Sunday, January 30, 2011

nigel slater's apricot almond (volcano) cake

kek ni dibuat sbg buah tangan utk maklong..
maklong jemput kenuri tahlil
but we went there slps tahlil!
bertuah tak anak buah ni??
apakes?
kes kek jadik volcano dlm oven!


the volcano in the oven!! yelpppp!!!!

nasib agak baik.. sebab masih sempurna bahagian atasnya..
dan masih ada rupa kek yang agak senonoh..
yang dah jadi larva tu.. sedekah kat en.tongsampah je la..

nigel propose makan kek ni dgn poached fruits2 ie: apricot or strawberry..
sebab takdak buah2 tu.. saya tabur gula aising jek..


tabur almond flakes jugek.. itu yg nampak bercapuk2 putih tu..

sumber: guardian.co.uk
bahan2:
  • 250g butter, suhu bilik
  • 250g gula caster <-- saya kurangkan ke 205g
  • 75g ground almonds
  • 100g tepung
  • 4biji telur saiz besar, dipukul sedikit
  • 100g apricot kering
  • sebiji lemon, diparut kulit dan diambil jusnya
  • almond flakes <-- optional, saja tambah
tatacara:
  1. panaskan oven 180C dan gris loyang cetek bersaiz 9inci (saya guna loyang tart. satu kelisapan besarrr!!!)
  2. pukul gula & butter hingga kembang dan berwarna pucat, dalam 5minit.
  3. satukan ground almonds & tepung. hancurkan apricot hingga terbentuk halus, dalam food processor. ketepikan dulu.
  4. masukkan telur sedikit demi sedikit hingga sebati. masukkan lemon zest.
  5. masukkan campuran almonds+tepung dalam 3batch, perlahan-lahan (hentikan dulu mixer untuk tuang capuran tersebut. pukul dengan kelajuan perlahan).
  6. masukkan lemon jus dan apricot dan pukul perlahan hingga sebati.
  7. tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 30minit (saya tambah lagi 5mins-saja nak bagi garing)
nota:
sila jangan guna loyang yg sgt cetek! sebab takdak agen penaik, saya menganggap takkan ada kenaikan pada kek.. oh.. sungguh salah! macamla taktau kek tu akan naik jugak sbb ada air incorporated.. yappadei!! ok. lesson learnt today :|

almond flakes yg dikopak oleh sikecik sampai nampak lopak!


Friday, January 28, 2011

devil's food choc cake david lebovitz

made this DFCC for an old friend.. my schoolmate, deskmate to be exact ;)
we havent met for 5years, ever since she went to holland
following her hubby doing his MPhil..
they are back now, with an addition of family member..
a twin girls which look so very alike!
today i can differentiate them sebab pakai baju lain
next time i see them, i dont think i can pinpoint.. this is asmaa', this is husna
masyaallah.. beautiful twins.. and my friend.. am amazed at her ability & energy..

she cares for her own children.. 5 of them age from 10yo to 10mnths
all on her own.. without a helping hand! subhanallah.. she is so great!!!
and her children.. everyone who has met them will fall in love with them!
they are so very sweet & demure, sangat sopan santun & no jerit2 here & there
(huhuhu.. very the opposite of mine to be exact!)

anyway, i'm glad the kids and their ummi enjoy this DFCC very much..
i just want to try.. different recipe of DFCC from previous effort
( o yes.. i love sis rima's DFCC as well!!)
when i read the recipe.. i feel like there's nothing special
but i was wrong! i suppose its the cake flour, which make the cake so very soft!
next, i will try nigella's DFCC, insyaallah..



source: davidlebovitz
For the cake:
  • 9 tablespoons unsweetened cocoa powder
  • 1½ cups cake flour (not self-rising)
  • ½ teaspoon salt
  • 1 teaspoon baking soda
  • ¼ teaspoon baking powder
  • 4 ounces (1 stick) unsalted butter, at room temperature
  • 1½ cups granulated sugar
  • 2 large eggs, at room temperature
  • ½ cup strong coffee (or water)
  • ½ cup whole or low-fat milk
For the ganache frosting:
  • 10 ounces bittersweet or semisweet chocolate, coarsely chopped
  • ½ cup water (or cream)
  • ¾ cup (1½ sticks) unsalted butter
1. Adjust the oven rack to the center of the oven and preheat the oven to 350 degrees.
2. Butter two 9″ x 2″ cake pans and line the bottoms with circles of parchment paper.
3. To make the cake layers, sift together the cocoa powder, cake flour, salt, baking soda, and baking powder in a bowl.
4. In the bowl of a standing electric mixer, or by hand, beat together the butter and sugar about 5 minutes until smooth and creamy. Add the eggs one at a time until fully incorporated. (If using a standing electric mixer, stop the mixer as necessary to scrape down the sides to be sure everything is getting mixed in.)
5. Mix together the coffee and milk. Stir half of the dry ingredients into the butter mixture, the add the coffee and milk. Finally stir in the other half of the dry ingredients.
6. Divide the batter into the two prepared cake pans and bake for 25 minutes, or until a toothpick inserted into the center comes out clean. Cool completely before frosting.
7. To make the frosting, melt the chopped chocolate with the water (or cream) in a heatproof bowl set over a pan of barely simmering water, stirring occasionally until melted. Remove the bowl from the pan of water.
8. Cut the butter into small pieces and whisk them into the chocolate until completely melted and the ganache is smooth. Cool until spreadable, which may take about 1 hour at room temperature.

To frost the cake:

Run a knife around the inside of each of the cakes which will help release them from the pans. Tilt one cake out of the pan, remove the parchment paper from the bottom and invert it back onto a cake plate. Spread a good-sized layer of icing over the top. Top with the second cake layer and spread the top and sides with the remaining icing as decoratively as you want.

Storage: Cake is best the day it is made, although it’s fine the next day. Store at room temperature under a cake dome. Just be sure to keep cake out of the sun in the meantime.

CBBS & the MASTRADs!!

alhamdulillah.. finally its here!!!
sekian lama menunggu sampai naik saspen!
sampai terlintas pos opis or posmen curi! astaghfirullahal'azimm..
berdosanya diri ini berburuk prasangka! :(




thank you sis rima! am so delighted!
sayang pulak nak guna.. rasa mcm nak frame-kan pun ada! hehe..
anyway, i decided to share this present with kak shidah..
so that sama2 rasa happy! horayyy!!
nanti akak o-som nak pilih mana satu ye ;)

and this CBBS (chocolate bottom banana square).. dah lama kuidamkan..
cuma tunggu kemunculan banana je.. lambat betul nak muncul :p
ku menunggu bagaikan pungguk rindukan bulan!
2hari yg lalu, cik abe beli pisang yg sgt2 comel.. besar sikit je drp ibujari nih..
tapi tak laku pulak.. budak2 tu tak tergoda langsung!
kalau pisang berangan tu mmg sekejap je hilang dari pandangan..
(sampai kena sorok la kalau berhajat nak di'kek'kan)
sang ibu berasa sangat2 gumbira pabila pisang2 itu hampir tidak disentuh!
ini satu peluang baik.. memang pucuk dicita ulam mendatang ;)
maka, pada kamis malam jumaat, jam 9mlm, tamatlah riwayat pisang2 tersebut..
dan tercapailah hajat sang ibu nak menjamah CBBS ini..
alhamdulillah....

oh, nak baking kena ada alasan kukuh!
maka alasan utk CBBS ini adalah utk teman2 usrah :)
(pengganti diri sebab tapi tak dapat join usrah hari ini...)

dah berjaya rotate gambar! hoyehhhh!!!!!

sumber: anie of metearoha
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula <-- saya kurangkan 3/4cwn
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.
  4. Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square.
verdict:
saya memang peminat coklat + banana
maka.. verdict yg ditulis disini amatlah bias!
of course i like it soooo soooo soooo much!!!
nikmatnya makan chocolate+banana..
the texture is somewhere between cake & fudgy brownies
muchos gracias anie.. for sharing the recipe :)
ptg ni kena jogging 2km!!! :p

Wednesday, January 26, 2011

sicilian orange cupcake

isnin yang lalu anak dara mintak buatkan cupcake atau muffin
umminya terkejut sungguh! tanya dia balik 2,3 kali.. kakak nak ummi buat apa???
sebabnya anak dara tu tak suka langsung makan kek.. kecuali kek batik
jadi, bila dia mintak buatkan.. rasa macam tak percaya..
rupanya untuk dibawa kesekolah.. utk belajar maths.. specifically, fraction.
ummi oke jek.. tp bila dia cakap tu.. xdak resepi yang terlintas lagi..

mula2 nak buat brownies nutella izah.. tapi anak dara taknak pulak..
dia nak jugak2 cupcake or muffins.. so that setiap sorang kawan2 dapat sorang seketul
(sebenarnya mak dia yg nak rasa brownies tu :p)

then.. tgk kat dapur zarin pulak.. lepas tu balik rumah tgk oren dlm peti bertambah lagi!!!
hah.. apalagi.. terus sagat kulit oren 2 bijik.. utk buat sicilian orange cake ;)
tapi buat in cuppies.. ikut permintaan anak dara..
dia bawak kesekolah 18ketul, ada baki lagi 8..
satu dah kena ngapp dgn ummi :p
yang lain2 tinggal utk sikecik sikit.. bawak ke opis sikit..

sicilian orange cupcake yg botak & tertonggeng! :p

resepi tengok kat sini je lah ye..

verdict:
sicilian orange kek ni dah 3kali buat tapi semua kasik orang (ye.. kasik sebijik kek)
so, tak pernah duduk makan betul2.. tak pernah menikmati sepenuh hati..
semalam ngapp seketul.. even without any frosting.. amboi.. nikmatnya!
lembut jek.. dan paling best aroma oren tu.. mmg aromatik! refreshing!

update:
kawan2 anak dara semua kata "sedapnya kek ummi awak!!!!"
wah.. lagi kembang lobang hidung yg dah sedia kembang nih! hehe..

Sunday, January 23, 2011

red velvet cheesecake

my sister is coming down for a meeting..
as a kakak mithali (perahsan!), i asked her what she wanted to taste this time
of course she choose this red velvet cheesecake when i emailed the link to her
i think everybody will be attracted to the colour.. esp those who like cheesecakes

as for me..
i just cant stop snapping it with my p&s camera!
kejap2 snap.. makan sikit.. snap! sikecik makan pun snap! :p
rasa macam ambil gambar models on runways pulak!








sumber: recipegirl or grouprecipes (originally from southern living magazine)
bahan2 base:
  • 17keping biskut oreo <-- saya tambah lagi sekeping & keluarkan cream
  • 1sdb gula <-- saya letak 1sdk je
  • 1/4cwn butter cair
bahan2 cheesecake:
  • 3ketul cream cheese 250g
  • 1 1/2cwn gula castor
  • 4biji telur, dipukul sedikit
  • 3sdb serbuk koko
  • 1cwn sour cream
  • 1/2cwn buttermilk
  • 1sdk cuka
  • 2sdk vanilla
  • 1oz food coloring <-- saya letak 2sdb
bahan2 frosting:
  • 1ketul cream cheese 250g
  • 1/4cwn butter, dilembutkan
  • 2cwn gula aising, diayak
  • 1sdk vanilla
tatacara:
  1. panaskan oven 160C dan sediakan waterbath. balut bahagian luar loyang springform dengan aluminium foil, sebaik-baiknya 2 lapis.
  2. base: hancurkan biskut dan gaul bersama gula dan butter cair. tekapkan adunan kedalam loyang springform 9inci. (saya simpan dalam freezer sementara buat cheesecake)
  3. cheesecake: putar cream cheese bersama gula hingga lembut. masukkan telur dan bahan2 lain dan putar dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati. tuang adunan keatas base tadi.
  4. bakar pada suhu 160C selama 10minit dan kemudian turunkan ke suhu 150C dan bakar lagi selama 75minit. biar cheesecake dalam oven lebih kurang 30minit baru keluarkan pada suhu bilik. sebelum buka springform, sisipkan pisau tajam disekeliling kek. sejukkan dalam petisejuk semalaman.
  5. frosting: pukul creamcheese dengan butter hingga lembut. masukkan gula aising sedikit demi sedikit. masukkan vanilla dan pukul sebati. sapu atas kek yang dah sejuk.




nota:
saya buat frosting separuh resepi saja..

verdict:
i think i have a high expectation on this cheesecake..
even though am not sure what to expect! :p
maybe i was expecting the best of both world.. the cake itself.. and the cheesecake
except for the interestingly attractive colour..
i think this cheesecake is just like any other normal cheesecake :-|
anyhow, that is just my perception.. (tastebud ini sgt mengada2 lani tau!)



update:
adik kata settaappppp sgt!
adik ipaq siap tukar.. nk oder hatni instead of red velvet cake utk birthday dia nanti..



Saturday, January 22, 2011

mini impossible quiche

hari tu tengok kak LG buat impossible quiche ni..
hari ni saya cuba buat utk dibawa ke potluck sekolah anak2..
buat kecil2 dalam muffin cups.. senang sikit nak pick&eat ;)




sumber: taste.com.au
bahan2:
  • 1sdb minyak
  • 1bijik bawang, potong halus
  • 2batang sausages, potong kasar
  • 1biji capsicum, potong kecik <-- guna cili idup jek
  • 1/2batang carrot, dipotong dadu kecil <-- saja tambah
  • 1sdb black pepper sauce <-- saja tambah jugek ;)
  • 3bijik telur
  • 1 1/2cwn susu
  • 1/2cwn tepung naik sendiri <-- saya guna tepung gandum + 3/4sdk BP + secubit garam
  • 1cwn grated cheese <-- saya guna 1/2cwn
  • salt & pepper secukupnya
tatacara:
  1. panaskan oven 200C. gris loyang quiche/ muffin (utk mini sizes)
  2. tumis bawang, masukkan sausages dan capsicum (dan carrot dan sauce) dan masak hingga lembut molek dalam 4-5minit. dah masak, tutup api dan biar sejuk sekejap dalam 5minit.
  3. gaulkan telur bersama susu dan tepung. masukkan cheese dan adunan sausages tadi. gaul sebati. perasakan dengan salt & pepper.
  4. tuang kedalam loyang dan bakar 45-50minit (utk loyang quiche); 20-25minit (utk muffin pan).


verdict:
sedap!! tapikan.. huduh bebenor rupanya! tak mantap & padat macam kak LG buat. kenape ye?? lepas keluar oven sekejap.. abih terpenyek2.. syahdu je tengok..sebab kurang cheese agaknya?? mujurlah rasanya yg sedap tu boleh mengubat duka. cewah! 

Friday, January 21, 2011

swiss bircher muesli ~ a healthy breakfast :)

saya jumpa resepi ni tatkala men'gugel' healthy baking
kenapa saya yang kategori kecik ni mencari healthy baking??

sebab pertama yang saya dah mention banyak kali..
kenaikan lemak tepu disekeliling pinggang & pinggul

sebab kedua yang saya tak pernah sebut..
tahap kolestrol saya yang agak tinggi.. ya.. melebihi paras normal!

sebab ketiga hanyalah berdasarkan niat dan azam
untuk terus sihat supaya boleh beribadat dengan mudah
dan boleh menguruskan anak2 dan kehidupan seharian
selagi hayat dikandung badan.. insyaallah..

panjang pulak intro hari ini ;)
oh! resepi ni takde kaitan dengan baking
saja nak share healthy breakfast..



adaptasi dari kitchenparade
bahan2 (utk sorang makan):

  • 1/4cwn rolled oats (bukan quaker oat tau!)
  • 1/2cwn susu lowfat
  • 1/4 apple, potong wedges
  • a splash of honey 
  • 1sdb yogurt <-- lupa pulak nak letak!
  • kekacang - almonds/ walnuts/ sesame seeds/ sunflower seeds <-- saya letak biji kuaci
  • buah2 kering - cranberry/ apricot/ kismis <-- saya letak kismis
  • spices - cinnamon/ nutmeg/ cardamom <-- tak letak pun
tatacara:
  1. rendam 1/4cwn rolled oats bersama2 1/4cwn susu dan biar semalam dalam peti sejuk.
  2. keesokan hari, tambah baki 1/4cwn susu dan masukkan semua bahan2 lain dan gaul.
  3. enjoice!
verdict:
senang sangat2 nak makan healthy food nih..
cumanya saya rasa tekak ni tak boleh telan menu ni hari2..
walaupun isi2 dan inti2 tu dipelbagaikan.. 
seminggu 2x mungkin boleh.. insyaallah..
hmm.. cemana nak ajar budak2 makan healthy ni ek?


Wednesday, January 19, 2011

low fat fudgy brownies & another rvc

stok kunyahan sikecik kek dah habis..
ummi dia pun perlukan sugar-fix!
amacam alasan?
:p

sementara tunggu red velvet siap..
saya godek2 kejap buat brownies ni
konon2 nak diet.. carikla resepi low fat
suka betul bila jumpa!
less egg.. less butter.. add a little low fat sour cream.. dah jadik low fat
mudah je..
;)




sumber: obsessedwithbaking
bahan2:
  • 2oz coklat pahitmanis (bittersweet chocolate)
  • 2sdb butter
  • 1cwn gula <-- saya letak 3/4cwn 
  • 2sdb low fat sour cream <-- saya guna low fat yogurt
  • 1sdb chocolate syrup <-- saya guna hershey's (yg taruk atas eskrem tu)
  • 2sdk vanilla
  • 1biji telur
  • 1biji putih telur <-- tak letak
  • 3/4cwn tepung
  • 1/3cwn serbuk koko
  • 1/2sdk baking powder
  • 1/4sdk garam
  • 1/3cwn mini choc chips <-- saya tambah
  • 1/3cwn walnuts <-- saya tambah
tatacara:
  1. panaskan oven 175C, gris loyang empatsegi 8x8inci dan lapik dengan aluminium foil.
  2. double boil coklat pahitmanis dan butter sehingga cair.
  3. masukkan gula, sour cream, coklat syrup, vanilla dan telur. gaul sebati.
  4. kaupbalikkan bahan tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. gaul sebati.
  5. masukkan walnut & choc chip (jika ditambah)
  6. bakar selama 20-25minit. 
verdict:
lega bila member2 kata tak manis tapi kenapa lidah saya rasa manis jugek??
sorang opismate suka kacang.. mmg gumbira la dia dpt brownies nih ;)
and i personally like it!! its fudgy awrite!

another story..
here's my sememeh rvc..
this is the 4th time i made rvc using this recipe
what can i say.. ppl like it more than i do!
ke.. nak kena buat sebijik utk diri sendiri?
baru boleh nak savour & appreciate the velvety taste of the cake?
adeh.. kalu gitu bila nak buleh selim balik?
dahla lari 15minit pun semput!

sian anak kak mari.. dapat kek sememeh :(

baked spaghetti royale

anak teruna nak makan lasagne for dinner
umminya mintak dia bertenang.. dan cuba terima kenyataan
dinner malam ni adalah spaghetti tapi lasagne style.




sama saja macam buat spaghetti bolognaise..
cuma lapisan atas letak white sauce
lagi banyak white sauce lagi lemak berkrim
sudah tentu anak teruna itu sangat suka!

assembly:
lapisan bawah: spaghetti
lapisan tengah: meat sauce (guna yg segera dalam tin atau botol pun aci)
lapisan atas: white sauce/ bechamel sauce
paling atas sekali: tabur grated cheese (saya letak cheddar+mozarella)
kemudian,
bakar pada suhu 180C selama 30-35minit

punah diet ummi nak oiii!!!
adaptasi dari trissalicious
(sungguh tergoda tengok pic dia!)

Sunday, January 16, 2011

buttermilk banana bread

semalam sikecik bukak peti ais cari kek..
lepas tu abangnya pulak tanya, takde kek ke ummi?
pelik agaknya.. selalu ada aja stok kek utk kunyah2
kebelakangan ni tak pernah ada!
kesian anak2 ummi..

so, ptg tadi blk dari the curve.. terus ON baking mode



sumber: oneordinaryday
bahan2:
  • 1/2cwn butter (115g) <-- dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 1/2cwn gula <-- saya kurangkan ke 1 1/4cwn
  • 2biji telur
  • 1cwn pisang, dilenyek2 dilecek2
  • 4sdb buttermilk <-- 1sdk cuka+4sdb susu
  • 1sdk vanilla
  • 1 3/4cwn tepung
  • 1sdk baking powder
  • 1/2sdk garam
  • 1/4sdk baking soda
tatacara:
  1. panaskan oen ke 175C, gris dan tabur tepung pada loaf pan 9x5inci.
  2. pukul butter dan gula hingga kembang.
  3. masukkan pisang, telur, buttermilk dan vanilla. gaul sebati.
  4. masukkan bahan2 kering: tepung, bp, garam dan bs. gaul sebati.
  5. tuang kedalam loaf pan dan bakar selama 55-65minit.



verdict:
sungguh lembut!
anak teruna sungguh suka!
sikecik pun sama :)

Friday, January 14, 2011

cranberry orange quickbread

dah lama rasanya takbuat quickbread..
bila tengok orange tergolek2 dalam peti dah 2minggu
(oren besar tak laku sejak ada oren kecik2 CNY tu)
rasa gatal tangan nak sembelih oren2 tu buat kek
so, semalam saya buat kek ni untuk meeting petang nnti
(walaupun pada asalnya niat nak buat kek lain :p)
bila dah separuh jalan baru perasan..
method buat kek ni berbeza drp quickbread lain
macam buat scone-lah!





sumber: joyofbaking
bahan2:
  • 1/2cwn kacang pecan atau walnuts
  • 1cwn cranberry fresh atau frozen <-- saya guna yang kering
  • 2cwn tepung
  • 1cwn gula <-- saya kurangkan 1tbs. patut kurang ke 3/4cwn lah!
  • 1 1/2sdk baking powder
  • 1/2sdk baking soda
  • 1/2sdk garam 
  • 1sdb parutan kulit oren
  • 57g unsalted butter, sejuk, dipotong kecil
  • 1biji telur gred A, dipukul sedikit
  • 3/4cwn perahan buah oren <-- lebih kurang 3biji oren, saya tambah 1tbs lagi.
  • 1sdk vanilla
tatacara:
  1. panaskan oven 180C dan gris loyang loaf 9x5inci.
  2. toast kacang dalam oven dalam 8-10minit. biar sejuk baru potong kecil.
  3. masukkan telur dan vanilla kedalam jus oren.
  4. gaul bahan2 kering: tepung, gula, bp, bs, garam dan parutan kulit oren. (saya ramas kulit oren dengan gula menggunakan hujung jari baru tambah bahan2 lain ~ aroma oren tu best & refreshing!)
  5. masukkan butter dan blend in butter menggunakan pastry cutter atau garfu atau pisau hingga jadi macam breadcrumb. 
  6. kaupbalikkan bahan basah (telur+jus oren) kedalam bahan kering.
  7. masukkan kacang dan cranberry dan gaul sebati (saya gaulkan dulu dengan 1sdk tepung supaya buah tak tenggelam kebawah)
  8. tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 50-60minit (saya bakar 55minit. macam kering je.. )



verdict:
memang manis! nyesal tak ikut kata hati supaya kurangkan gula ke 3/4cwn.
dan.. macam kering sikit.. 
mungkin terlebih masa 5minit tu?
mungkin sebab guna dried cranberry? 
mungkin kena lebihkan lagi jus oren tu supaya lebih moist? 
segalanya mungkin!
tapi orang kata sedap! duh!
ke.. sebab kek free? hahaha..


green tea muffins with red bean paste

entah kenapa.. rindu pulak nak makan green tea muffins nih..
dari isnin lepas terlintas nak buat..
baru pagi ni terlaksana..




sumber: fresh from the oven
bahan2:
  • 2cwn tepung
  • 1sdb baking powder
  • 1/2sdk garam
  • 2tbs gula
  • 2sdk serbuk green tea <-- saya letak 3sdk
  • 1biji telur, dipukul sedikit
  • 1cwn susu
  • red bean paste secukupnya
  • gula aising <-- optional
tatacara:
  1. panaskan oven 190C dan lapik loyang dengan kertas cawan.
  2. gaulkan bahan2 kering: tepung, bp, garam, gula dan green tea hingga sebati. 
  3. tuang bahan2 basah: telur dan susu kedalam adunan bahan kering. gaul sebati ala kadar.
  4. senduk adunan kedalam kertas cawan hingga 1/2bekas. masukkan red bean paste yang digentel bulat keatas 1/2 adunan tadi. tambahkan adunan hingga menutupi red bean paste atau sehingga memenuhi 2/3kertas cawan.
  5. bakar selama 20-25minit. tabur gula aising (optional)



verdict:
apasal la asik tak menjadit je ni?
rasa dia tak best macam mula2 buat hari tu :(
mencik tau!


Wednesday, January 12, 2011

lasagne - the cheese sauce

mulai awal tahun 2011
saya buat jadual menu makan malam dengan anak2
seminggu 2 kali makan pasta (selang seli dengan nasi)
permintaan khas anak teruna gebu,
seminggu 1 kali makan lasagne
makin gemukla ummi nak oiii!!

dah banyak kali buat lasagne
tapi belum dapat teknik buat bechamel sauce yang mudah
yang tak berketul2.. dan santek je kelikatannya
ada juga yang sebut bechamel sauce.. ada yang panggil white sauce.. sama ja rasanya?
alhamdulillah.. semalam dah berjaya..
kena tulih kat sini supaya tak lupa!
(ya.. saya melayu yang mudah lupa.. tapi bukan lupa diri ye tun M!)

saya cuba ikut teknik dalam exclusivelyfood
boleh tengok gambar2 step by step dalam tu..

sumber
lasagne cheese sauce
bahan2:
  • 3sdb (45g) butter
  • 1/2cwn tepung <-- kena kurangkan nih.. maybe 1/3cwn ke.. sbb pekat sangat :(
  • 1 1/2cwn susu
  • 1/4sdk serbuk pala <-- tak letak pun takpa
  • 1/3cwn grated parmesan cheese <-- saya letak cheddar
  • salt & pepper secukupnya
tatacara:
  1. cairkan butter dalam kuali leper. bila dah semua cair, masukkan tepung dan gaul sebati sambil kacau2 (dalam 2-3minit) hingga buih2 kecil kelihatan.
  2. bila dah berbuih, jauhkan kuali daripada api. tuang susu kedalam adunan butter+tepung dan terus kacau hingga sebati.
  3. letakkan kembali kuali keatas api dan terus kacau hingga adunan jadi likat (dalam 5-7minit).
  4. tutup api dan masukkan serbuk pala, cheese, salt & pepper dan gaul sebati. 
nota:
  1. bahan2 diatas cukup utk loyang bersaiz 8x8, 2kali lapis
  2. kalau tak letak cheese pun boleh.. jadik white sauce ;)
  3. cheese sauce ni sebaiknya buat akhir sekali, lepas buat meat sauce.

Tuesday, January 11, 2011

breakfast pizza

i love i love i love this breakfast pizza!
its very simple & satisfying..
menyesal buat seketul je!
esok nak buat lagi lah ;)



source: seasaltwithfood
bahan2:
  • 2 keping roti pita <-- saya guna roti tortilla
  • sedikit olive oil
  • parmesan cheese <-- saya guna cheddar 
  • mozarella cheese
  • 4biji telur
  • beberapa biji tomato kecil
  • 2 batang daun bawang <-- sebab takde stok.. saya hiris cili hijau :p
  • salt & pepper secukupnya
  • crumbled feta cheese <-- saja tambah ;)
tatacara:
  1. panaskan oven 220C
  2. sapu olive oil pada bahagian bawah roti. tabur cheeses pada bahagian atas permukaan roti. bakar 3-5minit.
  3. pecahkan telur 2 biji keatas setiap pizza wannabe. pastikan kuning telur tak pecah (kalau pecah biar jelah.. dah nasibnya begitu..). tabur tomato, daun bawang, salt & pepper (& feta cheese). drizzle dengan olive oil sikit. sambung bakar lagi 5-6minit.



verdict:
colorful & wonderful breakfast - menceriakan pagi anda!
:)
pics akan update kemudian, insyaallah.

Monday, January 10, 2011

Red Velvet Cake takes 5!

the knife & the "blood" - looks like a scene from agatha christie novel :p

i made this RVC for little sis..
apahal entah dia mengidam nak makan RVC ni.. 
tapi kakak mithali ni (teringat kak shidah plak) buatkan je...

i tried a different recipe from my previous bakes.. 
i think i hv lost my mojo in baking RVC.. 
kali ke 4 buat for friends order.. rasa tak best!
so, to kill a mockingbird (apakes plak ni?)
utk kali ke-5 ni.. saja try resepi lain.. 
which uses oil instead of butter
which combine the vinegar together with wet ingredient instead of whizzing it later 

source: latimes - kiss my bundt cookbook
bahan2:
  • 2 1/2cwn tepung <-- i use cake flour (low protein)
  • 1 3/4cwn gula <-- i cut down to 1 1/2cwn 
  • 1sdk baking soda
  • 3/4sdk garam halus
  • 1sdb cocoa powder <-- saya letak 2sdb
  • 1 1/4cwn minyak jagung
  • 1cwn buttermilk <-- yes! i use the REAL buttermilk!
  • 2biji telur
  • 1sdk esen vanilla
  • 1sdk cuka putih
  • 2tbs pewarna merah
tatacara:
  1. panaskan oven 160C dan gris & lapik 2 loyang 8inci.
  2. ayak bahan2 kering: tepung, soda, serbuk koko dan garam. masukkan gula dan gaul sebati.
  3. masukkan bahan2 basah kedalam mixer: minyak, buttermilk, telur, vanilla dan cuka. pukul hingga sebati.
  4. masukkan bahan2 kering perlahan2, sedikit demi sedikit (dalam 1/2cwn) sehingga habis. pukul hingga sebati.
  5. masukkan pewarna merah dan kaupbalikkan dulu sebelum pukul lagi bagi betul2 sebati.
  6. tuang kedalam loyang dan bakar selama 40-45minit atau sehingga lidi yang dicucuk keluar bersih.
frosting:
  • 250g cream cheese
  • 2sdb butter
  • 1/2cwn heavy cream
  • 2cwn gula aising
  • 1sdk esen vanilla
  1. pukul cream cheese dan butter hingga lembut.
  2. masukkan heavy cream dan pukul sebati.
  3. masukkan gula aising sedikit demi sedikit (dalam 1/2cwn) dan pukul hingga betul2 sebati.
  4. masukkan vanilla dan sebatikan.
  5. frost once cake is cooled. sementara tunggu kek sejuk, simpan frosting dalam peti dulu.
verdict:
still rasa tak best :( 
(cuit rasa sikit kat loyang :p)
tapi adik kata sedap sangat2!!
adik ipar siap booking suruh buat utk birthday dia nanti!
musykil ai tau!



Sunday, January 9, 2011

crustless spinach & feta quiche

teringin nak rasa feta-cheese
so, mintak tlg cik abe belikan kat cold storage
mak aih.. mahal sesangat mahalllll!!!
RM19.90 for 6oz! pitam!
hmm.. cheeses memangla sangat mahal kat malaysia ni
buatan malaysia punya takdak ka??
i suppose it will be the 1st & last time, me buying feta cheese.
:(

banyak jumpa resepi spinach & feta cheese
mungkin gandingannya ada umphhh..
umpama apple & cinnamon?
;)

mak taknak makan nasik for dinner
so, i made her this crustless quiche
kesian kat mak.. jadik pening pulak..
sebab masin!!! silap besaq la tak rasa dulu feta tu
i shouldnt have added the salt! walaupun hanya secubit!
and the feta qty.. kena kurangkan sikit..
anyway, this is my trial & error recipe
can be further improved, insyaallah..

bahan2:
  • sepokok bayam, basuh dan ambil daun saja
  • button mushroom <-- saya guna yg dalam tin, 1/4tin saja
  • 1labu bawang besar, dicincang
  • 1ulas bawang putih, dicincang
  • 2sdb minyak zaitun
  • 1.5oz feta cheese, potong kecil <-- originally saya letak 3oz
  • 1/2cwn shredded cheddar cheese
  • 1cwn susu low fat
  • 2biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2sdk black pepper
tatacara:
  1. panaskan oven 175C dan gris loyang pie 9inci dengan butter.
  2. tumis bawang besar dan bawang putih. masukkan bayam dan cendawan. masak hingga air kering.
  3. gaulkan feta cheese dengan bayam. tuang kedalam loyang pie.
  4. tabur cheddar cheese keatas bayam.
  5. campurkan susu dan telur. perasakan dengan black pepper. tuang adunan kedalam loyang pie yang berisi bayam.
  6. bakar selama 35-40minit.

apple bread pudding

puding ni buat makan petang semalam..
makan berdua dengan abah..


sumber: ifoodtv

  • 4 slices low-sodium bread
  • 1/4 cup low-sodium corn oil margarine
  • 2 apples, peeled, cored, and chopped
  • Egg substitute equivalent to 2 eggs <-- i just use 2eggs
  • 1/4 cup sugar <-- i use molasses sugar
  • 1 cup evaporated skim milk, undiluted
  • 1 cup boiling water
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1/4 cup sugar <-- i use brown sugar
  • 1 teaspoon ground cinnamon
  • few pcs of raisins <-- optional
  1. Spread bread with margarine and toast in oven.
  2. Cut into cubes and place in an 8 x 8-inch baking pan greased with margarine.
  3. Add apples.
  4. Mix egg substitute, 1/4 cup sugar, milk, and water in a separate bowl.
  5. Pour mixture over apples and let set 10 minutes.
  6. Stir in vanilla.
  7. Combine sugar and cinnamon, and sprinkle over the top. sprinkle raisins on top as well.
  8. Bake in a preheated 350°F (160C) oven 40 minutes or until knife inserted in center comes out clean.
verdict:
tak manis langsung. 1st time masuk mulut.. rasa mcm tawaq hebiaq sgt
tapi abah kata dah ok. so, to satisfy my sweet-tooth.. i add-on butterscotch sauce.
pagi tadi makan as brunch.. dah rasa cukup manis la pulak :p
mm.. mmg lebih sedap dimakan bila sejuk & dah keras skett..
yumms!
Related Posts with Thumbnails