  • 1 biji telur (saiz AA)- ( ros guna telur saiz M)- tinggalan sikit untuk gliss pada roti nanti.
  • 1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)- ros guna yis mauripan dan tak campur air
    ( ros tambah 100ml air suam 50 ml susu segar)
  • 1 camca besar majerin
  • 1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
  • sedikit bread improver ( ros letak 1/2 camca teh)
3 bahan bertanda * saya timbang sekali harung.. = 400gm semuanya.
( untuk gliss tu ros ambil lebihan telur+dua tiga titik madu dan 1 sudu susu segar) salah satu tips untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat dan cantik. Bila dah masak tu tak perlu lagi digliss dengan marjerin. : )

tatacara:
  1. Mula-mula, tepung + gula + susu tepung + bread improver , gaul biar bercampur, kemudian lubangkan tengah dan masukkan telur.( ros masukkan semua bahan dalam Bread Maker je, dan tunggu sampai siap)
  2. Masukkan majerin dan gaul rata, selepas itu masukkan yis, bread softner dan uli hingga lembut dan elastik.
  3. Perap doh dan biarkan naik naik dua kali ganda, kemudian tumbukkan-tumbukkan, keluarkan angin, akhir sekali bentuk-bentukkan doh menjadi 16 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan loyang bulat, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan roti dengan baki telur yang dicampur madu dan susu tadi, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehigga permukaan roti perang.
  4. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Selamat Mencuba.
nota:
saya kopipes sebijik2 ayat ros jintanmanis. takut silap cerita plak.. kang jadik ajaran sesat!
saya guna mixer utk uli roti.. masukkan semua bahan kecuali marjerin dan bread improver.. uli sebati dalam 5minit pada kelajuan perlahan baru masukkan marjerin & bread improver. sambung uli lagi 15minit sampai elastik. baru saya bentukkan bulat dan perap dalam mangkuk sampai naik 2x ganda.

verdict:
lembuuuutttt!!! lemak2 gitu.. sedap!
esp. bila makan panas2.. cicah kopi panas! haven!
memang sangat puas hati dapat buat roti sendiri :)

p/s: bila nak mula buat sekuk raya ni?? tak sampai2 seru langsung! :(

Tuesday, August 24, 2010

cheese, onion & potato pie

buat siap2 malam sebelumnya..
sahur esoknya, terus masuk oven.
kenyang!

quarter portion only. full!











sumber resepi: dailydelicious

bahan2:
  • 750g kentang (dalam 4biji saiz sedang)
  • 40g butter
  • 1labu bawang besar, dihiris nipis
  • 100ml susu segar
  • 200g cheddar cheese, diparut
  • 50g mozarella cheese, diparut (saya takdak..)
  • 1sdk mustard
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 atau 2 biji tomato (ikut suka - saya guna cherry tomato)
tatacara:
  1. rebus kentang dalam air bergaram hingga empuk. dah masak, toskan air dan lecek kentang. biarkan dulu.
  2. sementara kentang tengah direbus, tumis bawang dengan menggunakan butter hingga kekuningan dalam 10minit, tambahkan susu dan biar hingga agak mendidih. tutup api.
  3. masukkan adunan bawang tadi kedalam kentang lecek. masukkan 3/4 dari cheddar cheese serta mustard dan bahan2 perasa: garam dan lada sulah. gaul sebati.
  4. tuang kedalam bekas bakar dah susun tomato yang dipotong bulat dan tabur baki cheddar cheese dan mozarella cheese.
  5. bakar 20minit pada suhu 200C.
verdict:
memang simple. memang sedap. memang mengenyangkan.
anak teruna mintak buat lagi utk sahur esok ;)

Friday, August 20, 2010

french baguette

percubaan pertama french baguette..
atas permintaan cik abe untuk sahur
katanya.. boleh buat tak roti panjang macam kat delifrance tu?

crusty outer, chewy inner. yay!











sumber resepi: chef nermala

bahan2:
  • 10g yis (kalau peket tulis 11g, guna semua sekali)
  • 1sdb gula
  • 1sdb madu
  • 500ml air suam (tak suam sangat.. cuma jgn air sejuk je)
  • 800g tepung roti
  • 200g tepung gandum
  • 1 1/2sdt garam
  • utk glis: putih telur + 1sdb air + secubit garam
tatacara:
  1. campurkan yis, gula dan separuh air (250ml) dengan whisker dan biarkan hingga berbuih dalam 5minit.
  2. masukkan bahan2 lain: baki air, madu, tepung dan garam dan uli doh hingga lembut. (saya guna mixer. kalau guna tangan kena ada tukang urut lepas buat roti ni :p)
  3. bulatkan doh dan rehatkan doh dalam bekas yang dioles dengan sedikit minyak selama 1 1/2jam hingga 2jam.
  4. selepas doh rehat, tumbuk doh perlahan2 untuk mengeluarkan angin dan bentukkan doh panjang2 (saya bahagi 4 bahagian sebelum membentuk doh).
  5. sapukankan doh yang dah siap dibentuk dengan tepung dan letak dalam dulang yang dioles minyak. biar doh rehat lagi 1jam.
  6. kelarkan bahagian atas doh dan glis permukaan doh dengan bahan2 glis.
  7. bakar pada suhu 220C selama 25min. (boleh kurangkan suhu ke 210C pada 10minit terakhir jika bahagian atas roti terlalu keperangan)
  8. letakkan sedikit ais didalam oven untuk mendapatkan crust yang rangup.
nota:
sebenarnya nak buat separuh adunan.. tapi dah terlajak terjunkan semua yis.. itu yang saya bahagi 4 ketul..  dan 3 ketul lupa nak kelar! hahaha.. dalam gambar atas tu konon2 paling lawa utk posing :p

dah siap buat baru sempat nk godek2 teknik shaping baguette.. kat sini ada teknik utk memanjangkan roti tu.. dengan cara lipat & ketam dan lipat & ketam. kena tengok baru faham ;)
nak kena cuba nanti!

verdict:
tak sebijik macam delifrance sbb tak cukup keras kulitnya.. dan lembut isinya.. nak kena belajar teknik yang betul! aja aja fighting!

Thursday, August 19, 2010

broiled vegetables

terung+tomato+bawang panggang










resepi dari buku chef sabri
satu cara berbeza utk memasak sayur..
sedap!

bahan2:
  • 200gm terung (~ 2biji sederhana besar), hiris bulat
  • 200gm tomato (~3biji saiz besar), hiris bulat
  • 100gm bawang besar (~1biji saiz besar), hiris bulat
  • 100ml minyak sayur
  • 1biji limau nipis, diperah ambil airnya
  • 2biji bawang merah, dicincang halus
  • 1biji bawang putih, dicincang halus
  • 1sdt serbuk oregano*
  • 1sdt daun parsley
  • 1sdt rosemary kering*
  • 1sdt thyme*
  • 1sdt serbuk lada hitam (saya tambah)
  • 100g butter, dipotong kecil
*guna mixed herbs pun boleh.

tatacara:
  1. panaskan oven ke 160C.
  2. potong sayur dan bawang besar dan susun dalam bekas.
  3. gaulkan semua bahan dari minyak hingga serbuk lada hitam dan tuang keatas sayur.
  4. tabur butter keatas sayur dan bakar selama 20minit.
verdict:
yumm! beza. memang berbeza!

nota:
semalam buat sekali lagi untuk berbuka.
kes lewat memasak.. dah 630pm baru nak mula masak.
atas tungku dapur dah penuh & lambat sangat nak tunggu..
terus masuk oven sayur campur & udang
tapi ditengah jalan (dalam 10min) kena balik-balikkan udang
biar masak sekata..

yummeh!

Wednesday, August 18, 2010

homemade kaya balls

mine should've change the name into:
homemade kaya cups :p
sebab takdak rupabentuk bola langsung!


bekal utk kawan2 yang uzur syar'ie ;)











sumber: mamafami (asal dari yummylicious-jun)

bahan2:
  • 250g tepung
  • 1sdk baking powder
  • secubit garam
  • 125g butter
  • 75g gula castor
  • 4biji telur
  • 1sdk esen vanilla
  • 200ml fresh milk <-- saya guna susu cair (stok susu dah habis)
  • serikaya secukupnya
tatacara:
  1. panaskan oven ke 145C. gris loyang mini muffin dengan minyak (saya guna butter).
  2. ayak tepung, baking powder dan garam. ketepikan dulu.
  3. pukul butter dan gula hingga kembang.
  4. masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati.
  5. masukkan esen vanilla.
  6. masukkan susu dan tepung secara selang seli: susu-tepung-susu-tepung-susu-tepung.
  7. sendukkan kedalam acuan mini muffin menggunakan sudu kecil. paipkan serikaya dan sendukkan lagi adunan hingga menutupi serikaya.
  8. bakar selama 10-12minit.
  9. tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan.

Tuesday, August 17, 2010

roti burger

cik abe memang jarang bersahur dengan nasi
asik ulang fish&chip, roti bakar dan burger saja
tapi burger dilapik dengan roti gardenia
kesian pulak tengok..

semalam lepas asar terus godek2 dapur
satukan semua bahan2 roti dalam mixer
pusing dekat sejam tapi doh masih lembik!
saspen sungguh!

sumber: jintanmanis.com

bahan2:
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 2sdb gula
  • 1sdk garam
  • 2sdb susu tepung
  • 1 1/2sdk yis
  • 1 biji telur (tinggalkan sedikit untuk gllis)
  • 100ml susu segar
  • 60ml air suam
  • 2sdb mentega ~ 30g
tatacara:
  1. campurkan kesemua bahan (dan pukul dengan kelajuan perlahan) kecuali mentega hingga menjadi doh.
  2. kemudian masukkan mentega dan uli lagi hingga doh menjadi licin dan lembut. perap doh selama 1jam.
  3. selepas doh diperap, (tumbuk perlahan2 supaya angin keluar) uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka (saya timbang ~ 70g dan dapat 8biji)
  4. atur roti kedalam loyang empatsegi yang telah dilengserkan dengan mentega (saya penyekkan supaya menjadi leper). perap sehingga roti naik 2kali ganda.
  5. panaskan ketuhar ke 180C. sapukan roti dengan glis (baki telur+1sdk susu+beberapa titis madu) dan tabur bijan (saya takdak stok bijan :( ) di atas doh. bakar selama 18-20minit atau sehingga kekuningan.
  6. bila roti telah masak, keluarkan dari oven dan glis dengan mentega cair (lupa sokmo part ni!)
*tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti

verdict:
sukahati sungguh bila roti menjadi! alhamdulillah...
lagi sukahati bila tengok cik abe & anak teruna kenyang makan burger sahur tadi :)
terimakasih puan ros jintanmanis.com!

burger versi abahnya.. (penuh sayur2)
burger versi anaknya.. (botak :p)

Monday, August 16, 2010

puding kastad berkuah koktel













saya buat puding ni sebagai pencuci mulut
untuk jamu tetamu yang datang.. sabtu lepas
tapi yang makannya berapa kerat je..
sebab terlalu banyak makanan!
sampai tak tercuci la mulut :p

sumber resepi: ummizaihadi-homesweethome

bahan2: kastad:
  • 200 gm tepung kastad
  • 2 liter air
  • 1/4 cawan gula
  • 1/3 cawan susu sejat 
tatacara:
  1. campurkan kesemua bahan kecuali susu sejat ke dalam periuk. 
  2. kacau atas api perlahan hingga berkilat
  3. tuang susu sejat. kacau sebentar hingga rata (jgn terlalu kental)
  4. tuang dalam loyang. sejukkan. 
bahan2: kuah:
  • 1 1/2 tin susu sejat 
  • 3/4 tin air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji kuning telor - pukul sikit
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 helai daun pandan/perisa pandan
tatacara:
  1. campurkan kesemua bahan dalam periuk dan masak hingga mendidih. sejukkan.
hidangan:
  1. potong kastad dan hidangkan bersama fruit cocktail. (saya amek buah saja dan tuang kedalam kuah yang dah sejuk).
nota:
kastad saya lembik! uhuhuhu.. 
dan rasanya nak kena tambah gula sikit lagi dalam kastad.. 
tapi kuah memang maveles!
perabih sorang2 pun i rela :p

moistest prune cake

puasa pun buat kek :p
dah lama sangat berhajat nak buat
niat awal nak buat bagi kawan.. sblm puasa
tapi dah terlajak ke bulan puasa..
buat jugaklah.. senang je pun..

sumber resepi: the pioneerwoman

bahan2: kek:
  • 1cwn prune
  • 1cwn gula
  • 3biji telur
  • 1cwn minyak jagung
  • 1 1/2cwn tepung
  • 1sdk baking soda
  • 1sdk serbuk pala
  • 1sdk serbuk kayu manis
  • 1sdk serbuk allspices
  • 1sdk vanilla
  • 1cwn buttermilk
bahan2: glaze:
  • 1cwn gula
  • 1/2cwn buttermilk
  • 1/2sdk baking soda
  • 1sdb white corn syrup <-- saya guna golden syrup
  • 1/4cwn butter
  • 1/2sdk vanilla
tatacara: kek:
  1. panaskan oven ke suhu 150C. gris loyang 9x13inci (saya tak gris :p)
  2. rendam prune dalam air dan masak hingga prune lembut. toskan air dan lenyek2kan dia. ketepikan dulu.
  3. dalam mangkuk sedang, satukan minyak, gula dan telur. pukul sebati.
  4. dalam mangkuk lain, ayak bahan2 kering: tepung, soda & segala serbuk2.
  5. masukkan bahan basah kedalam bahan kering dan gaul hingga agak2 sebati. jangan terlebih gaul.
  6. masukkan prune dan gaul lagi.
  7. masukkan buttermilk dan vanilla dan gaul lagi.
  8. tuang kedalam loyang dan bakar selama 35-40minit.
tatacara: glaze:
  1. agak2 lagi 5minit kek nak masak, campurkan kesemua bahan glazing kedalam periuk dan masak hingga mendidih. biar didih tanpa dikacau dalam 5-7minit atau hingga keperangan. tutup api dan kacau. 
  2. tuang keatas kek yang masih panas. yummm!!









nota:
saya teruja nak buat kek ni sebab nak habiskan glaze.. glaze tu saya dah buat utk carrot cake oderan mak tempoh hari.. tak guna kesemuanya.. memang resepi glaze yang sama (walaupun sumber berbeza).

verdict:
kek ni sangat moist! dan seperti biasa.. kek omputeh ni manis bangat!  saya lupa nak kurangkan gula :(
lagi satu.. saya berpendapat kek ni lebih sedap dimakan begitu saja.. tanpa glaze.. sbb dengan glaze.. kek yang dah sedia moist tu bertambah2 moist. rasanya orang malaysia tak biasa dengan kek camtu.. moist choc cake pun x moist mcm kek ni, rasanyalah... tapi mungkin ada yang suka?? macam saya! :p

Thursday, August 12, 2010

pandan buns

air pandan belen buat chiffon cake dulu masih berbaki..
masa dok belek2 resepi roti dalam jintanmanis.com hari tu
jumpa resepi bun pandan.. terus terdetik nak mencuba..

baki yg tinggal.. breakfast utk sikecik










 
bahan2:
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 2sdb marjerin
  • 140ml air suam/ susu segar
  • 1 biji telur - tinggalkan sedikit utk glis
  • 2sdb gula
  • 1/2sdk garam
  • 1sdk yis
  • 1sdk bread improver/ dough softener
  • sedikit pewarna hijau dan beberapa titik perasa pandan
tatacara:
  1. masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari (saya guna mixer & uli 20minit pada kelajuan perlahan). kemudian perap sehingga dua kali ganda.
  2. selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. bahagikan adunan pada 16bahagian dan biarkan lagi selama 8-15minit.
  3. akhir sekali, masukkan inti kaya dan tutup doh (saya masukkan 3 ketul sbb tensi dgn kaya dlm tin yg terlalu cair!), rehat lagi selama 40minit atau sehingga naik 2kali ganda. glis permukaan roti dengan sedikit *telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180C selama 20minit.
*dalam nota roti jintanmanis, telur ~ 1/4biji, susu 1sdk, madu beberapa titik.

verdict:
saya ada tersilap step.. yang masukkan kaya tu.. tak biar dia rehat.. terus masukkan. mmg fail!
tapi roti tetap lembut & anak2 suka sangat! yang takdak kaya, diorang cicah sendiri dengan kaya..

Tuesday, August 10, 2010

salam ramadhan


soft cheese bun

merata cerok jugak saya cari resepi cheese bun..
alhamdulillah.. jumpa jugak di dapur ros, jintanmanis.com
mohon izin c&p..

bahan2:
  • 250gm tepung roti
  • 30gm tepung gandum
  • 2sdb gula
  • 2sdb susu tepung
  • 2sdb cheddar cheese (powder) <-- saya guna parmesan cheese
  • 1/3sdk garam
  • 1sdk yeast
  • 1sdk bread improver
  • 160ml susu segar
  • 2sdb marjerin (lebih kurang 30g)
  • mozarella cheese, utk ditabur atas roti <-- saya guna cheddar cheese
tatacara:
  1. masukkan semua bahan kecuali mozarella cheese. uli hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan (saya guna mixer & uli 20minit hingga doh tidak melekat pda dinding mixer)
  2. perap hingga doh menjadi dua kali ganda (lebih kurang 1jam), setelah itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. kemudian bahagi doh pada 12 bahagian dan susun atas dulang pembakar (saya bahagi 9 dan setiap satu beratnya ~ 60g).
  3. setelah doh naik, sembur permukaan doh dengan air (laa.. lupa part ni!) dan tabur mozarella cheese, bakar pada suhu 180C selama 20minit. keluarkan roti dan glis roti dengan marjerin untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat (ishk! saya glis sblm tabur cheese! ghaflatun sungguh!)
  4. sejukkan atas redai dan simpan dalam plastik atau bekas kedap udara, roti ni lembut je sepanjang masa, sedap dimakan begitu saja atau dijadikan sarapan atau minum petang. (tak sempat simpan.. panas2 tu dah licin!) selamat mencuba!
huduh rupa cheese tu.. sbb guna cheddar slices jek :p
tapi anak terunaku cukup suka!












verdict:
alhamdulillah..
percubaan pertama membuat roti-bun guna mixer menjadi..
sangat lembut.... sangat cheesie....
kawan saya kata mcm beli kat bakery ;)
timakasih ros@jintanmanis!

Monday, August 9, 2010

mocha matcha marble CAKE

sebenarnya teringin nak buat bakerella punya choc matcha bundt cake
tapi bila gugel.. jumpa resepi yang lagi menarik drp novicebaker
kenapa menarik?
sebab letak low fat yogurt!!!
cake yang letak yogurt biasanya lembut & gebush..

bahan2:
  • 2cwn tepung kek (high protein flour) <-- boleh ganti dgn 3/4cwn tepung biasa + 2sdb tepung jagung
  • 1sdk baking powder
  • 1/2sdk baking soda
  • 1/2sdk garam <-- saya kurangkan ke 1/4sdk
  • 1sdk serbuk kopi
  • 1/3cwn serbuk koko
  • 1 1/3cwn gula
  • 1/4cwn air
  • 1 1/2sdk serbuk green tea (matcha powder) <-- saya guna 2sdk
  • 1 biji telur
  • 1 biji putih telur
  • 6sdb (90g) butter tanpa garam <-- saya guna buttercup (bergaram)
  • 1cwn low fat yogurt
  • 1sdk vanilla
tatacara:
  1. ayak bahan2 kering: tepung, baking powder, baking soda dan garam. ketepikan dulu.
  2. dalam mangkuk sedang, gaulkan serbuk kopi, serbuk koko, 1/3cwn gula dan 1/4cwn air. ketepikan dulu.
  3. sediakan serbuk green tea dalam mangkuk sedang yang lain.
  4. satukan telur dan putih telur dan pukul dengan garfu.
  5. dalam mixer, pukul butter hingga lembut dan masukkan 1cwn gula sedikit demi sedikit. pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang (dlm 3minit).
  6. perlahankan kelajuan dan masukkan telur sedikit demi sedikit. pukul sebati (dlm 2minit).
  7. masukkan tepung secara selang seli dengan yogurt: tepung-yogurt-tepung-yogurt+vanilla-tepung.
  8. bahagikan adunan: 1 1/2cwn masuk kedalam mangkuk berisi adunan koko+kopi, 1 1/2cwn masuk kedalam mangkuk berisi serbuk green tea.
  9. masukkan secara selang seli kedalam loyang. koko-green tea-koko. dan usik guna lidi atau hujung pisau untuk membuat marble efek.
  10. bakar selama 45-50minit (kalau buat cupcake, bakar 20-25minit) atau sehingga kek mula menarik diri (peliknya ayat ni??) dari dinding loyang.
inilah loyang CAKE! ngeee..
tapi huruf K patah - terlebih adunan!












nota:
saya guna loyang silikon CAKE & bakar 30minit
1st time guna.. present dari adik kecik balik UK ;)
loyang x perlu gris & senang sangat nak keluarkan kek..
tengkiu cek!!! mmmuaaahhhss..

 dah kena ngap!











yang ni baru nampak marble efek!












verdict:
saya tak menyesal cuba resepi ni. sungguh!
kek memang lembut & sedap bangat! (angkat bakul sendiri plak :p)

Sunday, August 8, 2010

the sexy beauty is here!!!

akhirnya..
setelah lebih 2bulan menanti..
setelah lebih 2bulan bersabar..
sampai jugak.. dapat jugak..
tercapai jugak hasrat utk memiliki:
KITCHENAID ARTISAN KSM150
alhamdulillah..............................


hi there sexy beauty! 











saya beli daripada rakan FB: orkid syah
she's in USA.. and her price is RM1590 (inclusive delivery)
harga di kedai KITCH*N SH*P = RM2790..
saya pernah minta quote dari dealer (lupa nama kampeni) = RM2390
sapa2 berminat, sila invite orkid syah as fb friend ;)
she also sells authentic original COACH (&other brands) at very low price too!!

kenapa nak beli?
sebab utama.. kepuasan!!!
sebab kedua utama.. nak buat roti (letih uli tangan!)
sebab ketiga utama.. bleh cuba buat macam2!!!
3 sebab saja?
yang penting hati gumbira.. lalalala.. :D

semalam berhajat mencemar duli dengan membuat roti
dah siap masuk yeast, gula, tepung kek..
bila nak masukkan tepung roti.. dah x elok rupanya :(
bukan setakat kutu.. ulat pun ada! eeeee!!!!!!!!!!

so, buat kek buah kukus.. oderan dari mak terchenta...
lepas tu, buat kek lobak merah pulak.. oderan mak jugak ;)
senang kerja.. xyah angkut keluar masuk lemari..
biar dia dok atas rak dapur ja.. sebab dah lawa lagi sexy.. :p

kek buah kukus ditaburi almond flakes
kukus 2jam sampai melecet tanganku. huhu..
carrot cake yg sangat moist!
posing sblm sempat letak frosting :p

Saturday, August 7, 2010

moist apple cake

dulu pernah buat kek apple.. tapi tersilap baca ingredient..
hasilnya.. terlebih soda! x shedapp!!!
kali ni terai resepi lain pulak.. dari blogresipi.com
lawa kek apple dia.. lawa2 gambaq2 dia!

saya buat semalam utk ibu mertua & adik ipar
ada adunan lebih.. (sebab saya guna loyang kecik)
so.. saya letak dalam muffin case
jadikla mini apple cake ;)










bahan2:
  • 1 1/4cwn gula (asingkan 1cwn utk kek, 1/4cwn utk apple)
  • 1/2cwn minyak sayuran (saya guna minyak jagung)
  • 1sdk esen vanilla
  • 200gm cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
  • 2biji telur gred A
  • 1 1/2cwn tepung (saya guna tepung naik sendiri)
  • 1 1/2sdk baking powder (tak letak sbb guna tepung naik sendiri)
  • 1/4sdk garam (tak letak jugak)
  • 2sdk serbuk kayu manis
  • 3cwn apple (saya guna 4biji apple comel)
tatacara:
  1. potong apple kecik2 (cube atau nipis2.. terpulang) dan gaulkan bersama 1/4cwn gula dan 2sdk serbuk kayu manis. ketepikan.
  2. panaskan oven 175C dan gris loyang springform 9inci.
  3. pukul 1cwn gula, minyak, vanilla dan cream cheese hingga sebati.
  4. masukkan telur sebiji demi sebiji.
  5. gaul bahan2 kering: tepung, baking powder dan garam dan masukkan kedalam adunan basah tadi. gaul sebati.
  6. masukkan apple tadi dan gaul. tuang kedalam loyang.
  7. bakar 1jam 15minit. selepas 1jam, boleh tutup loyang dengan aluminium foil utk elak warna perang yg berlebihan tapi kalau suka boleh biar begitu saja..
verdict:
memang moist! saya suka!!!! (haha! saya ni semua pun suka! bak kata orang.. tolak batu kayu ja :p)

Wednesday, August 4, 2010

katharine hepburn brownies










dah lama tak buat brownies..
and the chocolate mood is so very in!
since licking half a bowl of chocolatey nutella bread pudding ;)

mula2 jumpa resepi ni dalam joyofbaking.com..
lepas tu saja gugel.. sah2 sana sini ada..
tapi saja ikut teknik dalam aldenteblog

ada beza antara dua site tersebut..
joyofbaking guna cara double-boil, bakar 30-35min
aldenteblog guna cara direct periuk atas api, bakar 45-50min
masa pembakaran sangat berbeza! truly confusing!
saya ikut my trusted site = 35min

bahan2:
  • 2oz unsweetened choc <-- saya guna dark choc
  • 1/2cwn (115g) butter
  • 1cwn gula <-- saya guna 3/4cwn (sbb dark choc dah manis)
  • 2biji telur, di
  • 1/2sdk vanilla
  • 1/4cwn tepung
  • secubit garam
  • 1cwn walnut, cincang
tatacara:
  1. panaskan oven ke 165C dan gris loyang 8x8 dan lapik dgn kertas.
  2. cairkan coklat dan butter dalam periuk kecil, dgn api kecil.
  3. tutup api. masukkan gula dan kacau.
  4. masukkan telur dan vanilla. kacau.
  5. cepat2 masukkan walnut, tepung dan garam dan kacau sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar 30-35minit
verdict::
senang bangat membuatnya!
browniesnya lembut sangat.. kacangnya rangup sangat..
padanan yang hebat? terpulang kpd yg memakannya..

2 beradik yg tgh tunggu ummi update blog..
abang & kakak depa dah sampai pulau dudoq!

pear friands

yes. you read it right.. ejaannya adalah friands ya.. bukan friends..
en.microsoft.. stop correcting my spelling please!

saya jumpa resepi ni dalam technicolor kitchen
mula2 macam takdak keinginan nak cuba
belek 2,3kali.. hmm.. teringin pulak nak rasa
almond meal+icing sugar+egg white..
& kebetulan egg white masih berbaki..

bahan2:
  • 1/2cwn+1tbs (127g) butter, dicairkan
  • 1cwn almond meal (serbuk badam)
  • 1 2/3cwn gula aising
  • 3/4cwn tepung
  • 1/2sdk baking powder
  • 1/4sdk serbuk pala
  • 5biji putih telur (~150g)
  • 2biji buah pear
tatacara:
  1. panaskan oven ke 180C dan butter friands mold atau muffin cups.
  2. cairkan butter dalam periuk kecil
  3. pukul putih telur (guna whisk) hingga berbuih
  4. ayak tepung, baking powder dan gula aising dan satukan dengan almond meal & serbuk pala.
  5. masukkan putih telur kedalam tepung dan gaul sebati.
  6. masukkan butter cair dan gaul sebati.
  7. tuang adunan kedalam loyang dan susun belahan pear diatas adunan.
  8. bakar selama 15-20minit hingga sedikit keperangan di bahagian tepi & atas.
  9. biarkan sejuk dalam loyang dalam 5minit baru keluarkan dari loyang dan tabur gula aising.
this ain't a muffin nor cupcake!










can u see the texture??
simply hopeless with p&s digicam :(











nota:
6biji friands saya letak pear+poppyseed
lagi 6biji saya letak blueberry filling
sikecik nuha sgt suka itu bruberri!! 

saya patut lebihkan masa pembakaran supaya lebih keperangan
tapi bila cucuk lidi & keluar bersih.. kira jadilah!

verdict:
a simple recipe that is worth trying!
sangat lembut dan moist..
love it!

Tuesday, August 3, 2010

chocolatey nutella bread pudding

semalam sebelum balik sempat belek blog2 inspirasi..
tergoda tengok nutella chocolate bread pudding dari ovenhaven..
its so very simple & easy!
sebelum tidur dah pasang niat..
am so gonna make it for breakfast tomorrow!

hot from the oven!











sudah ternoda :p











saya modify ikut bahan yg ada kat rumah..
untuk resepi asal.. sila rujuk pada ovenhaven

bahan2:
  • 5 keping roti, disapu nutella
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1cwn air coklat 3in1 
tatacara:
  1. sapu semua roti dgn nutella -> gulung roti tu -> potong 4 & susun dalam bekas.
  2. campurkan telur dgn air coklat dan tuang kedalam bekas roti tadi. biar dalam 3-5minit supaya air coklat dapat menyerap masuk kedalam roti.
  3. kalau nak, boleh drizzle nutella atas roti tu (saya drizzle lebihan coklat (ganache) buat kek zaman purba dulu :p). 
  4. bakar pada suhu 170C selama 25-30minit.
  5. tadaaa!!!!!
verdict:
sangat chocolatey! sangat yummy!!
sangat-sangat-sangat-ummmmmmmhhhh......
saya abihkan separuh bekas sorang2!
dasar hantu coklat :p


Sunday, August 1, 2010

kek buah bakar

kek masih lembut.. dah kena sembelih!











kawan saya punya mak nak rasa kek buah versi bakar pulak ;)
kebetulan resepi chef nermala ada dalam simpanan..
sebelum ni tak pernah dicuba.. tak pernah dibelek!
sebab tak minat sangat kek buah..
tapi bila dah siap dibakar..
harumnya bau.. tak sabar nak rasa :p
tak sempat tunggu sejuk dah kena potong!

bahan2:
  • 250g mixed fruit
  • sebiji oren sunkist, diparut & diperah
  • 250g butter, dilembutkan
  • 150g gula (saya guna gula perang)
  • 4biji telur gred A
  • 1sdt esen vanilla (saya tambah sendiri)
  • 240g tepung
  • 2sdt baking powder
  • 1/2sdt serbuk pala (saya tambah sendiri)
  • 1/2sdt serbuk kayu manis (tambah sendiri jugak)
tatacara:
  1. rendam mixed fruit & parutan kulit oren dalam air oren selama 1jam atau lebih.
  2. panaskan oven ke suhu 180C dan gris loyang 8x8 dgn butter.
  3. ayak bahan2 kering: tepung, baking powder, serbuk pala & serbuk kayu manis. ketepikan dulu.
  4. pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu dan berwarna pucat.
  5. masukkan telur sebiji demi sebiji. masukkan esen vanilla.
  6. masukkan bahan2 kering secara selang seli dengan mixed fruit. gaul sebati.
  7. tuang kedalam loyang. tabur almond flakes atas adunan (optional).
  8. turunkan suhu oven ke 170C dan bakar selama 55-60minit.
verdict:
mulai dari hari ini.. saya suka makan kek buah ;)

vanilla muffins ala kenny rogers

pagi2 bangun dah semangat nak buat muffin kenny rogers
sebab tergoda tengok vanilla muffins mamafami jumaat hr tu..
cantik betul muffinsnya..

sebelum ni dah cuba buat vanilla muffins.. resepi dari myresepi.com
yang lawaknya.. tengah dok update blog ni baru sedar
la hai.. sama resepi rupanya! hahahaha...
cuma yang lainnya.. muffins kali ni naik gebush
sebab lebih baking powder ;)

masa pembakaran tulis 400F ~ 205C
saya buat 200C.. kulit luar jadi kering & keras sikit
ada baki lagi sikit.. saya bakar 180C.. mm.. just nice

sedap pulak makan dgn jem stoberi ;)











bahan2:
  • 4cwn tepung
  • 2cwn gula
  • 1sdb + 2sdk baking powder
  • 1/8sdk garam (secubit)
  • 2cwn susu
  • 2biji telur gred A
  • 1sdb vanilla
  • 8sdb butter (120gm), dicairkan
tatacara:
  1. panaskan oven ke suhu 205C (oven saya cukup setakat 180C). 
  2. dalam mangkuk besar, gaulkan bahan2 kering: tepung, gula, baking powder dan garam.
  3. dalam mangkuk sedang, satukan bahan2 basah: susu, telur, vanilla & butter cair.
  4. masukkan bahan2 basah kedalam mangkuk bahan2 kering dan gaul sebati (jgn terlebih pukul sbb nnti muffins keras).
  5. sendukkan kedalam acuan muffins dan bakar selama 20-25minit.
verdict:
kali ni buat ada jugak rasa mcm kenny rogers.. tapi kenny rogers punya lagi lembut!! saya terlebih pukulkah?? haishhhh!!!!!


kek kukus masam manis haw flakes

merata dapur saya jenguk cari resepi kek kukus masam manis ni..
mula2 tengok dapur mamafami.. lepas tu jengok dapur dr.inahar
memang dua2 nampak lembut, gebu dan sangat menggiurkan!

tapi saya berakhir dengan resepi dari blog bro.rozzan (versi maklang)
kenapa? sebab guna telur 4bijik saja.. maklumlah.. dah terlebih kolesterol..


layer seorang amatur.. senget benget daa...











bahan2:

  • 1 cwn mentega (saya guna butter ~ 115gm)
  • 1 cwn gula halus
  • 2 sdb susu pekat
  • 4 biji telur
  • 1 cwn tepung gandum } ayak sekali dgn b/powder
  • 1 sdt baking powder }
  • 1 1/2 cwn serbuk biskut marie (saya ganti biskut 4segi)
  • 2 peket asam hawflakes (saya guna 5 peket kecik2)
  • esen vanilla
  • pewarna ikut suka (saya guna apa yg ada: pink, oren & hijau)
tatacara:
  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu-persatu dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung dan biskut marie lalu digaul rata.
  4. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda.
  5. Sapu loyang dengan minyak atau alas dgn kertas.
  6. Masak (kukus) adunan selapis selapis berselang-seli & bubuhkan hawflakes.
  7. Setiap satu lapisan memerlukan kira-kira 4-5 min utk masak.
verdict:
kek saya tak lembut.. tak nampak gebu macam kat dapur mamafami & dr.inahar.. sebab kurang telur? sebab tak letak ovalette? atau sebab pandai2 ganti biskut tu? huhuhu..

sgt sadis! 2 failures in 1 day! :(

lemon meringue pie converted to lemon tart

the frustating runny filling! sigh :(

this lemon meringue pie makes me mereng!
saya takkan buat lagi dah! huhuhu..
salah sendiri jugak.. tak ikut arahan betul2.. tak stadi dari A sampai Z..

sebab risaukan crust.. pulun belek resepi crust sana sini..
alhamdulillah.. the crust is flaky & so yummy! rangup2 sedap :)
namun apakan daya.. the filling is too runny!
dah siap tuang dalam pie shell (crust), dah letak meringue.. dah masuk oven..
kemudian, saja2 belek balik buku.. baru kusedar kesilapanku!

filling kena biar mendidih atas api lebih dari 2minit!
yg saya plak.. dan mendidih sat terus pelup: tutup api.
haish.. sungguh mengecewakan!

malamnya saya buang meringue..
(tak boleh paksa tekak terima meringue yg lembut tu.. :(
kalau bakar lama jadi macam pavlova, baru rasa sedap)
saya ambil filling yg runny & campur dengan 1/4cawan heavy cream
(tujuan: nak kurangkan kemasaman lemon)
kemudian buat tart shell kecik2.. ikut resepi dalam joyofbaking
haa.. baru boleh nak makan!

the lemon tart that sooth my frustness











verdict:
kali kedua guna lemon sbg bahan utama.. dulu buat lemon bar..
rasanya memang bukan selera melayu (saya) kot?
masamnya.. adoi!!! mcm nak pecah kelenjar tiroid!

nota:
dua kali buat crust: pie & tart diatas..
guna food processor.. memang senang! memang haven!
but still need more practice.. sblm boleh nk uli dgn tangan semula ;)
Related Posts with Thumbnails